KASIK TAMPAL INI PERIUK

Showing posts with label Info artis. Show all posts
Showing posts with label Info artis. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Mas Anizan Bukan Madu Saya – Lynn Alkhaired

KUALA LUMPUR: Bekas aktres, Sharifah Haslinda, 43 yang kini lebih mahu dikenali dengan nama Lynn Alkhaired menegaskan bahawa pelakon lama era 90an, Mas Anizan bukan madunya seperti yang pernah tersebar sebelum ini. Cerita ini timbul apabila Mas Anizan berkahwin kali kedua dan selamat melahirkan anak perempuan pada 7 November tahun lalu. Sebelum ini pun, suami Lynn iaitu Datuk Seri Reezal Merican dikatakan sudah berkahwin kali ketiga secara senyap-senyap dengan Mas. Bagaimanapun Reezal yang juga ahli politik menafikan perkara itu dan memberitahu beliau hanya ada dua orang isteri.
DATUK Seri Reezal Merican. – Foto Danial Saad
PELAKON lama era 90-an, Mas Anizan. – Foto fail NSTP “Mas memang bukan madu saya. Semua yang timbul hanya spekulasi. Saya secara peribadi menyukainya. Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya selain mempunyai hati yang baik. Sesama wanita saya mendoakan supaya kehidupan rumah tangganya dirahmati dan bahagia. “Saya tidak mengenalinya secara rapat tetapi tahu menerusi kawan baik beliau iaitu Zarina Zainuddin. Saya harap selepas ini tak ada lagi yang membangkitkan hal ini kerana ia memang tak benar,” kata kakak kepada Sharifah Sakinah itu. Lynn yang sudah berhenti berlakon kira-kira 10 tahun kini lebih menumpukan perhatian kepada rumah tangganya. Perkahwinannya bersama Reezal dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
Selain rumah tangga, Lynn juga aktif dalam bidang kecergasan seperti Sharifah Sakinah. Malah beliau sebenarnya meminati dunia kecergasan sejak kecil lagi. Sekitar 1989, Lynn sudah berjinak-jinak ke gim selain pernah membuka gim selama lima tahun. Sejak setahun lalu, Lynn membuka Muayfit Fitness Sdn Bhd yang beroperasi di Ritze Perdana Commercial Centre, Damansara Perdana (www.muayfit.com). Pada 27 Mac ini Lynn turut menganjurkan seminar Muayfit dengan mengundang pemain Muay Thai dari New Zealand bernama Genah Fabian.
LYNN di Muayfit Fitness.
Selain Lynn dan Sakinah, Sharifah Shahira juga turut menceburi dunia seni. Cuma Lynn saja yang memilih untuk tidak aktif berbanding dua beradik yang lain. Drama Salina di TV3 antara yang paling mengingatkan Lynn kepada peminatnya. Menerusi drama itu Lynn bergandingan dengan Ako Mustapha dan Fahrin Ahmad. Drama Lembah Emas adalah cerita pertama menampilkan Lynn sebagai teraju utama di samping Sidi Oraza. -BH

Sunday, March 8, 2015

[TERKINI] Harun Salim Bachik Sudah Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik Sudah Meninggal? Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan niaga selebriti ini, Harun Salim Bachik baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi. Berita itu khabarnya disampaikan sendiri oleh rakan baik beliau, Afdlin Shauki. Namun, maklumat lanjut masih belum dapat dipastikan.

Saturday, March 7, 2015

Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Basah Kali Kedua di Subang Jaya

Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya. “Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak. Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua. Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan. Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah. Untuk tangkapa kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana.-Via rotikaya

PANAS!! GAMBAR Tanpa Tanpa Pakaian Siti Badariah Tersebar Di Twitter!

Foto b@gel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua b@gel pertama kali disebar oleh akaun Twitter bernama @Vina787979 pada 23 November 2013. Foto ini tersebar luas dan heboh dunia hiburan Indonesia. Dua dari tiga foto tersebut memperlihatkan wanita tersebut beraksi di atas katil tanpa mengenakan sehelai benang pun.
Foto lain memperlihatkan bahagian tubuh wanita tersebut terdedah. Dalam foto tersebut juga, wanita ini berekspresi nakal dan menggoda. Setelah foto bugel itu tersebar luas, @Vina787979 terus membuang foto-foto tersebut dari akaunnya. Pada tahun 2013 sahaj, banyak selebriti yang dilanda kes serupa. Mulai dari foto bugel penyanyi dangdut Camel Petir, istri Fathanah Sefti Sanustika hinggalah bintang sinetron Faby Marcelia. Sumber: Infospesial.net

Thursday, March 5, 2015

Dirog@l Beramai-ramai, Pengalaman Manis Nur Risteena, Apa???

