KASIK TAMPAL INI PERIUK

Showing posts with label Info keluarga. Show all posts
Showing posts with label Info keluarga. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

TIPS CARA ROMANTIK MELAMAR KEKASIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramai yang ingin melamar kekasih hati tetapi tidak mempunyai idea untuk melamar mereka dengan cara yang romantik. Di bawah ini ada beberapa tips untuk melamar pasangan anda. Semoga tips ini membantu anda untuk melamar kekasih hati. Semoga tips ini berjaya. 1. Cuba bawa mereka ke tempat pertama perkenalan kalian. Di situ cuba lamar si dia dengan kata-kata yang cukup romantis dan boleh membuat mereka cair. 2. Bawa kekasih anda ke tempat yang cukup romantis dan lamar si dia sewaktu selesai makan bersama. 3. Letakkan cincin di dalam “desert” si dia seperti di atas kek comelnya. Moga ia menjadi suatu kenangan yang paling indah buat si dia. Apabila si dia tersentuh lamarlah dia dengan kata-kata yang cukup indah. 4. Minta si dia mencari sesuatu barang untuk kamu dan letakkan cincin itu di situ. Apabila dia membawa cincin tersebut boleh la kamu lamar dia dengan gaya yang cukup menawan hati. 5. Lamarlah dia dengan bahasa lain seperti bahasa Jepun atau Korea. Mungkin dia peminat cerita korea. Mana tahu cara kamu melamar dia dengan bahasa tersebut akan menjadi suatu yang cukup bermakna buat dirinya. Moga beberapa panduan ini dapat memberi kalian idea untuk melamar gadis impian anda. Sya suci doakan anda berbahagia ke akhir hayat. Amin.

Tips Untuk Suami Isteri Hidup Bahagia

Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Ini beberapa tips mencapai bahagia 1) Beri pujian kepada isteri Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. 2) Dengar pendapat isteri Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. 3) Penuhi hajat isteri Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri. 4) Anggap pasangan seperti diri sendiri. Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia. 5) Isteri bukan pembantu rumah Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan. 6) Isteri juga manusia Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. 7) Ingat tarikh penting Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad. 8) Bantu ringankan tugas isteri Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum. 9) Bawa isteri berehat Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan. 10) Ciuman khas untuk isteri Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya

Wednesday, January 7, 2015

Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa. Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya

Awak, Masa kali pertama awak datang jumpa saya, awak ada hadiahkan satu gelang tangan. Comel. Saya tahu gelang tu tak mahal. Maybe RM10, maybe RM20 atau maybe lebih murah daripada tu. Maybe boleh jumpa kat mana-mana pasar malam tapi saya gembira. Sebab bukan harga yang saya pandang. Tapi sebab tu pemberian daripada awak. Itu yang awak mampu saat tu, kenapa saya nak pertikai? Awak, Ingat tak kita pernah berjalan kaki daripada Bukit Bintang ke terminal? Masa tu motor rosak, jadi terpaksa naik bas. Saya tak merungut sebab saya tahu kita sama-sama penat. Awak penat dan saya penat. Tapi asalkan awak ada dah cukup. Awak, Dulu kalau kita nak pergi mana-mana yang jauh sikit, terpaksa sewa kereta. Sebab saya masih belajar, awak pun kerja belum tetap lagi. Kita selalu simpan impian untuk beli kereta satu masa nanti. Ingat apa kereta idaman kita? Kita nak beli Honda sama-sama. Awak satu dan saya satu. Awak, Masa birthday, saya tak pernah dapat hadiah mahal-mahal. Tapi sedikit pun saya tak marah. Sebab saya tahu awak tengah kejar cita-cita. Tengah bantu keluarga sebab mak ayah awak sakit. Tapi atleast awak tahu macam mana nak gembirakan hati saya. Awak bawak saya tengok sunset kat Bukit Broga :) Awak, Bila awak masih bertukar kerja, saya yakin awak akan berjaya satu masa nanti. Sebab tu saya kekal disisi untuk kuatkan semangat awak. Kalau boleh taknak tengok awak putus asa. Ingat kan apa saya selalu cakap, rezeki Allah ada kat mana-mana :) Awak, Bila akhirnya awak berjaya dapat kerja tetap. Gaji pun lumayan. Saya orang yang paling gembira sebab akhirnya cita-cita awak tercapai. Apa yang awak impikan Allah dah makbulkan. Awak, Akhirnya awak dah boleh beli kereta idaman kita. Saya gembira. Tak lama lagi awak nak beli superbike pulak kan. Awak cakap nak bawak saya konvoi ke Krabi. Tempat idaman saya :) Terlalu banyak perancangan. Terlalu banyak impian kita. Saya sangka awak akan kekal seperti mana kali pertama kita berkenalan dulu. Saat jatuh dan bangun. Saat awak tak punya apa-apa. 6 tahun bukan sekejap. Tapi tak sangka bila awak dah mampu berlari, awak tinggalkan saya jauh di belakang. Pergi bersama seseorang yang baru awak kenal. Saya doakan yang terbaik sebab awak insan yang pernah hadir. Andai satu masa nanti Allah pilih awak untuk diuji, saya doakan dia masih setia disisi awak. Terima awak seadanya bukan kerana siapa awak hari ini. You're the first person who broke my heart. For the rest of my life, you will always be the one who hurt me the most. Don't forget that. Sumber cikda

