KASIK TAMPAL INI PERIUK

Saturday, February 14, 2015

iPhone yang Dicas Punca Remaja Mati Dalam Tab Mandi

Seorang remaja Russia telah meninggal dunia selepas iPhone yang sedang dicas jatuh ke dalam tab mandi di apartmentnya. Yevgenia Sviridenko, 24, yang berasal dari Omsk, Russia.Telah ditemui oleh rakan serumah beliau dalam tab mandi pada petang Isnin lalu. Rakan serumah mangsa, Brigitte Dubinina, 23, berkata dia terasa untuk memeriksa gadis itu apabila dia bimbang rakannya terlalu lama meluangkan masa ketika di bilik mandi. “Saya melihat dia terbaring di dalam air dan muka hitam pucat! Telefon beliau juga berada di dalam air bersama wayar pengecas. Saya cuba menarik kawan saya keluar tetapi gagal kerana renjatan elektrik terlalu kuat hingga badan saya bergoncang.” Siasatan awal mendapati mangsa mengecas peranti Apple sambil melayari website Facebook versi Russia yang bernama VKontakte. Pihak ambulans yang sempat hadir di tempat kejadian cuba untuk menyelamatkan Sviridenko, tetapi gagal. Polis tidak mendedahkan sama ada peranti cas ini dari produk Apple berlesen atau sebaliknya. – Independent.co.uk

Bonus Syarikat Bermalam Dengan Pelakon Luc@h Jepun?

Sebuah syarikat teknologi di Beijing, Qihoo360 yang mana pihak pentadbir mereka bukan memberikan bonus dalam bentuk wang ringgit tetapi dengan memberi peluang untuk bermalam dengan pelakon luc@h Jepun, Julia Kyoka kepada kakitangan yang bertuah. Khabar berita berkenaan bonus yang aneh itu tersebar di internet. Bagaimanapun perkhabaran tersebut dinafikan oleh pihak Qihoo360 dan mendakwa itu adalah senarai palsu. Kemudiannya tidak lama selepas itu keluar pula senarai baru tetapi kali ini tanpa ‘bonus’ Julia Kyoko.

Video Raja Bomoh, Anwar Dan Hantu Raya

Sungai Buloh – Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, beliau mendapat alamat ada pihak tidak bertanggungjawab telah menghantar hantu raya bagi mengancam keselamatan Anwar. “Saya mendapat alamat, ada orang mengunakan ilmu sihir, (dengan perantaraan) hantu raya bagi membunuh Datuk Seri Anwar. “(Disebabkan itu) ada pihak telah meminta saya uintuk menghalang cubaan jahat tersebut” katanya sejurus selepas mengadakan upacara menghalau gangguna makhluk halus tersebut. Ibrahim ketika ditemui di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buluh turut berdoakan keselamatan Anwar dari sebarang gangguan yang tidak diinggini. Di dalam upacara menghalua hantu raya pentang tadi, selain teropong dan buah kepala Ibrahim turut mengunakan kayu golf dan empat biji buah limau sebagai simbolik menghalau hantu raya yang dikatakannya itu. Tindakan Ibrahim itu turut mengundang perhatian orang ramai yang secara kebetulan berada di kawasan sekitar. Terdahulu Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak bersalah sambil menyifatkan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik. Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman lima tahun penjara itu yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu. Dalam membaca penghakiman selama dua jam itu, Arifin berkata panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar adalah kukuh, manakala keterangan Saiful adalah berwibawa. Beliau berkata mahkamah tertinggi itu juga mendapati kredibiliti sampel DNA yang mendapati kehadiran sperma Anwar dalam dubur Saiful adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh di atas kesalahan itu. Ketua Hakim turut mengumumkan bahawa permohonan pendakwaraya untuk menambah hukuman penjara Anwar kepada sekurang-kurangnya enam tahun ditolak. Sebaliknya Arifin berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. Awal minggu ini Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau hanya akan menganggap badan kehakiman bebas jika beliau dibebaskan. -suaratv

Ujian "dara" untuk pelajar - pelajar sekolah tinggi

JEMBER, (MLP) - Melalui satu undang-undang yang baru, pelajar-pelajar di sini yang bakal menamatkan persekolahan tinggi perlu menjalani ujian kedaraan. Tujuan undang-undang ini diperkenalkan oleh pihak berkuasa di bandar raya di Timur Jawa ini adalah untuk mencegah pelajar sekolah tinggi daripada mengadakan hubungan intim sebelum berkahwin. Walau bagaimanapun, ujian ini hanya perlu dijalani oleh pelajar perempuan dan bukan pelajar lelaki. Indonesia dikenali untuk ujian-ujian sebegini di mana pada tahun 2013 pasukan tentera mereka telah mengakui bahawa ianya wajib untuk wanita yang ingin menyertai pasukan tentera atau polis untuk menjalani satu ujian kedaraan. Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata bahawa ‘ujian’ ini adalah memalukan dan kejam. Timbalan Pengarah HRW Asia, Phelim Kine berkata ''Presiden Joko Widodo harus menghantar pesanan yang kuat dan jelas yang melarang kerajaan tempatan, tentera Indonesia, polis dan perkhidmatan awam untuk menjalankan ujian kedaraan. Pihak berkuasa yang melakukan demikian harus dihukum dan memastikan hak wanita sentiasa dilindungi''. Kredit Foto: Reuters

