Hampir di setiap bandar besar di setiap negara di dunia ini terdapat kehidupan malam yang melibatkan para pemuda dan pemudi sebagai pelaku didalamnya. Ditempat seperti ini kehidupan yang seolah-olah bebas tanpa batas berlangsung, mulai sex bebas, minuman keras dan dadah seolah-olah menjadi teman akrab yang menyertai mereka dalam melalui malam-malamnya.
Dentuman muzik yang cukup keras juga sering menemani mereka dalam suasana berpesta, bahkan juga tarian-tarian erotik yang dilakukan oleh para penari striptease yang menari separuh bogel ataupun tanpa busana sama sekali.
Tempat-tempat seperti ini tentu sangat menarik minat para pemuda dan pemudi untuk bersenang-senang, mencari hiburan dan melupakan masalah untuk sementara waktu. Di tempat-tempat seperti ini juga sering berlangsung transaksi jual beli ubat-ubat terlarang dan transaksi seksual yang tidak jarang memberi kesan kepada tersebarbarnya penyakit kelamin seperti AIDS dan siphilis.
Sebagaimana di Malaysia, di Korea tempat-tempat seperti ini juga mudah ditemui di bandar-bandar besar di negara Gingseng terbut. Gadis cantik dengan kulit mulus khas Korea dengan wajah oriental mereka, merupakan daya tarik tersendiri bagi para pengunjung laki-laki yang dahaga akan hiburan dan suka menghambur-hamburkan wang.
Showing posts with label Info luar. Show all posts
Showing posts with label Info luar. Show all posts
Sunday, March 8, 2015
Saturday, March 7, 2015
9:34 PM
15 GAMBAR DALAMAN Rumah Bill Gates Orang Paling Kaya Di Dunia… Gambar TERAKHIR Akan Buat Anda TERPEGUN !!!
Manusia terkaya dunia, Bill Gates yang tinggal di pinggir bandar eksklusif, Medina, Washington, di sebuah rumah besar di sisi bukit yang menghadap ke Tasik Washington. Alamat rumah agam itu adalah 1835 73 Ave NE, Medina, WA 98039. Rumah Bill Gates yang merangkumi lebih daripada 66,000 kaki persegi yang bersamaan dengan 1.5 acres. Bilik utama termasuk 7 bilik tidur, 24 bilik mandi, enam dapur, dan enam pendiangan.
Rumah sangat moden di “rumah persinggahan Pasifik” gaya, dengan sistem elektronik yang canggih di mana-mana & Reka bentuk dalaman yang hebat. Walaupun ia adalah lebih seperti sebuah rumah besar abad ke-18 atau ke-19, Ia mempunyai perpustakaan peribadi yang besar dengan bilik bacaan kubah. Walaupun ia kelihatan klasik, tapi ia mempunyai banyak ciri-ciri yang unik. Banyak keajaiban genius yang diintegrasikan ke dalam rumah untuk yang terbaru dalam kemudahan moden adalah kerja-kerja seni. Lantai yang di lengkapi tekanan sensitif, di mana-mana anggota keluarga diterapkan oleh keselamatan, boleh tahu siapa yang berada di kediaman oleh berat jejak mereka dalam rumah Bill Gates.
Lampu secara automatik akan menyala apabila anda datang. Speaker tersembunyi di bawah kertas dinding untuk membolehkan muzik mengikuti anda dari bilik ke bilik. Sentuhan pad mudah alih akan mengawal segala-galanya daripada TV set untuk suhu dan lampu, yang akan mencerahkan atau malap untuk majlis atau untuk dipadankan dengan lampu luar. Pelawat yang datang ke rumah Bill Gates ditinjau dan diberi mikrocip semasa masuk. Cip kecil menghantar isyarat di seluruh rumah, suhu dan lain-lain keadaan bilik yang akan berubah mengikut pilihan pengguna. Pada tahun 2009, cukai harta ke atas rumah yang telah dilaporkan ialah sebanyak US $ 1.063.000. Lihat lagi gambar-gambar mewah rumah milik Bill Gates ni.