Cara Menghadapi Suami Panas Baran

Perkahwinan adalah satu tahap hubungan yang paling rumit dari semua jenis hubungan, namun dari sudut lain perkahwinan juga merupakan hubungan yang saling melengkapi satu sama lain. Ketika sepasang lelaki dan wanita berkahwin, mereka menganggap bahawa perkahwinan adalah jalan untuk menyatukan dua insan berbeza. Namun bagaimana jika suami anda seorang yang panas baran? Ada yang berpendapat bahawa sifat panas baran akan hilang jika sudah berkahwin. Kenyataan yang sebenarnya, kebanyakkan orang akan terbawa-bawa sifat panas baran ini sehingga ke alam rumah tangga. Seringkali banyak yang kita dengar suami sering marah-marah tanpa sebab yang jelas. Oleh itu, bagaimanakah caranya menghadapi suami panas baran yang anda cintai itu? 1. Berhenti merajuk Rajukan adalah suatu perkara yang sangat menjengkelkan bagi suami panas baran. Ada kalanya memang wanita sangat ingin dimanja, tetapi lelaki jenis macam ini akan sangat jengkel dan mudah emosi jika melihat anda merajuk. Tips: tunjukkan sikap bahawa anda adalah seorang yang kuat. Cuba cari waktu yang sesuai untuk bermanja-manja dengannya. Mungkin anda boleh bertanya pada dirinya bagaimana pelakuan anda yang disukainya. Berdialog dengan lemah-lembut akan membuat si dia bahagia dan merasa dihormati sebagai pemimpin keluarga. 2. Berfikiran Positif Apabila si suami mulai marah tanpa alasan dan mulai meleret kearah ke perkara-perkara yang tidak berkaitan. Hati – hati, ini akan menyebabkan anda akan terpancing untuk naik angin pula. Namun, tetaplah berfikiran positif. Dia memerlukan waktu untuk berfikir. Dia memang harus belajar mengendalikan emosinya, namun emosi tidak boleh dibalas dengan emosi. Tips: dekati dia dan belai dengan sentuhan lembut tangan Anda ketika emosi dia mulai naik. Tunjukkan bahawa anda mengerti dan memahaminya. Jangan balas dengan cercaan pertanyaan dan nada yang meninggi pula. Sentuhan fizikal, akan membantunya merasa lebih tenang. 3. Luangkan Waktu Bersama Susun kegiatan bersama yang menyenangkan setiap minggu. Bukan hanya santai bersama yang akan menjadi rutin, namun sebuah saat dimana waktu bersama adalah yang paling penting di dalamnya. Semakin dekat anda dan dia, semakin mudah pula memahami dan menyelami perasaannya. Kunci yang harus selalu kita pegang adalah: kesabaran Seseorang memang boleh berubah, namun memerlukan waktu yang cukup lama kerana dia masih perlu belajar beberapa perkara untuk menyesuaikan diri. Jadi, jika suami anda panas baran, jangan terburu – buru meninggalkannya dan mengucapkan “ceraikan saya”.

Monday, January 5, 2015

Antara CINTA dan NAFSU

1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan. Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa. Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya, orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah s3ks. 2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan). 3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima. Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi. 4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita? Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu – Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya. Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga. Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram. 5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa. . Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..