Friday, February 13, 2015

3 Gadis Ini Dikecam Kerana Hina Kematian Tuan Guru Nik Aziz

Screenshot tiga orang gadis yang menghina kematian Allahyarham Nik Aziz di laman sosial tersebar dan mengundang kemarahan orang ramai yang menganggap tindakan mereka itu biadab dan wajar diambil tindakan. Difahamkan, ketiga-tiga gadis berkenaan berang dengan ‘moment’ di aplikasi WeChat dan Instagram mereka dipenuhi dengan ucapan takziah dan al-fatihah untuk Allahyarham Nik Aziz yang meninggal pada malam Jumaat yang lalu. “Nik Aziz meninggal? Ok.. bagusss laa.. mak ayah aku suke.. aku pun suke.. x yh nk semak status aku.. aku ku remove trus.. semak la.. ,” - AnnAbElle Swift “Padan muka Nik Aziz dah Mati. Aman sikit Malaysia tanpa kau,” Sarah Maisarah “Moment (WeChat) aku penoh dengan ‘al-fatihah tok guru nik aziz’. Yg pergi tu dah lah. Bkn ape, semak tawu semak? Sedekah kan alfatihah dah lah. Nie semak je at moment aku.. Shakai tau ark?” - Princes Bella Tindakan ketiga-tiga gadis ini mengundang kemarahan netizen.

Amaran Coklat Kondom

JAKARTA: Coklat dibungkus dengan kondom antara produk yang dipasarkan secara meluas di sekitar Indonesia sempena sambutan Hari Valentine, Sabtu ini. Senario ini membimbangkan pelbagai pihak hingga mendorong Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk melancarkan acara bantahan tahunan terhadap perayaan itu kerana menganggap ia boleh mengakibatkan berlakunya seks rambang serta amalan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam. Setiap tahun, sekolah di Indonesia juga melarang pelajar menyambut Valentine, manakala organisasi berunsur Islam mengeluarkan pelbagai peringatan mengenai bahaya kelahiran bayi luar nikah akibat sambutan itu. Ketua pergerakan wanita MUI ,Tuty Alawiyah memberi amaran keras kepada golongan muda supaya berhati-hati kerana adanya coklat yang dibungkus dengan kondom, serta produk lain yang bertujuan menggalakkan seks luar nikah. “Banyak coklat perayaan Valentine dijual di pasar raya atau kedai runcit yang turut menyertakan kondom. “Pemberian hadian boleh memberi kesan negatif apabila membawa kepada cumbuan atau perbuatan lain,” katanya. Ia turut didakwa mengakibatkan tekanan kerana memaksa penyambutnya membuat pelbagai perancangan semata-mata mahu kelihatan romantik. “Kenapa perlu tunggu sekali setahun?” soalnya Tuty yang pernah memegang jawatan menteri pergerakan wanita ketika pemerintahan Presiden B J Habibie. ─ mStar online

MasyaAllah! Bapa Ikat Bayi Pada Steering

TAIWAN – Apa agaknya yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayinya yang berusia sebulan ke steering kereta dan kemudiannya menggerakkan steering tersebut. Adakah lelaki itu, Yong Liao, 39, menyangka ia satu gurauan? Gambar itu yang dirakamkan oleh ibu bayi tersebut, Xia Lung, kemudiannya memuat naik dalam media sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai. Kejadian itu berlaku ketika dia berada di stesen minyak di Miao. Hanya selepas dikeji dan dihentam, barulah wanita berkenaan membuang video itu dari internet. Meskipun berdepan dengan kemarahan orang ramai, namun jabatan kebajikan memaklumkan tiada tindakan akan diambil terhadap pasangan tersebut. Ini kerana ia tidak menunjukkan bahawa ibu bapa bayi tersebut mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan. “Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’’ kata pengarah jawatankuasa penambahbaikan kanak-kanak, Wang Wei Jun.

Thursday, February 12, 2015

Zul Ariffin Dan Izara Aisyah Bersanding?