Friday, March 6, 2015
1:01 AM
Perog@l Dipukul Hingga Mati
INDIA: Padah kerana perbuatannya yang merogol seorang pelajar, seorang lelaki maut dipukul, diseret dan dimalukan oleh orang sehingga mati.
Lelaki yang dipercayai berada dalam tahanan polis itu telah diambil oleh orang ramai apabila mereka menyerbu penjara di Dimapur dengan membakar dan memecahkan pintu penjara tersebut lalu menangkap, membogel dan menyeretnya sejauh empat kilometer.
Sambil diseret lelaki yang berumur 35 tahun tersebut dibelasah oleh orang sambil bersorak.
Dalam masa itu ada juga yang membaling batu dan keadaan lelaki itu tidak ubah seperti memukul seekor haiwan sehingga tidak bernyawa lagi.
Penduduk disitu menyimpan dendam selepas lelaki itu didakwa telah merogol berulang-ulang kali seorang pelajar di sebuah kolej bulan dengan kejam sebelum itu sebelum berjaya diberkas pihak polis.
Selain itu mereka turut membakar rumah dan kedai suspek yang menyebabkan bandar itu kini berada dalam keadaan tegang.
Pihak polis yang cuba meleraikan keadaan ini menggunakan baton dan melepaskan tembakan menyebabkan beberapa orang cedera.
Saturday, February 14, 2015
10:14 PM
iPhone yang Dicas Punca Remaja Mati Dalam Tab Mandi
Seorang remaja Russia telah meninggal dunia selepas iPhone yang sedang dicas jatuh ke dalam tab mandi di apartmentnya.
Yevgenia Sviridenko, 24, yang berasal dari Omsk, Russia.Telah ditemui oleh rakan serumah beliau dalam tab mandi pada petang Isnin lalu.
Rakan serumah mangsa, Brigitte Dubinina, 23, berkata dia terasa untuk memeriksa gadis itu apabila dia bimbang rakannya terlalu lama meluangkan masa ketika di bilik mandi.
“Saya melihat dia terbaring di dalam air dan muka hitam pucat! Telefon beliau juga berada di dalam air bersama wayar pengecas.
Saya cuba menarik kawan saya keluar tetapi gagal kerana renjatan elektrik terlalu kuat hingga badan saya bergoncang.”
Siasatan awal mendapati mangsa mengecas peranti Apple sambil melayari website Facebook versi Russia yang bernama VKontakte.
Pihak ambulans yang sempat hadir di tempat kejadian cuba untuk menyelamatkan Sviridenko, tetapi gagal.
Polis tidak mendedahkan sama ada peranti cas ini dari produk Apple berlesen atau sebaliknya. – Independent.co.uk
7:36 AM
Bonus Syarikat Bermalam Dengan Pelakon Luc@h Jepun?
Sebuah syarikat teknologi di Beijing, Qihoo360 yang mana pihak pentadbir mereka bukan memberikan bonus dalam bentuk wang ringgit tetapi dengan memberi peluang untuk bermalam dengan pelakon luc@h Jepun, Julia Kyoka kepada kakitangan yang bertuah.
Khabar berita berkenaan bonus yang aneh itu tersebar di internet. Bagaimanapun perkhabaran tersebut dinafikan oleh pihak Qihoo360 dan mendakwa itu adalah senarai palsu.
Kemudiannya tidak lama selepas itu keluar pula senarai baru tetapi kali ini tanpa ‘bonus’ Julia Kyoko.
Thursday, February 12, 2015
9:00 AM
Sanggup Berkahwin Dengan Sesiapa Saja
Berkahwin demi wang memang bukan perkara yang baik. Namun tidak ada pilihan lain bagi perempuan yang pelik ini. Wanita bernama Huang Xiju tersebut, disiarkan dari Stomp , muncul dan ‘menjual diri’ di jalanan dengan menggunakan gaun pengantin.
Perkara ini tentu menarik perhatian orang ramai. Perempuan itu membawa sebuah kertas . Dari sumber berkaitan, ia menuliskan bahawa dirinya mahu berkahwin sesiapa yang boleh membiayai rawatan kakaknya. Sementara itu, si kakak ada di sebelahnya dengan menggunakan topeng dan pakaian hospital. Ia membawa sebuah surat keterangan dari hospital yang menunjukkan keadaannya.