Sunday, January 4, 2015

Rintihan Suami Yang Tak Terucap

Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan 1. Tidak kisah dan pendiam - Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah - Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan 2. Tidak boleh dipercayai - Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami - Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami - Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami 3. Lelaki ego - Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki - Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas - Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki 4. Lelaki miang - Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki 5. Lelaki lemah - Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza - Pada hakikatnya manusia memang lemah Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri 1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat. 2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga. 3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami. 4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.” 5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri. 6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya. 7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki. 8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap : - Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki. - Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai). - Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap. - Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami. 9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami. 10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami. 11. Rintihan suami tentang sex : - Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri. - Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit. - Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat. 12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri. 13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??” 14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang. 15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari. 16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya… 17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf : - Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya. - Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak. 18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati. 19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”. 20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah. 21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri. 22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka. 23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati. 24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak. 25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri. 26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah. 27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk. 28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami. 29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab. 30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham. 31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup. 32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina. 33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar. Sekian, semoga perkara-perkata diatas dapat memberi sedikit bimbingan buat insan yang bergelar isteri dan yang bakal bergelar isteri. Sumber:Dr Fadzilah Mohd Kamsah

Wednesday, December 31, 2014

Tips Buat Suami Ketika Isteri Bersalin

Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin. 1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini. 2. Bersedia Untuk Menunggu Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya. 3. Jangan Ambil Hati Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja. 4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir. 5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin. Jom Share & Tag untuk pengetahuan bersama