Kami tengok gambar ini pun sudah tersenyum sendiri apatah lagi peminat dan juga bakal penonton drama Mr London Ms Langkawi. Kami suka melihat senyuman Izara Aisyah dan jugaZul Ariffin yang dikongsikan oleh Nizam Zakaria selaku pengarah drama tersebut. Di dalam drama adaptasi daripada novel terbitan Astro ini, Zul akan membawakan watak Aidid manakala Izara pula membawakan watak Liyana. Jika diikutkan gambar, mereka akan kahwin nanti atau mungkin pembaca novel ini lebih tahu. Katakanlah, jika Zul dan Aisyah masing-masing masih lagi single, memang tidak habis akan diusik oleh peminat dan juga media. Apa yang pasti, peminat novel ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang menonton watak novel mereka direalisasikan dengan pelakon yang kelihatan sangat secocok bersama.

Sanggup Berkahwin Dengan Sesiapa Saja

Berkahwin demi wang memang bukan perkara yang baik. Namun tidak ada pilihan lain bagi perempuan yang pelik ini. Wanita bernama Huang Xiju tersebut, disiarkan dari Stomp , muncul dan ‘menjual diri’ di jalanan dengan menggunakan gaun pengantin. Perkara ini tentu menarik perhatian orang ramai. Perempuan itu membawa sebuah kertas . Dari sumber berkaitan, ia menuliskan bahawa dirinya mahu berkahwin sesiapa yang boleh membiayai rawatan kakaknya. Sementara itu, si kakak ada di sebelahnya dengan menggunakan topeng dan pakaian hospital. Ia membawa sebuah surat keterangan dari hospital yang menunjukkan keadaannya. Kakaknya, Huang Xichao sedang mengidap leukemia. Ia sudah mendapatkan penderma dan melakukanpembedahan pada 2013. Kos pembedahannya menghabiskan wang sebanyak 300,000 yuan . Perkara ini membuat mereka mengalami hutang pada hospital yang sangat banyak. Sayang sekali, ternyata Xichao kembali mengalami komplikasi sehingga perlu menjalani rawatan sejumlah wang yang sama. Xiju, adiknya, merasa bertanggung jawab atas tanggungan tersebut. Namun entah apa yang ada di fikirannya, sehingga ia berusaha mengatasi masalah ini dengan menggunakan jalan menawarkan dirinya pada orang lain. Xiju mengatakan bahawa ia tidak peduli lagi anggapan orang. Netizen yang mengamati hal ini juga terpecah pendapatnya. Ada yang simpati dan ada juga yang sebaliknya. Bahkan seorang netizen berkata, kalau dia menjadi kakaknya, lebih baik mati saja daripada melihat si adik harus melakukan hal setakat ini. Sementara yang lain memahami, mungkin Xiju menarik perhatian orang ramai dengan cara ini, sehingga mereka boleh bertemu dengan dermawan yang mahu membiayai rawatan kakaknya.

Wednesday, February 11, 2015

Tentera Turki Akhirnya Solat Berjemaah Selepas 90 Tahun Dilarang

Tentera Turki dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah selepas dilarang berbuat demikian sejak 90 tahun. Ia diharamkan hampir satu abad yang lalu oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk, demikian lapor dailysabah.com. Mustafa dilantik menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1920. Setahun kemudian, dia telah menamatkan pemerintahan khalifah Uthmaniyah dan menjadikan Turki sebuah republik. Kemudian Mustafa menjadikan dirinya sebagai presiden Turki dan mula mengenakan pelbagai larangan terhadap apa-apa yang bersifat Islam termasuk melarang solat berjemaah dalam kalangan tentera pada tahun 1925. Islam di Turki terus ditekan dan ditindas sehinggalah parti AKP yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan berjaya memenangi pilihan raya umum pada tahun 2002. Erdogan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki dan beliau melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Akhirnya, selepas 13 AKP memerintah, Erdogan telah menarik balik larangan tersebut pada malam tadi. – Harakah Daily

Amelina Dan Ifa Raziah Bergaduh?

Ifa Raziah telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-seolah merendahkan kemunculan semula Amelina. Ramai mengetahui mereka pernah bersaing di pentas dangdut. Persaingan ada sih#t ada juga yang tak sihat.hermm. Wartawan memang ditugaskan mencari berita-berita sensasi. Jadi sekiranya tiada bahan,mereka pastinya terpaksa ‘membuat bahan’ dengan lontarkan soalan seperti provokasi atau apa saja yang membangkitkan emosi seseorang artis. Ifa Raziah mungkin ditanyakan soalan ‘Kak Ifa tergugat tak dengan kemunculan semula artis dangdut Amelina? Hermm.. Amelina mengambil langkah me#mbuat kenyataan yang matang apabila ditanya pula oleh wartawan harian metro: “Siapa yang bercakap atau apa jua yang diperkatakan, saya tidak mahu ambil peduli. Betul atau tidak dia bercakap begitu, saya malas hendak fikirkan sebab saya muncul semula dalam bidang ini untuk bekerja.”