Kakaknya, Huang Xichao sedang mengidap leukemia. Ia sudah mendapatkan penderma dan melakukanpembedahan pada 2013. Kos pembedahannya menghabiskan wang sebanyak 300,000 yuan . Perkara ini membuat mereka mengalami hutang pada hospital yang sangat banyak. Sayang sekali, ternyata Xichao kembali mengalami komplikasi sehingga perlu menjalani rawatan sejumlah wang yang sama.
Xiju, adiknya, merasa bertanggung jawab atas tanggungan tersebut. Namun entah apa yang ada di fikirannya, sehingga ia berusaha mengatasi masalah ini dengan menggunakan jalan menawarkan dirinya pada orang lain. Xiju mengatakan bahawa ia tidak peduli lagi anggapan orang.
Netizen yang mengamati hal ini juga terpecah pendapatnya. Ada yang simpati dan ada juga yang sebaliknya. Bahkan seorang netizen berkata, kalau dia menjadi kakaknya, lebih baik mati saja daripada melihat si adik harus melakukan hal setakat ini. Sementara yang lain memahami, mungkin Xiju menarik perhatian orang ramai dengan cara ini, sehingga mereka boleh bertemu dengan dermawan yang mahu membiayai rawatan kakaknya.
Wednesday, February 11, 2015
8:50 PM
Tentera Turki Akhirnya Solat Berjemaah Selepas 90 Tahun Dilarang
Tentera Turki dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah selepas dilarang berbuat demikian sejak 90 tahun. Ia diharamkan hampir satu abad yang lalu oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk, demikian lapor dailysabah.com.
Mustafa dilantik menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1920. Setahun kemudian, dia telah menamatkan pemerintahan khalifah Uthmaniyah dan menjadikan Turki sebuah republik. Kemudian Mustafa menjadikan dirinya sebagai presiden Turki dan mula mengenakan pelbagai larangan terhadap apa-apa yang bersifat Islam termasuk melarang solat berjemaah dalam kalangan tentera pada tahun 1925.
Islam di Turki terus ditekan dan ditindas sehinggalah parti AKP yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan berjaya memenangi pilihan raya umum pada tahun 2002. Erdogan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki dan beliau melakukan perubahan sedikit demi sedikit.
Akhirnya, selepas 13 AKP memerintah, Erdogan telah menarik balik larangan tersebut pada malam tadi. – Harakah Daily
Monday, February 9, 2015
5:34 AM
‘Toyol’ Moden Yang Diharamkan Penggunaanya di UK
Sejak dari dahulu lagi, jam tangan ialah alat yang biasanya digunakan bagi pelajar untuk mengetahui berapa masa yang tinggal sebelum tamat tempoh peperiksaan.
Penggunaan jam tangan amat membantu dalam ‘memberitahu’ dan ‘mengingatkan’ si pemakainya tentang minit-minit dan jumlah masa yang masih berbaki.
Tetapi di United Kingdom, pelajar di beberapa univeristi sudah mula diharamkan dari memakai ‘jam tangan’ apabila memasuki dewan peperiksaan.
Arahan ini diberikan oleh beberapa universiti kerana risau jam yang dipakai sebenarnya jam pintar yang membolehkan pelajar meniru ketika peperiksaan.
Di Univerisity of London contohnya pihak universiti mengakui sudah menemui dua insiden pelajar cuba menipu menggunakan jam pintar mereka.
Pihak universiti merasakan adalah lebih mudah untuk mengharamkan pemakaian semua jenis jam tangan dari membuang masa memeriksa setiap jam yang dipakai oleh pelajar.
Pengharaman pemakaian jam tangan ini adalah petanda awal bagaimana penggunaan peranti pintar boleh pakai mengubah cara peperiksaan dijalankan.
Pengendali peperiksaan harus peka dengan kemajuan teknologi dan apakah alatan biasa yang akan dipintarkan seterusnya.
Bagaimana pula polisi berkenaan pemakaian jam tangan di universiti ataupun sekolah anda?