Pilihan Keluarga vs Pilihan Sendiri

Pilihan u all??? errrm.. pilihan saya??? ok.. Jujur katakan mestilah pilihan sendiri kan... Siapa nak jodoh ditentukan oleh keluarga... hey! tapi jangan pandang serong pada pilihan keluarga pulak.. kadang-kadang pilihan keluarga ni lebih indah dari pilihan sendiri tau... ada banyak pro and cons pilihan keluarga dan pilihan sendiri.... Walaupun baru berumur 25 tahun 8 bulan, saya lebih banyak tahu cerita mengenai pilihan keluarga dan pilihan sendiri ni tau!!!! Saya share dengan u all cerita-cerita yang saya dengar sejak saya sekolah lagi... 1. Pilihan keluarga... PRO : ada seorang kakak ni yang saya kenal satu ketika dulu.. Dia menceritakan kisah hidup dia... Dia bertemu si suami nya pada hari pernikahan... Dan ketika itu, dia dah bersiap sedia untuk lari daripada lelaki yang akan dikahwininya 18 tahun beza daripada nya.. dan ketika itu dia baru habis SPM...gila kan??? ceritanya lagi... beberapa hari sebelum menjelang hari pernikahannya, dia dikurung di dalam bilik.. ya Allah! macam tu sekali pilihan keluarga.... dan tiba pada hari pernikahannya, dia dipegang oleh makcik-makcik nya kerana dikhuatiri dia lari... ketika dia menceritakan pada saya, wah... pelbagai imiginasi di dalam fikiran saya.. macam mana la keadaan agaknya ya.... tp setelah berkahwin 13 tahun ketika itu, dia kata rupanya dia mendapat satu keluarga yang bahagia.. walaupun jarak umur satu kali ganda dengan husband nya, mereka tetap bahagia.... wowww! macam drama kan.... tapi masa dia menceritakan kepada saya, saya ketawa melekek kerana saya rasa macam lucu... ye la.. tak kene batang hidung sendiri..... CONS: Ini satu kes dimana si lelaki ni telah berkahwin dengan pilihan keluarga... Memang pada mulanya dia setuju untuk berkahwin pilihan keluarga, tetapi setelah beberapa tahun berkahwin, si lelaki bertemu dengan pilihan hati nya... walaupun telah beristeri, dia peduli apa.. pada dia, dia mampu.... bila ditanya kenapa nak kahwin lagi, si lelaki boleh menjawab, "dulu pilihan keluarga, sekarang dah jumpa pilihan sendiri...." oh my God!! tolong la!!! Nasib baik 1st wife dia ni bijak... dia benarkan si suami kahwin lagi satu dengan syarat, "sebuah banglo! sebiji kereta mewah! sebuah kedai!".... kalau saya pun, saya akan buat perkara yang sama... hey! masa kahwin dulu, bukan si lelaki je jadi pilihan keluarga tau.. perempuan pun jadi pilihan keluarga... so 2-2 sacrifice masa depan dengan pasangan yang tak dikenali.. so unfair la kalau lelaki cakap dia dah berjumpa pilihan dihati... wahh.. mentang-mentang boleh kahwin 4, memang nak dibalun semua kuota.. perempuan tak boleh kahwin lebih 1, so adil la kalau dia demand macam-macam.. setuju???? u all kene setuju... hahahaha... 2. Pilihan Sendiri PRO: Kebaikan nya rasa nya semua orang tahu kot.. Sebelum kahwin kenal hati budi, sejiwa ke tak... betul kan??? mesti la betul.. saya tak tahu... hahaha.. sebab semua saya tak menjadi.. keke.. ok.. balik pada cerita kita.. kalau pilihan sendiri ni, ye la.. macam korang-korang sekarang ni bercinta.. Bercinta lama atau sekejap tu, depends pada diri masing-masing.. macam cousin saya, 2 weeks je kenal, n then terus fikir untuk bertunang... tapi kan masa tu cousin saya mintak pendapat saya... "Hajar, cuba kau tengok mamat ni?? aku rasa dia kene dengan jiwa aku..." apa saya balas, "selidik elok-elok.. macam pelik je aku tengok..." hahaha.. itu di mata saya, di mata cousin saya berbeza sebab dia lebih kenal lelaki tu.. bahagia je saya tengok kan... dah uwek pun... 5 bulan...ada jugak yang bercinta macam nak rak, sampai 7 tahun.. putus, cinta dengan orang lain, couple balik pada yang asal, putus, couple balik.. (psst: sebenarnya saya tak suka word "couple" ni, macam pelik je bunyi nya.. ).. akhirnya kahwin juga... tu kebaikan pilihan sendiri, pusing sana pusing sini, engkau tetap dihati... tapi tak mau la lepas kahwin, korang expect macam korang zaman bercinta... ditatang bagai minyak yang penuh... tak de maknanya ok! semuanya berubah... ada siap, "engkau yang ku bagaikan bulan bintang, sekarang seperti neraka jahanam!" ada jugak... tapi kita tak mau yang tu... kita ambik yang baik-baik je... okies??? CONS: Ermm.. ini selalu berlaku selepas kahwin jugak... Zaman bercinta masing-masing tak tunjuk belang... semua nya manis belaka... bila dah bersama, masing-masing tak mau jadi sebelum bercinta.. Mungkin betul juga orang kata bercinta lepas kahwin ini lagi best... sebab perasaan tak berubah... cuba tengok sebelum kahwin, bercinta bagai nak gila.. keluar dating tak henti.. itu adalah saat yang manis & kebahagiaan yang sepatutnya berlaku selepas kahwin.. bukan sebelum kahwin... (ok.. saya pun sama jugak macam budak muda sekarang...) tapi cuba kita fikir balik... saat yang betul-betul menggembirakan pada orang yang bercinta sebelum kahwin, orang kata saat kemuncak adalah saat diijabkabulkan, dan selepas itu, graph mula merundum.. tapi kalau bercinta selepas kahwin, mula lah saat percintaan dan membahagiakan.. perkenalan... betul?? cinta selepas kahwin ni kebanyakan nya pilihan keluarga, jarang pilihan sendiri... ada mungkin tapi 1/100 la... even Farah Lee pun dengan Ally Iskandar pilihan keluarga, bercinta selepas kahwin juga.. See.... So, tak tahu la nak kata yang mana bagus.. Tapi fikirkan lah untuk jangkamasa panjang... Saya??? Saya sendiri tak buat pilihan lagi... hahaha....

Tuesday, December 30, 2014

ANTARA PETANDA-PETANDA DIA JODOH KITA?

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Jom kita lihat petanda-petandanya. :- Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! :-Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! :-Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu… :-Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. :-Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya… :-Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya.. :-Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! :-Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya? Nota: “Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai”

Monday, December 29, 2014

Mudahkan Memaafkan Pasangan Seperti Menulis Diatas Pasir

Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat garang. Si isteri merasa sangat sakit hati, tetapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, turun ke dalam air untuk berenang namun nyaris lemas, tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya hilang, dia menulis diatas sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU. Suami bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hati awak, awak menulisnya di atas pasir dan sekarang awak menulis di atas batu?” Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika perkara buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan saya boleh melupakannya… Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan oleh suami saya, saya akan memahatnya di atas batu hati, agar tidak hilang tertiup angin waktu dan akan diingati selamanya.” Sahabat, Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana pemikiran setiap insan adalah berbeza. Kadangkala ia sangat menyakitkan hati. Oleh itu, kita hendaklah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran diatas, adalah : Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua perkar yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN….