Tuesday, February 10, 2015

Padah Curang Isteri Pecahkan Audi Milik Suami

Marahkan suami yang curang, seorang isteri telah bertindak membalas dendam dengan cara yang paling dikesali oleh suaminya iaitu dengan memusnahkan kereta merah Audi R8 V8 milik suaminya itu. Gambar kereta yang musnah itu telah terebar di media sosial. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui. Bahagian belakang kereta tersebut juga turut dicalarkan dengan tulisan memaki dan sumpah seranah selain memotong tempat duduk kulit kenderaan itu. Selain itu, beberapa alatan termasuk stereo dan kabel dalam kereta itu juga hilang. Itulah harga yang dibayar oleh seorang lelaki yang telah berlaku curang terhadap isterinya

Wanita Bog@l Selamba ‘Bersiar-Siar’ Di Jalan Raya KL

Hari ini, tersebar satu lagi video berdurasi 13 saat yang memaparkan seorang wanita bogel sedang diawasi oleh dua anggota polis trafik. Wanita tersebut dilihat berjalan pantas di atas jalan raya tanpa memperdulikan kenderaan yang lalu-lalang di sekelilingnya. Ramai yang mengandaikan dia mengalami masalah mental dan tindakan itu dilakukan di luar kewarasannya. Hasil carian kami di Twitter mendapati kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur, namun lokasinya tidak diketahui secara tepat.
Video Viral Wanita Bogel Selamba 'Bersiar-Siar' Di Jalan Raya KL bogel kl Jika dilihat pada raut wajahnya, dia mungkin dalam lingkungan usia 30-an. Apapun, kami tertanya-tanya juga apalah nasib wanita itu ya? – MYNEWSHUB.CC

Mengejutkan! Anak Babi Wajah Manusia Dengan Kemaluan Di Kepala

NANNING - Gambar seekor anak babi yang didakwa menyerupai wajah manusia dengan benjolan seperti zakar di dahinya tersebar meluas di media sosial semenjak binatang itu dilahirkan. Pemiliknya, Tao Lu berkata, rumahnya dibanjiri oleh orang ramai setelah mengetahui berita tentang kelahiran anak babi pelik itu. Difahamkan, anak babi itu dilahirkan bersama dengan 18 ekor babi yang lain, bagaimanapun mati selepas ditolak oleh ibunya sendiri. "Anak babi ini merupakan anak babi yang terakhir dilahirkan oleh ibunya. Malangnya ia sudah mati, jika tidak saya boleh menjadi kaya dengannya," kata Tao Lu yang ingin mengambil kesempatan di atas kecacatan anak babi berkenaan.

Anwar Dibawa Ke Penjara Sg Buloh

PUTRAJAYA: Laungan ‘reformasi’ dan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bergema di perkarangan pintu belakang Istana Kehakiman sebaik kenderaan pasukan pengiring yang dipercayai membawanya keluar tepat jam 2.58 petang tadi. Anwar dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail berwarna perak ke Penjara Sungai Buloh selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir rayuan akhir ketua pembangkang itu. Mahkamah kemudian memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau sebelum ini kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Sementara itu, keadaan di pintu belakang Istana Kehakiman sedikit kecoh selepas seorang penyokong Anwar ditahan kerana cuba mencetuskan provokasi ketika kenderaan Anwar keluar dari bangunan.

Tasha Shila Antara 10 Selebriti Jadi “Escort Girls”?

Pelakon wanita Tasha Shilla nyata terkejut dan kecewa dengan tuduhan melulu yang dibuat segelintir pihak yang mengatakan dia adalah antara 10 wanita tempatan yang disyaki terlibat dengan gadis peneman atau ‘Escort Girl’ Ia susulan keratan akhbar daripada Harian Metro bulan lalu yang mengatakan pihak polis sedang memerhati pergerakan 10 gadis selebriti yang dikatakan menerima bayaran RM3,000 hingga RM10,000 untuk menjadi Escort Girl kepada VVIP. Wowww!! Banyaknya… Tak tahulah Murai Batu nak komen apa, tapi Tasha telah menjawab persoalan itu ketika ditemuramah oleh wartawan Melodi yang telah disiarkan pada Ahad lepas. Dalam temubual itu, Tasha dengan tegas kalau ia mencemarkan namanya, dia akan mengunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan segala-galanya. Dia juga mohon kepada semua tolong henti-hentikan tabur fitnah terhadap dirinya kerana ia boleh mendatangkan dosa kering kepada mereka. Entahlah Tasha, bak kata orang kalau tiada angin takkan pokok boleh bergoyang, tapi dalam temubual itu, Tasha jawab pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan. Mendalam sungguh maksudnya itu, apa-apa pun Murai Batu harap lepas ni Tasha kena lebih berhati-hati. Segala pergerakan selaku seorang selebriti ini amat mudah dikesan, almaklumlah muka selalu kuar TV.