Adakah guru dan pensyarah anda sudah menyedari “toyol moden” dalam bentuk jam tangan pintar yang dipakai oleh para pelajar? .
3:01 AM
Gempar!! bayi Hamil Anak Kembar
Beijing – Seorang bayi perempuan ditemui mengalami keadaan ganjil dan misteri apabila didapati hamil anak kembar ketika lahir.
Bayi yang dilahirkan pasangan di Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong itu dilaporkan harus menjalani pembedahan selepas berusia tiga minggu untuk membuang ‘anaknya.’
Janin kembar yang dikandung dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.
Jurucakap hospital berkata, kedua-duanya anak bayi itu dilitupi kulit, dengan satu mempunyai berat 14.4 gram dan satu lagi 9.3 gram.
Bagaimanapun, kedua-dua janin mempunyai tali pusat berasingan.
Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil, malah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.
Secara purata, keadaan seperti itu dilaporkan berlaku satu bagi setiap 500,000 kelahiran di dunia, tetapi 200 kes daripada itu saja yang didedahkan.
Sehingga kini doktor masih belum berjaya merungkai misteri punca bayi terbabit menghamilkan anak kembar itu.
Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Yu Kai-man, ia hampir tidak boleh dikesan ketika pemeriksaan pranatal kerana saiz embrio dalam bayi itu amat kecil.
“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya. – Agensi
Sunday, February 8, 2015
6:43 PM
Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita
Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita. Seramai 28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga w#anita yang berpakaian fantasi ala pakaian seragam polis berjaya 'menggoda' tiga warden penjara, menurut satu laporan.
Polis menemui ketiga-tiga w#arden penjara berkenaan dalam keadaan berbogel dan digari di dalam penjara awam Nova Mutum, dekat Cuiaba, tengah Brazil pada waktu pagi selepas insiden banduan melarikan diri itu.
Menurut penyiasat, ketiga-tiga wanita tersebut dilaporkan memberikan minuman keras yang telah diletakkan d#adah di dalamnya kepada warden penjara dan memperdayakan mereka untuk menyertai satu 'pesta liar'.
Sekumpulan banduan melarikan diri menggunakan pintu utama, malah sempat mengambil senjata dari tempat persembunyian di penjara tersebut.
Polis kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi pakaian dalam wanita dan pakaian seragam p#olis yang digunakan wanita sebagai fantasi untuk melakukan hubungan seks, dipercayai telah dipakai oleh ketiga-tiga wanita berkenaan bagi menggoda warden penjara.
Menurut polis, ketiga-tiga wanita tersebut, di mana salah seorangnya dilaporkan merupakan teman wanita kepada salah seorang banduan yang melarikan diri, tiba di penjara itu pada pukul 3 pagi Khamis waktu tempatan dan meminta kebenaran untuk berada di dalam kawasan penjara untuk berbual dan minum.
Warden penjara itu dilaporkan memenuhi permintaan itu dan kemudiannya diperdayakan untuk meninggalkan tempat bertugas bagi menemani wanita tersebut ke kuartes kakitangan.
Menurut ketua polis, Angelina de Andrades Ferreira, kesemua warden penjara itu kemudiannya diberikan dadah sebelum tangan mereka digari.
Tambahnya, ketiga-tiga wanita itu kemudiannya mengambil kunci dan membuka semua sel penjara, menyebabkan sekumpalan banduan berjaya melarikan diri.
Bercakap pada sidang media, beliau berkata: "Rancangan mereka adalah untuk menggoda warden penjara dengan memberikan minuman yang mengandungi dadah supaya mereka khayal. Kemudiannya membuka pintu utama yang menghubungkan sel penjara di bahagian dalam.
Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita
"Mereka yang melarikan diri melalui pintu hadapan.
"Kesemua warden yang khayal tidak dapat mengingati apa-apa. Seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan pening kepala dan cuba untuk bangun. Seorang lagi tidur sepanjang waktu petang sehingga tidak dapat disoal siasat.
Polis kini sedang memburu kesemua 28 banduan yang melarikan diri menerusi satu operasi mencari secara besar-besaran.