Betul ke Cinta Itu Tak Perlukan Sebab?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. ♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? ♥ Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang.. ♥ Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya. ♥ Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu! ♥ Isteri : Abang tidak dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya. Isi surat tersebut : “Sayangku.. Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika cinta itu memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta itu tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati Sayang … aku sayang kamu … kamu yang menumbuhkan cintaku.. kamu yang memberikan kebahagiaan untuk ku.. kamu yang memberikan senyum untuk ku.. kamu yang ditakdirkan bersama ku,,, Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu, Aku sangat merindukanmu…

Sunday, December 28, 2014

NAK TAHU!! TANDA-TANDA LELAKI BILA RINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Moga perjalanan kehidupan kalian berjalan dengan lancar. Ameen. Hari ini saya ingin membincangkan sebuah topik cinta yang bertajuk “Tanda-tanda Lelaki Bila Rindu”. Biasanya wanita akan mempamerkan riak apabila mereka merindui insan yang dicinta, tetapi lelaki juga merindu dan meluahkan rindu dendam yang mereka pendam. Mungkin ramai wanita yang tertanya-tanya apa lelaki buat bila rindu? Apakah tanda-tanda lelaki itu sedang merindu? 1. Bila lelaki merindu mereka suka menghabiskan masa bersama anda. 2. Bila merindu dia mudah merasa cemburu walau kedudukannya sebagai buah hati anda tidak tergugat sebenarnya. 3. Bila merindu lelaki kadang kala mudah marah-marah kerana tidak sanggup menahan pedihnya merindu. 4. Bila merindu lelaki mudah berkecil hati dan menganggap diri mereka diabaikan sedangkan anda sedang sibuk dengan tugas seharian. 5. Bila merindu lelaki akan stalk semua gambar anda satu persatu walaupun gambar tu telah berulang kali mereka lihat. Sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja, bila hati antara keduanya telah bertaut pasti rasa sayang tidak dapat diluah dan rasa rindu tidak dapat dibendung bila berjauhan. Kebaikan apabila merindu ia akan menambahkan rasa sayang dan cinta di dalam hati antara keduanya. Pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu dendam yang terpendam di hati. Namun jika rindu yang tidak mampu dibendung dan mula membuahkan perasaan cemburu dan rasa cemas takut ditinggalkan ia akan memakan diri sendiri dan bahaya kepada sesuatu perhubungan itu. Sebagai insan pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan namun apa yang penting bertolak ansur dan saling menyayangi perlu dalam menjadikan perhubungan itu menjadi syurga dunia dan akhirat juga. InsyaAllah.