Monday, February 9, 2015

Tembak menembak kerana seorang gadis!

Seorang gadis berusia 23 tahun menjadi rebutan di laman sosial Facebook hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi.Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya memuat naik gambar-gambar manja di laman sosial hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan. Berang dengan kejadian itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke arah kereta jenis Toyota Avanza milik orang awam serta Perodua Kelisa dinaiki sebahagian anggota kumpulan tujuh orang. “Dua kumpulan itu mengadakan perbincangan untuk merebut perempuan itu. Akibat tidak puas hati, salah seorang daripada kumpulan itu telah melepaskan tembakan ke arah beberapa kereta. “Suspek cuba melepaskan diri selepas kejadian itu tetapi kami berjaya menahannya,” kata Mazlan kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, siang tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Polis juga telah menahan kesemua suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Mazlan berkata, polis juga merampas sepucuk pistol jenis Steyr Mannlicher buatan Australia yang berisi tiga peluru hidup. Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok.

PEGANG "AirBag" SAMBIL SIGN AUTOGRAF PEMINAT THE RED WARRIOR

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu. Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan. Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu? Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai. Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul. Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet. Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen. - MYNEWSHUB.CC

Fara Fauzana Tidak Kisah Ditanya Soal Kahwin

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi berasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan. Fara, 35, berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu dan pada usianya sekarang ia bukan soal utama selain meletakkan keyakinan kepada Allah yang merancang perjalanan hidupnya. “Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu. “Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti. “Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu,” jelasnya kepada mStar Online.
AG dan Fara bergandingan dalam program Muzik-Muzik 30. Fara terdahulu diumumkan sebagai hos baharu program Muzik-Muzik 30 bersama AG bagi menggantikan Scha Al Yahya. Program itu bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang. Pun begitu kata Fara, itu tidak bererti dia berhenti berusaha mencari jodoh dan mengakui ada mengenali beberapa lelaki namun belum bertemu yang benar-benar sesuai dengannya. Tambah Fara, kesibukan dengan tugas seharian turut menjadi faktor utama dia tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta seperti mana wanita lain. “Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu,” jelasnya.

‘Toyol’ Moden Yang Diharamkan Penggunaanya di UK

Sejak dari dahulu lagi, jam tangan ialah alat yang biasanya digunakan bagi pelajar untuk mengetahui berapa masa yang tinggal sebelum tamat tempoh peperiksaan. Penggunaan jam tangan amat membantu dalam ‘memberitahu’ dan ‘mengingatkan’ si pemakainya tentang minit-minit dan jumlah masa yang masih berbaki. Tetapi di United Kingdom, pelajar di beberapa univeristi sudah mula diharamkan dari memakai ‘jam tangan’ apabila memasuki dewan peperiksaan. Arahan ini diberikan oleh beberapa universiti kerana risau jam yang dipakai sebenarnya jam pintar yang membolehkan pelajar meniru ketika peperiksaan.
Di Univerisity of London contohnya pihak universiti mengakui sudah menemui dua insiden pelajar cuba menipu menggunakan jam pintar mereka. Pihak universiti merasakan adalah lebih mudah untuk mengharamkan pemakaian semua jenis jam tangan dari membuang masa memeriksa setiap jam yang dipakai oleh pelajar. Pengharaman pemakaian jam tangan ini adalah petanda awal bagaimana penggunaan peranti pintar boleh pakai mengubah cara peperiksaan dijalankan. Pengendali peperiksaan harus peka dengan kemajuan teknologi dan apakah alatan biasa yang akan dipintarkan seterusnya. Bagaimana pula polisi berkenaan pemakaian jam tangan di universiti ataupun sekolah anda? Adakah guru dan pensyarah anda sudah menyedari “toyol moden” dalam bentuk jam tangan pintar yang dipakai oleh para pelajar? .