Polis berkata, seorang banduan ditemui berjalan-jalan dengan memegang senapang yang dicuri di sekitar tengah bandar Nova Mutum.
Manakala seorang lagi ditangkap selepas mencuri sebuah trak dari ladang dan kemudiannya terbabit dalam satu kemalangan.
5:55 AM
Berbog@l Di Angkor Wat
Phnom Penh – Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negara ini, menurut seorang pegawai semalam.
Aksi bogel pelancong itu yang terbaru mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini.
Anggota polis Keat Bunthan berkata, wanita terbabit kini disoal siasat.
“Mereka melurutkan seluar sehingga paras lutut dan mengambil gambar punggung masing-masing. Buat masa ini kami belum mengetahui tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya.
Menurut Apsara – agensi yang menguruskan kompleks berkenaan – dalam satu kenyataan, Lindsey Adams, 22, dan adiknya Leslie, 20, ditemui merakam gambar bogel di dalam kuil Preah Khan, Jumaat lalu.
“Kedua-duanya mengaku melakukan kesilapan apabila mengambil gambar bogel,” kata kenyataan itu.
Jurucakap Apsara, Chau Sun Kerya berkata, tindakan mereka menyinggung penduduk negara ini kerana Angkor dianggap tanah suci.
“Mungkin mereka tidak tahu Angkor ialah tapak suci. Tetapi tindakan mereka menjejaskan kesucian tempat ini,” katanya.
Ini kali kedua dalam hanya dua minggu membabitkan kes seumpama itu, selepas tiga pelancong Perancis ditangkap dalam keadaan bogel di lokasi berkenaan, baru-baru ini.
Mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan yang ditangguhkan pelaksanaannya, selain diharamkan daripada memasuki Kemboja selama empat tahun.
Tiga pelancong itu dihalau dari Kemboja hujung minggu lalu selepas mengaku salah mengambil gambar bogel di salah satu kuil di situ. – AFP
Wednesday, February 4, 2015
9:04 PM
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia | Uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia, dikatakan tidak sesuai untuk industri itu terutamanya apabila berdepan situasi kecemasan dan boleh mencetuskan masalah lain. Menurut laporan portal berita Mail Online, syarikat penerbangan Skymark dari Jepun, Cathay Pacific (Hong Kong) dan Qantas (Australia) dikritik kerana memperkenalkan uniform skirt mini kepada staf wanita, tetapi pakaian tersebut menyebabkan mereka terdedah kepada gangguan seksual kerana berpakaian seksi dan ketat. Bekas atendan penerbangan pesawat komersial yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan peribadi, Carolyn Paddock berkata, selain pakaian, kasut tinggi yang dipakai oleh krew wanita juga tidak sesuai kerana boleh mengakibatkan kecederaan akibat terjatuh selain menghalang pergerakan apabila berlaku kecemasan. “Kasut tinggi boleh menyebabkan gelongsor atau rakit kecemasan yang diperbuat daripada getah bocor,” katanya. Paddock berkata, syarikat penerbangan terkemuka seperti Virgin Atlantic dan British Airways juga menerima kritikan daripada staf mereka walaupun uniform firma itu dihasilkan oleh dua pereka terkemuka dunia, Vivienne Westwood dan Julien MacDonald. Staf Virgin Galatic mendakwa, kolar baju terlalu ketat sehingga menyebabkan leher mereka berdarah, manakala kakitangan British Airways membangkitkan bantahan apabila mereka tidak dibenarkan memakai seluar, sama seperti peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan Etihad. Syarikat penerbangan di Asia seperti Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Thai Airways, Malindo, dan Garuda Indonesia turut dikritik kerana mengenakan kebaya sebagai uniform rasmi. Menurut Paddock, meskipun kebaya yang direka oleh pereka Perancis, Pierre Balmain, nampak elegan, tetapi uniform itu boleh mencetuskan masalah besar apabila berlaku kecemasan. “Adakah saya akan memakai kebaya ketika kecemasan? Sudah tentu tidak kerana pakaian itu menyukarkan pergerakan saya,” katanya. -AP
8:55 PM
Cikgu Guna Cara Pelik Motivasi Pelajar
