KASIK TAMPAL INI PERIUK

Showing posts with label Info ngeri. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Jumpa Mayat Tepi Jalan

Bukit Mertajam: Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan dibungkus seperti sudah dikapan di tepi jalan di Bukit Minyak, 7.45 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam yang melalui lawasan itu sebelum memaklumkannya kepada polis. “Kami percaya mangsa berusia lingkungan 30-an dan dan ditinggalkan di kawasan itu. “Mangsa dibungkus menggunakan cadar bercorak jalur oren dan kuning serta diikat pada bahagian kaki, badan dan kepala,” katanya. Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui ketika melakukan pemeriksaan pada mayat berkenaan.

Friday, December 26, 2014

Kisah Sebenar Insiden Anak Bermain Bom Mortar Milik Bapanya (Askar) Hingga 4 Nyawa Terkorban [8 Foto]

Dalam kejadian lebih kurang jam 5 petang semalam, berlaku satu letupan bom mortar di Taman Ria Mesra 2, Gurun. Letupan berpunca dari seorang tentera dari Kem Horbat, Gurun yang sedang menggergaji bom mortar yang di bawa pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Semasa menggergaji bom tersebut, percikan api telah menyambar bom mortar lain yang berada berhampiran dan seterusnya mengakibatkan letupan yang kuat menggemparkan penduduk di sekitarnya. Sebuah kereta yang berada di rumah tersebut juga meletup dan hancur.
3 orang mangsa dilaporkan meninggal dunia. Mangsa dikenali sebagai Ayub berusia 30-an meninggal dunia dalam keadaan hancur, anak perempuannya Nor Hidayu, 8 tahun, dan Mohd Idham, 5 tahun maut ditempat kejadian. Isteri mangsa cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Takziah dari kami di Oh! Media. Moga kejadian seperti ini dijadikan tauladan buat kita semua untuk lebih berhati-hati terutamanya dengan kerja yang melibatkan bahan letupan lebih-lebih lagi jika ianya dibawa pulang ke rumah.

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Total Pageviews

Powered by Blogger.