SEL-SEL otak penulis sedang berusaha memahami tajuk sebuah artikel di sebuah majalah yang memang tahap pelik bunyinya. Peliknya ialah kenyataan dari pelakon Nur Risteena Munim Zainul Ilyas yang menganggap pengalamannya menjadi mangsa rogol beramai-ramai ialah satu pengalaman manis.
Ia dibuat Nur Risteena dalam satu majalah hiburan yang gambarnya dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook baru-baru ini. Soalnya, mengapa pula bagi dia pengalaman menjadi mangsa rogol beramai-ramai adalah satu pengalaman manis. Kenyataan itu menjadi tanda tanya besar para peminat industri hiburan tanahair kerana ini kali pertama seseorang yang dirogol beramai-ramai.
Keinginan penulis untuk membaca penuh artikel berkenaan membuak-buak kerana maklumlah tajuk majalah hiburan seperti ini biasanya menikam jiwa dan kalbu. Penulis rasa, pengalaman itu mungkin hadir dalam babak di dalam drama atau filem lakonannya mungkin kerana keganjilan babak itu. Babak Drama Playboy Itu Suami Aku Kalau diikutkan fikiran normal kita sebagai manusia, memanglah tidak logik untuk berasa manis dalam kejadian dirogol beramai-ramai. Penulis cuba juga mencari artikel penuh kenyataan Nur Risteena itu tetapi gagal.

Rupanya ini punca sebenar Rita Rudaini mengamuk selepas kelahiran anak lelaki Aidil Zafuan

Kecoh pula laman sosial hari ini apabila pelakon Rita Rudaini tiba-tiba mengamuk di laman Instagram selepas ada peminat yang berkongsikan berita kelahiran anak lelaki Aidil Zafuan hasil perkahwinan dengan Zarema Zainal. Kenapa pula Rita mengamuk secara tiba-tiba nih? Bukankah kelahiran seorang bayi di dunia adalah satu berita yang menggembirakan? Umum mengetahui Aidil Zafuan telah mendapat cahaya mata yang baru. Aidil Zafuan selamat mendapat seorang anak lelaki bersama isterinya Zarema Zainal. Sementara itu, ekoran berita Aidil Zafuan kini mempunyai seorang lagi anak lelaki, ada beberapa peminat dan follower yang menyampaikan berita itu di laman instagram milik Rita Rudaini. Sensitif dengan berita itu, demi anak-anak, Rita Rudaini dikatakan berang dengan berita yang disampaikan. Mereka dikatakan penyibuk dan mengganggu emosi anak-anaknya. Rita Rudaini jelas tidak menyukai berita tersebut

Thursday, February 12, 2015

Zul Ariffin Dan Izara Aisyah Bersanding?

Kami tengok gambar ini pun sudah tersenyum sendiri apatah lagi peminat dan juga bakal penonton drama Mr London Ms Langkawi. Kami suka melihat senyuman Izara Aisyah dan jugaZul Ariffin yang dikongsikan oleh Nizam Zakaria selaku pengarah drama tersebut. Di dalam drama adaptasi daripada novel terbitan Astro ini, Zul akan membawakan watak Aidid manakala Izara pula membawakan watak Liyana. Jika diikutkan gambar, mereka akan kahwin nanti atau mungkin pembaca novel ini lebih tahu. Katakanlah, jika Zul dan Aisyah masing-masing masih lagi single, memang tidak habis akan diusik oleh peminat dan juga media. Apa yang pasti, peminat novel ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang menonton watak novel mereka direalisasikan dengan pelakon yang kelihatan sangat secocok bersama.

Wednesday, February 11, 2015

Amelina Dan Ifa Raziah Bergaduh?

Ifa Raziah telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-seolah merendahkan kemunculan semula Amelina. Ramai mengetahui mereka pernah bersaing di pentas dangdut. Persaingan ada sih#t ada juga yang tak sihat.hermm. Wartawan memang ditugaskan mencari berita-berita sensasi. Jadi sekiranya tiada bahan,mereka pastinya terpaksa ‘membuat bahan’ dengan lontarkan soalan seperti provokasi atau apa saja yang membangkitkan emosi seseorang artis. Ifa Raziah mungkin ditanyakan soalan ‘Kak Ifa tergugat tak dengan kemunculan semula artis dangdut Amelina? Hermm.. Amelina mengambil langkah me#mbuat kenyataan yang matang apabila ditanya pula oleh wartawan harian metro: “Siapa yang bercakap atau apa jua yang diperkatakan, saya tidak mahu ambil peduli. Betul atau tidak dia bercakap begitu, saya malas hendak fikirkan sebab saya muncul semula dalam bidang ini untuk bekerja.”

Tuesday, February 10, 2015

Tasha Shila Antara 10 Selebriti Jadi “Escort Girls”?