Untuk memotivasi anak didiknya yang selalu mendapat markah buruk dalam peperiksaan, seorang guru di China telah mencari penyelesaian yang pelik lagi unik iaitu dengan berdandan sebagai pelayan seksi. Pada awalnya, guru tersebut telah berjanji untuk mengenakan pakaian hitam-putih seperti seorang pelayan seksi jika saja salah seorang anak didiknya mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan. Dan setelah muridnya mendapat nilai yang baik ketika peperiksaan, seperti yang dijanjikan guru itu pun tiba ke kelas dengan mengenakan kostum lengkap dengan sepasang aksesori telinga kucing (ala macam dalam anime tu). Sementara itu pihak sekolah berpendapat bahawa tindakan guru itu tidak sepatutnya berlaku apatahlagi dengan mengenakan kostum seperti itu. Namun bagi pihak yang lain memuji kreativiti guru terbabit, kerana ternyata ia berjaya membuat anak didiknya mendapat nilai yang baik, walaupun dengan cara yang tidak wajar. Bahkan guru tersebut juga mendapat komentar dari salah satu media di China, yang menyebutkan “Nah, itu guru yang baik, dan Penghargaan Guru Terbaik untuk 2012 jatuh pada gadis tersebut.”
12:59 AM
Subhanallah! (VIDEO) 500 Pekerja Dari China Peluk Agama Islam Selepas Lihat Pengebumian Raja Abdullah
Sifat kesederhanaan yang ditonjolkan dalam majlis pengebumian Raja Abdullah Abdul Aziz yang meninggal dunia pada baru-baru ini telah berjaya menarik minat kira-kira 500 orang pekerja warga China di negara tersebut untuk memeluk islam. Semua 500 pekerja warga China itu tersebut telah memeluk yang di sempurnakan dengan lafaz kalimah shahadah secara beramai-ramai. Video yang dipaparkan diatas menunjukkan segala-galanya dengan mereka secara beramai-ramai mengucap kalimah shahadah dengan diajar oleh seorang lelaki warga tempatan. - Siakapkeli
Tuesday, February 3, 2015
11:49 PM
(Video) Sekurang-kurang 9 Maut Pesawat Terhempas Dalam Sungai
Taiwan: Sekurang-kurangnya sembilan maut setelah sebuah pesawat TransAsia yang membawa 58 penumpang mendarat cemas di sebuah sungai di Taiwan, lapor media tempatan di sini. Video kejadian ketika telah dirakam oleh sebuah kenderaan yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Video tersebut memaparkan pesawat tersebut hampir merempuh lebuhraya sebelum hilang dari pandangan. Pesawat TransAsia Airways ATR 72-600 terhempas ketika mendarat pada Rabu di Keelung River di Utara Taiwan. ─ Siakapkeli
Monday, February 2, 2015
12:35 AM
Allahuakbar..Perkara Pelik Berlaku Semasa Hari Pengebumian Raja Abdullah
Inilah Makam / kubur Raja 'Abdullah. Tak ada senjata tertembak ke langit, tak ada terompet dan nyanyian. Anda tak akan melihat ratapan dan suara gendang, tak pula rakyat yang ngalap berkah, tak pula seabrek bid'ah. Tentu saja, dengan kekayaannya, sang raja sangat mampu membangun istana megah di kuburnya itu sebagai lambang keperkasaan, seperti kubur-kubur mewah di nusantara kita. Tetapi tidak, biarlah sang raja seperti rakyatnya di tempat dan tanah yang sama dan tak ada nama dan tulisan bahwa kuburnya adalah kuburan seorang raja. Semua kuburan berbentuk dan berukuran sama. Tak ada pemakaman khusus. Semuanya sama disejajarkan dengan para rakyat jelatanya. Sungguh, semuanya sunyi dari keharaman dan begitu sederhana untuk kuburan seorang pemimpin. Al-Fatihah Credit Photo AFP, Dailymail
Sunday, February 1, 2015
10:15 PM
Budak 3 Tahun Tembak Ibu Bapa
New Mexico – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah menembak bapa dan ibunya yang sarat mengandung selepas menemui pistol 9mm di dalam beg tangan ibunya ketika dia mencari iPod. Selepas menemui pistol terbabit, kanak-kanak tersebut terus menembak satu das tembakan secara tidak sengaja ke arah Justin Reynolds dan Monique Villescas. Peluru tersebut terkena punggung bapanya sebelum menembusi paha dan kemudian terkena bahu ibunya. Mereka dikejarkan ke hospital. Meskipun kedua-duanya stabil namun kecederaan Villescas disifatkan sebagai serius. Insiden tembakan berkenaan merupakan yang terbaru melibatkan kanak-kanak hingga menyebabkan kecederaan di Amerika Syarikat. Bulan lepas di Missouri, seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah tertembak mati adiknya yang berusia sembilan bulan selepas menemui pistol datuknya di rumah mereka. Sementara di Idaho pula, seorang ibu meninggal dunia selepas anaknya yang berusia dua tahun telah mengambil pistol ibunya dalam beg tangan sebelum menembak, juga secara tidak sengaja ke arah wanita berkenaan.