Tuesday, December 23, 2014

Mesti bace!! Rahsia Air Tangan Isteri

Menjadi peranan seorang isteri untuk menyediakan makanan dan minuman kepada suami. Perlu diketahui air tangan isteri turut merupakan pengikat kebahagiaan
Seorang pembaca blog ini mengirimkan emel, bertanyakan cara untuk menambat kasih suami. Pastinya ada banyak cara yang boleh dilakukan tapi kali ini, saya ingin fokuskan kepada perkara yang paling mudah yang dianugerahkan oleh Allah kepada para isteri iaitu air tangan yang mampu menjadi ubat mujarab menambat kasih suami. Jika ditanya kepada para suami atau bakal suami mengenai isteri atau bakal isteri idaman, rata-rata meluahkan harapan agar isterinya adalah seorang yang pandai memasak. Mungkin tak sehebat seorang chef yang handal dalam menyediakan pelbagai jenis juadah tetapi yang penting, si isteri mampu mengenyangkan perut suami.
Jangan salah faham dulu! Jika anda pernah mengikuti perbincangan saya dalam isu serupa, sememangnya saya pernah menegaskan bahawa memasak untuk suami dan anak-anak, bukan tanggungjawab isteri. Menjadi wajib dan satu tanggungjawab jika si isteri disuruh suami agar memasak dan si suami menyediakan segala keperluan untuk menyediakan hidangan tersebut atau memberikan wang untuk digunakan bagi membeli segala keperluan tersebut. Jika isteri tetap enggan dan sanggup keluarkan wang sendiri untuk memenuhi kehendak suami asalkan bukan isteri yang memasak? Harus diingat, selain melayani kehendak batin suami, kewajipan seorang isteri adalah menjaga kebajikan suami. Menjaga kebajikan suami termasuk memenuhi kehendak suami yang tidak bercanggah dengan syariat. Walau syariat tetapkan memasak bukan tanggungjawab isteri tetapi tugas memasak adalah satu kerja bonus. Bukan sahaja kepada suami tetapi yang paling penting ialah kepada diri isteri itu sendiri. Kenapa? Kerana dengan masakan, seorang wanita mampu menambat hati seorang lelaki. Pernah dengar kes majikan ada hubungan sulit dengan pembantu rumah? Banyak kes dah kan? Selalunya bila timbul kes-kes sebegini, yang akan disalahkan ialah pembantu rumah kerana tak sedar diri dan berani memikat majikan sendiri. Suami juga disalahkan kerana tidak tahu membezakan antara kaca dan permata. Ramai yang tidak tau, sebenarnya salah satu sebab ialah air tangan pembantu rumah tersebut yang telah melekat di hati si suami.
Ya. Air tangan, perkara yang kecil jer kan? Sesungguhnya air tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri. Rahsia kasih sayang, lebih hebat daripada penangan air guna-guna. Kenapa tidak? Kita ini manusia yang dikuasai oleh akal dan minda. Akal dan minda hanya akan berfungsi sempurna apabila perut terisi sewajarnya. Bila bercakap tentang sewajarnya, bermaksud makanan yang masuk ke tekak itu sedap dimakan dan mengenyangkan. Ya, memang banyak makanan yang sedap dan enak serta mengenyangkan dijual di merata tempat. Apa nak susah? Beli saja, dah tercapai lah hasrat mengisi perut suami dengan sewajarnya. Betul tu, memang betul. Cepat dan segera. Namun, secepat dan sesegera itu juga kasih sayang suami akan pudar. Kenapa? Kerana tiada bezanya bagi si suami sama ada berkahwin atau bujang jika tetap merasa masakan gerai atau restoran. Sememangnya apabila telah bergelar suami, antara perkara yang suami fikirkan ialah: makan pakaiku terjaga. Bukan memanjakan suami. Bukan juga menghambakan diri isteri. Memasak dan menyediakan makanan untuk suami adalah satu tanda kasih dan sayang seorang isteri kepada suami. Jika suami menghabiskan masakan isteri dengan penuh selera, hati isteri akan gembira dan ceria. Akan semarak lagi kasih dan cinta yang telah sedia ada. Pernah ada satu kes, seorang suami meninggalkan isteri mudanya yang cantik molek, pandai bersolek dan memikat, kembali kepada isteri pertama yang telah diceraikan kerana satu kehebatan bekas isterinya itu yang sukar ditandingi iaitu memasak. Cakaplah apa sahaja, si isteri akan pantas menyediakannya. Saya faham, sebagai wanita bekerjaya, memang susah untuk menyediakan hidangan istimewa setiap hari. Namun, saya menyeru kepada diri saya dan para isteri yang lainnya, demi suami yang kita korbankan harga diri kita kepadanya, marilah kita berusaha untuk mengenyangkan perut suami dengan air tangan kita sendiri. Tak perlu masakan atau hidangan istimewa setiap hari, cukuplah yang mudah, sedap dan mengenyangkan. Suami pula, jangan pulak bersikap melampau. 'Order' itu ini seperti isteri anda itu tukang masak restoran. Kalau sesekali di hujung minggu tu, memang wajar. Kalau hari-hari, memang cari pasal ler. Fahamlah sikit, isteri anda bekerja. Kalau suri rumah pun, bukan memasak sahaja kerjanya. Anak-anak, persekitaran rumah, segalanya nak diuruskan juga. Biarlah bersederhana. Kesihatan terjaga, kewangan pun tak memeningkan kepala.
Paling baik, bukan sekadar isteri yang sibuk di dapur. Suami sepatutnya turut sama membantu isteri ketika menyediakan hidangan. Ya lah, dah isteri lakukan bonus untuk anda. Anda juga, berikan bonus kepadanya. Kalau ada anak-anak, suami boleh membantu menguruskan hal anak-anak ketika isteri sibuk di dapur. Itu juga salah satu cara memberikan bonus kepada isteri anda. Paling penting juga, suami harus bijak mengambil hati isteri. Ingat!! Isteri anda bukan chef terbaik di hotel bertaraf antarabangsa. Malah ada di kalangan wanita yang belajar memasak hanya setelah berkahwin. Peranan suami amat penting untuk membanggakan isteri anda mengenai masakannya. Jika sedap, pujilah. Jika tidak, jangan diperli apatah lagi dimaki. Bukan berbohong namun tetapi gunakan kaedah yang lebih berhikmah. Jika terlebih garam, katakanlah, makanan ni sedap, tapi lebih sedap jika kurang sikit masinnya. Percayalah, hati isteri takkan terguris dengan komen anda malah isteria kan lebih berusaha menyediakan yang terbaik agar anda selalu memuji kerana pujian anda adalah salah satu tanda, anda menyenangi dan menyayanginya.