Gempar!! bayi Hamil Anak Kembar

Beijing – Seorang bayi perempuan ditemui mengalami keadaan ganjil dan misteri apabila didapati hamil anak kembar ketika lahir. Bayi yang dilahirkan pasangan di Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong itu dilaporkan harus menjalani pembedahan selepas berusia tiga minggu untuk membuang ‘anaknya.’ Janin kembar yang dikandung dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus. Jurucakap hospital berkata, kedua-duanya anak bayi itu dilitupi kulit, dengan satu mempunyai berat 14.4 gram dan satu lagi 9.3 gram. Bagaimanapun, kedua-dua janin mempunyai tali pusat berasingan. Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil, malah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian. Secara purata, keadaan seperti itu dilaporkan berlaku satu bagi setiap 500,000 kelahiran di dunia, tetapi 200 kes daripada itu saja yang didedahkan. Sehingga kini doktor masih belum berjaya merungkai misteri punca bayi terbabit menghamilkan anak kembar itu. Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Yu Kai-man, ia hampir tidak boleh dikesan ketika pemeriksaan pranatal kerana saiz embrio dalam bayi itu amat kecil. “Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya. – Agensi

Sunday, February 8, 2015

Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita

Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita. Seramai 28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga w#anita yang berpakaian fantasi ala pakaian seragam polis berjaya 'menggoda' tiga warden penjara, menurut satu laporan. Polis menemui ketiga-tiga w#arden penjara berkenaan dalam keadaan berbogel dan digari di dalam penjara awam Nova Mutum, dekat Cuiaba, tengah Brazil pada waktu pagi selepas insiden banduan melarikan diri itu. Menurut penyiasat, ketiga-tiga wanita tersebut dilaporkan memberikan minuman keras yang telah diletakkan d#adah di dalamnya kepada warden penjara dan memperdayakan mereka untuk menyertai satu 'pesta liar'. Sekumpulan banduan melarikan diri menggunakan pintu utama, malah sempat mengambil senjata dari tempat persembunyian di penjara tersebut. Polis kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi pakaian dalam wanita dan pakaian seragam p#olis yang digunakan wanita sebagai fantasi untuk melakukan hubungan seks, dipercayai telah dipakai oleh ketiga-tiga wanita berkenaan bagi menggoda warden penjara. Menurut polis, ketiga-tiga wanita tersebut, di mana salah seorangnya dilaporkan merupakan teman wanita kepada salah seorang banduan yang melarikan diri, tiba di penjara itu pada pukul 3 pagi Khamis waktu tempatan dan meminta kebenaran untuk berada di dalam kawasan penjara untuk berbual dan minum. Warden penjara itu dilaporkan memenuhi permintaan itu dan kemudiannya diperdayakan untuk meninggalkan tempat bertugas bagi menemani wanita tersebut ke kuartes kakitangan. Menurut ketua polis, Angelina de Andrades Ferreira, kesemua warden penjara itu kemudiannya diberikan dadah sebelum tangan mereka digari. Tambahnya, ketiga-tiga wanita itu kemudiannya mengambil kunci dan membuka semua sel penjara, menyebabkan sekumpalan banduan berjaya melarikan diri. Bercakap pada sidang media, beliau berkata: "Rancangan mereka adalah untuk menggoda warden penjara dengan memberikan minuman yang mengandungi dadah supaya mereka khayal. Kemudiannya membuka pintu utama yang menghubungkan sel penjara di bahagian dalam. Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita "Mereka yang melarikan diri melalui pintu hadapan. "Kesemua warden yang khayal tidak dapat mengingati apa-apa. Seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan pening kepala dan cuba untuk bangun. Seorang lagi tidur sepanjang waktu petang sehingga tidak dapat disoal siasat. Polis kini sedang memburu kesemua 28 banduan yang melarikan diri menerusi satu operasi mencari secara besar-besaran. Polis berkata, seorang banduan ditemui berjalan-jalan dengan memegang senapang yang dicuri di sekitar tengah bandar Nova Mutum. Manakala seorang lagi ditangkap selepas mencuri sebuah trak dari ladang dan kemudiannya terbabit dalam satu kemalangan.

Wanita Penan Mangsa Rog@l Pembalak

Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membelas nasib golongan kanak-kanak dan wanita kaum Penan yang didakwa menjadi mangsa nafsu serakah pekerja industri pembalakan sejak bertahun-tahun. Seruan itu disuarakan organisasi bukan kerajaan antirasuah, setelah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjanji untuk menamatkan amalan rasuah yang membabitkan taikun balak di sana. Melalui satu kenyataan, presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, walaupun tindakan tegas ketua menteri itu terhadap syarikat pembalakan dipuji, namun beliau harus juga memandang isu penderaan seksual yang dihadapi kaum Penan. “Perlu ada resolusi ke atas penderaan seksual yang telah berlaku bertahun-tahun lalu dan pernah singgah di fikiran ramai. Tambahnya lagi, masyarakat tersebut pernah mendapat perhatian apabila mereka menentang operasi pembalakan di kawasan kediaman mereka yang meliputi Baram, Limbang, Lawas dan Tutoh di Sarawak. Jelas Akhbar, perjuangan kaum Penan telah bermula semenjak 1960-an lagi apabila kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak diteroka untuk tujuan pembalakan komersil. Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan pernah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkenaan isu rogol yang melibatkan kaum Penan. Kes tersebut berlanjutan sehingga kini walaupun laporan direkodkan tentang salah laku pekerja pembalakan terhadap kaum tersebut.