Thursday, January 29, 2015
7:57 PM
Lelaki Rakam Gambar Letusan Lava Gunung Berapi
HOLUHRAUN, Iceland – Seorang jurugambar sanggup menggadaikan nyawanya dengan mengambil gambar letusan lava di bahagian sebuah gunung berapi di sini pada jarak yang terlalu dekat. Jurugambar tersebut, Tomas Freyr Kristjansson merakamkan gambar menakjubkan itu bagi menunjukkan keajaiban gunung berapi Holuhraun yang mula aktif sejak beberapa hari lalu. Kristjansson berkata, keadaan di gunung berapi berkenaan sangat bahaya sehingga pihak berkuasa terpaksa menutup kawasan tersebut kepada para pelancong. “Walaupun keadaan ketika itu sangat bahaya tetapi saya tetap teruja untuk merakamkan letusan lava yang menjulang sehingga beberapa puluh meter. “Saya cuba merapati letusan lava itu sehampir yang boleh untuk mengambil gambar yang menarik sehingga terasa bahang yang sangat panas dan turut merasai gegaran yang kuat setiap kali letusan berlaku. “Gambar-gambar yang saya rakamkan ini menggambarkan kejadian alam yang paling menakjubkan dan cantik yang pernah saya saksikan,” katanya. – Agensi
7:46 PM
Bandar Diliputi Ais
Penduduk di Dudinka terkejut apabila bangun pagi mendapati seluruh bandar diliputi ais yang membeku pada paras pinggang. Kejadian itu berlaku kerana paip yang membekalkan air panas ke setiap rumah bocor dan air itu mengalir ke seluruh bandar. Air yang setinggi paras pinggang itu bertukar menajdi ais disebabkan cuaca sejuk yang melampau iaitu -40 darjah selsius. Dudinka yang mempunyai bilangan penduduk lebih dari lebih 22,000 orang terletak di tengah Siberia dan bersempadan dengan lautan Artik. Jurucakap kerajaan tempatan, Eugena Gerasimov berkata, kawasan mereka sememangnya sejuk dan air panas terpaksa dibekalkan ke rumah penduduk. “Jika sesiapa masih ragu-ragu betapa sejuknya kawasan ini, mereka boleh menyaksikan sendiri gambar berkenaan. “Air panas yang dibekalkan ke rumah pun boleh jadi beku,’’ katanya. Disebabkan kejadian itu, pihak berkuasa terpaksa mengisytikarkan darurat dan memikirkan cara untuk membuang air setinggi paras pinggang itu.
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B9.jpg)
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B1.jpg)
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B2.jpg)
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B3.jpg)
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B4.jpg)
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B5.jpg)
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B6.jpg)
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B7.jpg)
%2BBeginilah%2BKehidupan%2BPada%2BWaktu%2BMalam%2BGadis%2BMuda%2BDi%2BKorea%2B8.jpg)
.jpg)



.jpg)






















.jpg)

.jpg)