Monday, December 22, 2014

Mesti bace!! Sembilan Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin

Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian muka terserlah. Ketahui tips berguna bagi mendapatkan hasil yang baik pada hari bahagia anda.
Eh, kenapa suram benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je – Mak Cik Leha Whops! Apa perasaan anda kalau tetamu yang hadir majlis resepsi anda, dan terdengar pula mereka memberi komen sebegini? Muka penat? Suram? Oh sedihnya hati! Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia. Jangan bimbang sayangku sekalian, kerana admin akan kongsi petua-petua serta tips moden dan tradisional yang boleh anda semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia. Petua tradisional
1) 44 hari sebelum menjelang hari bahagia Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.
2) 30 hari sebelum menjelang hari bahagia Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga.
3) Timun sebagai eyemask Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?
4) Lobak sebagai masker muka Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.
5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri! Petua moden
1) Tidur yang secukupnya Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!
2) Luang masa di pusat rawatan kecantikan Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda!
3) Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita. 4) Ambil supplement untuk pemberi tenaga Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan! Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian! Jom cantik cantik menjelah hari bahagia.

Mesti bace!! Lapan Makanan Bahaya Wanita Mengandung

Lapan Makanan Bahaya Wanita Mengandung Terdapat beberapa jenis makanan bahaya ibu mengandung yang perlu elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan ibu mengandung dan kandungan, ikuti panduan yang tertera bagi elak termakan makanan maut ibu hamil.
Makan Bahaya Ibu Mengandung 1. Makanan Maut Ibu Hamil: Makanan mentah Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti: Toxoplasmosis Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi. Cirit-birit Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera. Jangkitan cacing Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi. Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik. 2. Makanan Maut Ibu Hamil : Vitamin A Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengabil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengadungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak. 3. Makanan Maut Ibu Hamil : Raksa Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi. 4.Gula Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran. 5. Makanan Maut Ibu Hamil : Makanan yang diproses Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya. 6. Makanan Maut Ibu Hamil : Produk tenusu Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh megandungi bacteria listeria yang berkumngkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju. 7. Makanan Maut Ibu Hamil :Kacang tanah Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah. 8. Makanan Maut Ibu Hamil : Telur kuning Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin megandungi salmonella. Walaupun jarang member kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu diamsak lebih kurang tujuh minit.