Berbog@l Di Angkor Wat

Phnom Penh – Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negara ini, menurut seorang pegawai semalam. Aksi bogel pelancong itu yang terbaru mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini. Anggota polis Keat Bunthan berkata, wanita terbabit kini disoal siasat. “Mereka melurutkan seluar sehingga paras lutut dan mengambil gambar punggung masing-masing. Buat masa ini kami belum mengetahui tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya. Menurut Apsara – agensi yang menguruskan kompleks berkenaan – dalam satu kenyataan, Lindsey Adams, 22, dan adiknya Leslie, 20, ditemui merakam gambar bogel di dalam kuil Preah Khan, Jumaat lalu. “Kedua-duanya mengaku melakukan kesilapan apabila mengambil gambar bogel,” kata kenyataan itu. Jurucakap Apsara, Chau Sun Kerya berkata, tindakan mereka menyinggung penduduk negara ini kerana Angkor dianggap tanah suci. “Mungkin mereka tidak tahu Angkor ialah tapak suci. Tetapi tindakan mereka menjejaskan kesucian tempat ini,” katanya. Ini kali kedua dalam hanya dua minggu membabitkan kes seumpama itu, selepas tiga pelancong Perancis ditangkap dalam keadaan bogel di lokasi berkenaan, baru-baru ini. Mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan yang ditangguhkan pelaksanaannya, selain diharamkan daripada memasuki Kemboja selama empat tahun. Tiga pelancong itu dihalau dari Kemboja hujung minggu lalu selepas mengaku salah mengambil gambar bogel di salah satu kuil di situ. – AFP

Lelaki Terkejut Mempunyai Rahim Dan Haid

Lelaki Terkejut Mempunyai Rahim Dan Haid | Seorang lelaki yang berusia 37 tahun terkejut bila doktor mengesahkan dia boleh mengandung mempunyai uterus, tiub fallopian dan ovari biarpun dia ada organ normal lelaki.
Pada awalnya lelaki yang berasal dari Lancashire ini menyangka dia menghidap kanser selepas mendapati air kencingnya mengandungi darah, namun doktor memaklumkan dia sebenarnya mempunyai rahim dan darah berkenaan adalah darah haid. Perkara ini diketahui selepas lelaki itu yang juga seorang ahli perniagaan menjalani MRI kerana doktor pada awalnya menyangka dia menghidap penyakit batu karang. Menurut kata lelaki ini, dia mengalami simptom yang aneh sejak remaja tetapi doktor selama ini tidak mengetahui puncanya. Dia juga sering mengalami sakit perut. Lelaki itu kini bakal menjalani pembedahan membuang rahim tetapi doktor memberi amaran dia bakal berdepan proses menopause sebaik sahaja prosedur pembedahan berakhir. Dan seterusnya lelaki itu akan menjalani imbasan genetik bagi mengetahui keseimbangan gender dalam badannya. Sama ada dia lelaki ataupun wanita. Namun katanya biar apapun keputusan ujian itu dia tetap akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki. Sindrom ini dipercayai amat jarang ditemui dan kebiasaannya ia akan dikesan ketika berada di usia kanak-kanak atau ketika usia baliqh.

ARTIS INI BERTUDUNG TANGGAL HIJAB, TAMPIL PANAS SELEPAS BERCERAI

ARTIS INI BERTUDUNG TANGGAL HIJAB, TAMPIL PANAS SELEPAS BERCERAI! | Pelakon terkenal era 1990-an ini makin seksi selepas suaminya dikatakan berkahwin lagi. Itulah berita mengejutkan yang Sha terima. Kalau tak salah, penampilan terakhirnya manis berselendang. Walaupun tidak bertutup penuh, ramai memuji perubahan positif itu, sesuai dengan statusnya bersuamikan VIP. Bagaimanapun, dia kini tampil berani menggayakan baju menampakkan bahagian tidak sepatutnya dan diletakkan sebagai gambar profil laman sosial miliknya. Begitu juga gayanya jika keluar bertemu rakan di luar. Lari jauh dari imej yang dipapar kan selepas berumah tangga.Mungkin itu caranya meluahkan rasa hati. Yelah, bila sedih, macam-macam boleh jadi. Ada yang reda dengan ketentuan takdir, tetapi ramai juga yang sukar menerima ujian yang hadir lalu hanyut dalam perasaan sendiri. Kata sumber rapat pelakon ini, barangkali sampai masanya pelakon ini muhasabah diri. Apabila mengambil hak orang lain, dia sewajarnya bersedia berdepan miliknya diambil orang. Walaupun pedih, dia kena terima seadanya sepertimana madunya sebelum ini. Apapun alasan perubahan pelakon ini, harap dia tenang dan tabah.