Pelakon wanita Tasha Shilla nyata terkejut dan kecewa dengan tuduhan melulu yang dibuat segelintir pihak yang mengatakan dia adalah antara 10 wanita tempatan yang disyaki terlibat dengan gadis peneman atau ‘Escort Girl’ Ia susulan keratan akhbar daripada Harian Metro bulan lalu yang mengatakan pihak polis sedang memerhati pergerakan 10 gadis selebriti yang dikatakan menerima bayaran RM3,000 hingga RM10,000 untuk menjadi Escort Girl kepada VVIP. Wowww!! Banyaknya… Tak tahulah Murai Batu nak komen apa, tapi Tasha telah menjawab persoalan itu ketika ditemuramah oleh wartawan Melodi yang telah disiarkan pada Ahad lepas. Dalam temubual itu, Tasha dengan tegas kalau ia mencemarkan namanya, dia akan mengunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan segala-galanya. Dia juga mohon kepada semua tolong henti-hentikan tabur fitnah terhadap dirinya kerana ia boleh mendatangkan dosa kering kepada mereka. Entahlah Tasha, bak kata orang kalau tiada angin takkan pokok boleh bergoyang, tapi dalam temubual itu, Tasha jawab pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan. Mendalam sungguh maksudnya itu, apa-apa pun Murai Batu harap lepas ni Tasha kena lebih berhati-hati. Segala pergerakan selaku seorang selebriti ini amat mudah dikesan, almaklumlah muka selalu kuar TV.

Monday, February 9, 2015

Fara Fauzana Tidak Kisah Ditanya Soal Kahwin

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi berasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan. Fara, 35, berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu dan pada usianya sekarang ia bukan soal utama selain meletakkan keyakinan kepada Allah yang merancang perjalanan hidupnya. “Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu. “Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti. “Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu,” jelasnya kepada mStar Online.
AG dan Fara bergandingan dalam program Muzik-Muzik 30. Fara terdahulu diumumkan sebagai hos baharu program Muzik-Muzik 30 bersama AG bagi menggantikan Scha Al Yahya. Program itu bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang. Pun begitu kata Fara, itu tidak bererti dia berhenti berusaha mencari jodoh dan mengakui ada mengenali beberapa lelaki namun belum bertemu yang benar-benar sesuai dengannya. Tambah Fara, kesibukan dengan tugas seharian turut menjadi faktor utama dia tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta seperti mana wanita lain. “Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu,” jelasnya.

Sunday, February 8, 2015

ARTIS INI BERTUDUNG TANGGAL HIJAB, TAMPIL PANAS SELEPAS BERCERAI

ARTIS INI BERTUDUNG TANGGAL HIJAB, TAMPIL PANAS SELEPAS BERCERAI! | Pelakon terkenal era 1990-an ini makin seksi selepas suaminya dikatakan berkahwin lagi. Itulah berita mengejutkan yang Sha terima. Kalau tak salah, penampilan terakhirnya manis berselendang. Walaupun tidak bertutup penuh, ramai memuji perubahan positif itu, sesuai dengan statusnya bersuamikan VIP. Bagaimanapun, dia kini tampil berani menggayakan baju menampakkan bahagian tidak sepatutnya dan diletakkan sebagai gambar profil laman sosial miliknya. Begitu juga gayanya jika keluar bertemu rakan di luar. Lari jauh dari imej yang dipapar kan selepas berumah tangga.Mungkin itu caranya meluahkan rasa hati. Yelah, bila sedih, macam-macam boleh jadi. Ada yang reda dengan ketentuan takdir, tetapi ramai juga yang sukar menerima ujian yang hadir lalu hanyut dalam perasaan sendiri. Kata sumber rapat pelakon ini, barangkali sampai masanya pelakon ini muhasabah diri. Apabila mengambil hak orang lain, dia sewajarnya bersedia berdepan miliknya diambil orang. Walaupun pedih, dia kena terima seadanya sepertimana madunya sebelum ini. Apapun alasan perubahan pelakon ini, harap dia tenang dan tabah.

Saturday, February 7, 2015

Abby Abadi Bercinta Dengan Uztaz?