Tahukah Anda : Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

Kenali bagaimana hubungan pasangan yang bakal anda miliki mengikut urutan dalam keluarga. Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga. Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu. Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir. Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan? Pasangan baru lima bulan berkahwin, Nadia Noordin, 24, dan Daneal Micky Abdullah, 27, yang sama-sama dilahirkan anak sulung berkata, mereka langsung tidak pernah memikirkan soal itu. Bagi mereka, apa yang lebih penting ialah ada keserasian dan mempunyai sikap saling faham memahami antara satu sama lain. Nadia yang juga anak tunggal perempuan dalam dua beradik, tidak menafikan pernah mendengar orang tua dulu ada berkata, jika anak sulung berkahwin dengan anak sulung hubungan yang dibina agak 'panas' atau kerap bergaduh. Tetapi perkara itu tidak pernah menghantui dirinya ketika menerima Daneal sebagai teman hidupnya. Malah, wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu mengakui, tidak sangka Daneal yang dikenali empat tahun lalu sebagai rakan sekerja akhirnya, menjadi cinta hati. “Sudah tentu ketika berkenalan, kami tahu masing-masing adalah anak sulung. Tetapi seingat saya, sepanjang perkenalan perkara itu tidak pernah dibincangkan atau dijadikan isu. “Sebaliknya, semakin lama berkawan, semakin itulah saya dapat rasakan ada keserasian. Saya menerima Daneal sebagai teman hidup bukan saja dia memiliki ciri lelaki yang saya cari, tetapi yakin dia boleh melindungi dan menjaga saya," kata Nadia. Bagi Nadia, urutan seseorang itu dalam keluarga bukanlah kayu pengukur utama untuk memastikan kebahagiaan sebuah keluarga yang dibina sebaliknya, terpulang sejauh mana pasangan berkenaan tahu mengendalikan masalah rumah tangga dan mencari penyelesaian sesuai supaya tidak terus porak peranda. Katanya, walaupun usia perkahwinan mereka masih mentah apa yang dilihat memang banyak persamaan antara dirinya dan suami. Ini termasuklah, dalam soal tingkah laku dan perwatakan dalam diri sekali gus, memudahkan mereka untuk lebih memahami antara satu sama lain serta senang berbincang apabila ada pertikaian. “Memang banyak persamaan. Tengoklah dari segi fizikal saja, kami kedua-duanya sama 'comel'. Perangai kami berdua juga agak keanak-anakan walaupun sudah berkahwin. Tetapi kalau bergaduh biasalah, saya saja yang hendak menang. Apa pun, antara kami sudah tentu ada kelemahan masing-masing dan sebab itulah perlu saling bantu membantu. “Misalnya, saya hanya tahu masak yang asas saja, tetapi Daneal 'bab masak' memang handal kerana dia ada pengalaman bekerja di hotel. Oleh itu, dialah yang banyak beri tunjuk ajar kepada saya," katanya. Beliau berkata, meskipun beliau anak tunggal perempuan dalam keluarga, kedua orang tuanya tidaklah memanjakannya sangat. Bagaimanapun, tidak menafikan apa saja keinginannya akan dipenuhi orang tua, tetapi dengan syarat Nadia mesti memenuhi hasrat yang diinginkan mereka. Mungkin kerana itulah sikap suka merajuk terbawa-bawa hingga ke hari ini. Kepercayaan sekadar satu panduan Bagi Daneal Mickey Abdullah yang berasal dari Seri Aman, Sarawak dan dilahirkan dalam suku kaum Ulu (Kenyah), mengakui tidak pernah dengar adanya kepercayaan orang tua dulu mengenai keserasian pasangan mengikut urutan keluarga. Jika ada sekali pun kepercayaan itu katanya, ia adalah semata-mata kepercayaan orang tua dulu dan seseorang itu hakikatnya tidak perlu bimbang seandainya yakin dengan keputusan yang diambil atau sudah ditakdirkan untuk bertemu jodoh. “Biasalah, setiap karakter seseorang itu ada pasang surutnya. Jika ada tidak kena perlulah berbincang. Sebagai anak sulung dan mempunyai tiga adik yang lain, ibu bapa saya mendidik kami penuh disiplin serta sama rata. Kini, sebagai suami saya cuba memikul tanggungjawab memimpin keluarga sebaiknya," katanya. Daniel turut mengakui, dalam banyak hal yang menimbulkan kekusutan memang dirinya yang selalu beralah dengan Nadia. Tetapi katanya, antara beralah dan mengalah, tentu ada perbezaannya. Mengenai bagaimana hubungan cinta dengan isteri mula berputik, katanya semua berlaku tanpa diduga. Bermula sikap suka usik mengusik, lama kelamaan hati berubah bertambah sayang. “Dulu kami bekerja satu tempat dan saya suka sekali mengusik Nadia. Akhirnya, hati pun mula melekat kerana Nadia cepat memahami hati saya dan tidak suka mengongkong," katanya. Namun, sehingga kini Daneal masih tidak dapat lupa bagaimana gementar dirinya apabila 'ditemuduga' ibu bapa Nadia, ketika menyatakan hasrat untuk mengambilnya sebagai isteri. Tetapi Daneal begitu memahami situasi itu kerana sebagai anak tunggal perempuan dalam keluarga sudah tentu bukan mudah untuk mereka melepaskan Nadia. Lebih-lebih lagi, ada jurang agama dan budaya antara kedua-dua keluarga. “Syukur, kedua-dua belah pihak keluarga kami merestui dan berfikiran terbuka mengenai hal ini. Restu dan doa merekalah yang lebih penting daripada kami memikirkan struktur kedudukan kami dalam keluarga," katanya.
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Total Pageviews

Powered by Blogger.