Saturday, February 7, 2015

Pelajar Wanita 12 Tahun Dijangkiti HIV Selepas Dikenduri Lelaki Hidung Belang

Pelajar Wanita 12 Tahun Dijangkiti HIV Selepas HidungDikenduri Lelaki Belang |KUALA LUMPUR : Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB). Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa. Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB. Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah. Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif.

[Gambar] Permintaan tinggi terhadap batu sisik naga.. Apa sebenarnya fungsi batu pelik ini?

Permintaan tinggi terhadap batu sisik naga.. Apa sebenarnya fungsi batu pelik ini? | Permintaan yang semakin meningkat terhadap batu sisik naga di Buntu Lamba, di sini membolehkan penduduk setempat yang menjadikannya sebagai pekerjaan sampingan menjana pendapatan mencecah lima juta rupiah sebulan (RM1,427). Portal Kompas.com melaporkan, keunikan corak dan warna batu tersebut menjadi punca utama mengapa permintaannya dalam kalangan pengumpulan batu-batuan unik terus meningkat. “Majoriti penduduk di Buntu Lamba merupakan petani dan pencari batu sisik naga. Batu ini boleh dijumpai di sungai Baraka dan dijual pada harga 100,000 rupiah (RM28.55) bagi setiap kilogram. “Batu sisik naga kebiasaannya dijadikan sebagai batu cincin dan perhiasan rumah,” kata salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Azis, baru-baru ini.
Azis berkata, pencarian batu sisik naga melibatkan proses yang sukar kerana memerlukan pencarinya menyelusuri arus sungai yang deras untuk mendapatkan batu yang unik dan menarik. Advertisement “Sejak harganya di pasaran me­ningkat, kerja ini bukan sahaja dilakukan oleh orang dewasa, malah turut disertai oleh golongan remaja dan kanak-kanak bagi menjana pendapatan tambahan,” kata seorang pelajar Sekolah Menengah Baraka, Ilham.-AP

Pehhhhhh...... Apa La Nk Jadi Dengan Perempuan Melayu Zaman Sekarang Sungguh Memalukan..

Pehhhhhh...... apa la nk jadi dengan perempuan melayu zaman sekarang sungguh memalukan.. benda macam ni pun nk bgtau dlm laman social fb kemudian di uploadkan gmbar ke internet... minum arak pum nak bagi tahu orang lebih2 lagi perkataan tak senonoh dituliskan. kemudian siap tunjuk tunjuk lagi.dunia akhir zaman macam macam ada.......

Abby Abadi Bercinta Dengan Uztaz?

Selepas bercerai pada pertengah tahun lalu, Murai Batu dapat tahu Abby Abadi kini sedang bercinta dengan seorang ustaz yang agak kacak juga paras rupanya. Mula-mula Murai Batu tidak percaya tetapi setelah seorang rakan Murai Batu menghantar beberapa keping foto mereka berdua kelihatan mesra bersama barulah Murai Batu celik mata luas-luas hehe. Wah jika benar, nampaknya cepat juga Abby mendapat pengganti ya? Atau mungkin mereka dalam peringkat berkawan. Yelah apa salahnya kerana Abby pun sudah kembali single. Namun Murai Batu dapat tahu uztaz muda ini agak serius dengan Abby dan merancang untuk memperisterikan Abby tidak lama lagi. Baguslah, benda yang baik haruslah dipercepatkan. Malah, Murai Batu lihat seperti mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Lelaki itu bukan sahaja sudah lama mendekati Abby tetapi mesra juga bersama anak-anak Abby. Tanpa buang masa jom kita layan foto mereka berdua:

Friday, February 6, 2015

4 Gambar Fazura di Final MLM2014 Yang MELETOP

Wow.. cantiknya penampilan Nur Fazura di Final program Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung malam tadi sehingga memukau ribuan penonton yang hadir. Lagi mengejutkan, gambar tersebut menjadi viral di laman sosial dan menerima puluhan ribuan likes dan ratusan komen dari peminat serta hater. Pergh... macam demam Fazura pula di MLM 2014 kali ini. Betul tak? Papepun korang layan gambar Fazura yang kami sediakan untuk anda ni..
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.