Selepas bercerai pada pertengah tahun lalu, Murai Batu dapat tahu Abby Abadi kini sedang bercinta dengan seorang ustaz yang agak kacak juga paras rupanya. Mula-mula Murai Batu tidak percaya tetapi setelah seorang rakan Murai Batu menghantar beberapa keping foto mereka berdua kelihatan mesra bersama barulah Murai Batu celik mata luas-luas hehe. Wah jika benar, nampaknya cepat juga Abby mendapat pengganti ya? Atau mungkin mereka dalam peringkat berkawan. Yelah apa salahnya kerana Abby pun sudah kembali single. Namun Murai Batu dapat tahu uztaz muda ini agak serius dengan Abby dan merancang untuk memperisterikan Abby tidak lama lagi. Baguslah, benda yang baik haruslah dipercepatkan. Malah, Murai Batu lihat seperti mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Lelaki itu bukan sahaja sudah lama mendekati Abby tetapi mesra juga bersama anak-anak Abby. Tanpa buang masa jom kita layan foto mereka berdua:

Friday, February 6, 2015

4 Gambar Fazura di Final MLM2014 Yang MELETOP

Wow.. cantiknya penampilan Nur Fazura di Final program Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung malam tadi sehingga memukau ribuan penonton yang hadir. Lagi mengejutkan, gambar tersebut menjadi viral di laman sosial dan menerima puluhan ribuan likes dan ratusan komen dari peminat serta hater. Pergh... macam demam Fazura pula di MLM 2014 kali ini. Betul tak? Papepun korang layan gambar Fazura yang kami sediakan untuk anda ni..

(Gambar) Nisa Kasnoon, Pembaca Berita Hot Astro Awani

Nisa Kasnoon Nisa Kasnoon, seorang pembaca berita di Astro Awani. Ini merupakan antara koleksigambar Nisa Kasnoon. Nisa Kasnoon mungkin setanding dengan pembaca berita lain untuk TV3 ataupon TV1. Nisa Kasnoon memang manis, bentuk badan pun ada. Kalau nak ambil pembaca berita mestilah cantik dan suara sedap didengar. Kalau tak, memang orang tak nak tengok berita tu. Mungkin penonton akan berubah ke channel lain. Apa pon jom layan gambar hot Nisa Kasnoon, pembaca berita Astro Awani.

PANAS! Aksi Tidak Senonoh Julia Perez Di Instagram Pegang tuttt

Amboi makin menjadi-jadi pulak Ida Melly tengok! Mana taknya, sejak kebelakangan ni makin galak pulak bintang berimej murahan dari Indonesia, Julia Perez atau Jupe menaikkan namanya menggunakan gambar kontroversi. Selepas gambar bergomol dengan anjing pada Ramadhan yang lalu dan payu dara diramas ‘teman tapi mesra’ yang tersebar di media sosial mendapat perhatian media, terbaru Jupe memuat naik lagi gambar kontroversi di laman Instagram. Terus menghangatkan lagi gosip hangat tentang dirinya. Kali ni pulak gambar dia memegang kemaluannya diiringi caption yang dianggap berbaur lucah yang berbunyi “kalau anda lihat gambar ini ‘bergerak’ artinya anda stress kaga dapet jatah” (kalau anda lihat gambar ini bergerak maknanya anda stres tak dapat makan). Ishh ishh ishh ape nak jadi pun tak tahulaa.
Menarik artikel yang berkaitan :- “Julia Perez Menghidap Barah serviks“ Walaupun ditegur pengikut instagramnya kerana gambar ini, Jupe tetap Jupe. Lagi pulak ada peminat yang bagaikan menyokong aksinya ini apabila memuji-muji keberaniannya. Haishh ! Ida Melly terfikir kalaulah Jupe ni artis Malaysia, tak tahulah sama ada dia mampu untuk terus bertahan ataupun tak dengan perangai yang sebegini. Mana taknya, kat sini kita memiliki ramai ‘ustaz dan ustazah’ yang sentiasa berkeliaran di instagram artis dan bersedia untuk menegur mereka jika perlu. Kalau bagi kat Ustaz Azhar Idrus (UAI), gamaknyer macam mane lah yer. ‘Basuh Otak’ terus kot hihii. Bayangkanlah jika artis kita pakai seluar ketat pun dah kena basuh tak ingat, inikan pulak kalau berperangai macam Jupe ni.

Thursday, February 5, 2015

MENGEJUTKAN!!! 8 Foto PERNIKAHAN Shila Amzah Secara SENYAP???

Mungkin ada yang terkejut sebaik membaca tajuk di atas. Mana tidaknya, OHBULAN! sendiri pun seakan tak percaya sebaik melihat foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru. Melihat kepada foto-foto yang dikongsikan, ramai tertanya-tanya tentang tujuan Shila bergaya seakan pengantin yang bersedia untuk diijabkabulkan. Adakah penyanyi ini sudah menemui pengganti cinta hatinya di negara orang? Namun kalau anda nak tahu, Shila sebenarnya terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan. Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol. Menerusi video rakaman persembahan Shila, OHBULAN! percaya ramai peminat Shila yang berbangga dengan pencapaiannya hingga berjaya mencipta nama di China. Bagi yang belum berkesempatan melihat persembahan Shila tempoh hari, di bawah ini OHBULAN! sertakan video rakaman dan foto-foto perkongsian Shila. Semoga terhibur! Sumber asal : Portal Ohbulan
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Total Pageviews

Powered by Blogger.