KASIK TAMPAL INI PERIUK

Showing posts with label Info nasihat. Show all posts
Showing posts with label Info nasihat. Show all posts

Sunday, March 8, 2015

Kantoi !!! Sambil Dukung Bayi Pasangan Ini henjut depan khalayak ramai

Entah apa yang difikirkan kedua pasangan ini keduanya seenaknya melakukan seks di tempat awam,Dipetik mirror, Seorang penumpang merakam detik-detik pasangan sedang berbuat seks di tangga stesen kereta api bawah tanah New Zealand. Pasangan tersebut seolah-olah merasa tindakan tersebut tidak dilihat orang sehingga berani melakukan perbuatan tersebut. Dan yang paling teruk perempuan berkenaan mengendong seorang bayi. Pasangan yang sedang di mabuk bercinta tersebut berhenti setelah seorang pegawai meneriaki mereka, kemudian sang lelaki dipukul dan ditendang di depan sejumlah orang yang ada di stesen tersebut. Keduanya ibawa pegawai ke pejabat keselamatan stesen dan tidak ada yang tahu mengenai nasib keduanya.Sementara itu si perakam menyebarkan video tersebut dan menjadi topik hangat di dunia maya

10 GOLONGAN MANUSIA YANG AKAN DIMASUKKAN DALAM SYURGA TANPA HISAB

10 GOLONGAN MANUSIA YANG AKAN DIMASUKKAN DALAM SYURGA TANPA HISAB | Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah: 1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka. 2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya. 3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain) 4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik (hadis riwayat Jabir) 5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari) 6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas) 7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r.a) 8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’) 9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi) 10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud) Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.” Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala. Wallahualam...

Saturday, March 7, 2015

PERISTIWA HITAM DI PERHENTIAN TAPAH YANG MESTI ANDA BACA DAN AMBIL IKTIBAR!!

PERISTIWA HITAM DI PERHENTIAN TAPAH YANG MESTI ANDA BACA DAN AMBIL IKTIBAR!! | Salam semua apa yg akan saya ceta dan kongsikan adalah utk kebaikan bersama dan supaya kita semua lebih berhati hati.Tadi pagi anak sulong saya dlm perjalanan dari kota damansara kl ke alor setar. Beliau telah berhenti sebentar di Tapah krn tunangnya nak pergi tandas. Semasa menunggu dlm kereta datang sebuah kereta seramai empat org berbangsa India terus buka pintu kereta suruh keluar dan salah seorg cakap nak tarik kereta ..dlm waktu yg sama beliau beritahu kalau boleh bg duit beliau tak akan tarik kereta , anak saya nak kol bank dahulu tapi beliau ugut u nak mampus ka sb skrg saya nak settle kalau u kol bank saya akan tarik juga kereta .. than anak saya kata nak kol saya utk minta duit nk bayar kat dia .. bila dia benarkan , anak saya jarakkan sikit dari depa dan trs kol bank .. bank kata akaun semua clear n jgn bayar apa dan kol polis immediately ..lps tu anak saya terus kol saya menangis ketakutan .. lps dia terangkan kpd saya .. lelaki india tue trs rebut fon dan suruh say byr rm 900 kalau nak settle sb katanya kalau dia tarik keta nie bank pun akan byr rm 900 .. untuk tidak membahayakan keadaan saya bersetuju utk byr rm 300 tapi dia x setuju n ugut saya lagi .. dia cakap skrg ank perempuan awk dgn saya nk bayar atau tak .. dgn tenang sy cakap bei saya 10 min saya bank un duit .. saya kol semula anak saya dan srh beliau jauhkan diri dari mrk dan sembunyi kat toilet n pada masa yg sama anak saya kol polis dan tunang beliau kol kawan belia sekitar tapah ... menyedari polis datang mereka iaitu lelaki india telah melarikan diri dan sempat pula ugut sekali lagi dgn berkata mereka akan ikut sampai dapat ...anak saya dan tunang telah dibawa ke balai polis .. mengikut keterangan polis kes ini telah berlaku kerap kali di tapah dan kumpulan ini meyasarkan anak anak muda utk ugut lebih lebih lagi budak perempuan muda .. dan dua hari sudah pun pemilik kereta iswara pun kena ugut juga dan pemandu malang ini krn takut telah membayarsejumlah wang .. Tapah agak black area .. tadi kawan saya baru msj beritahu beliau nmpk kereta ini dekat R & R Behrang kelmarin kul 3 pagi .. dimana empat lelaki india ini berada dalam kereta dgn mendengar lagu dengan kuat dlm keadaan mabuk.. ini no kereta mereka. AJM 1324 ALZA PURPLE GELAP KERETA TINTED 100% GELAP X NMPK ORG PUN So modus operandi mmg area hway tapah ..sila war warkan kpd saudara mara dan sahabat handai agar berhati hati .. seblom ini saya hanya dgr cerita sahaja tapi ini benar benar terjadi kpd anak saya .. Ya Allah terketag lutut bila bercakap sendiri dan diugut oleh pemuda indias itu. Sila share di FB , watsapp atau mana mana media sosial agar penjenayah ini dapat didakwa. alhamdulilah skrg anak saya dah sampai alor setar

Friday, March 6, 2015

Inilah Punca Lelaki Cium Seorang Pasukan Sukarelawan Polis Wanita Di Stadium Shah Alam Kelmarin

Seorang penyokong bola sepak ditahan semalam selepas dipercayai telah mencium seorang anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) wanita di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.45 selepas tamat perlawanan Liga Super antara pasukan Selangor dan JDT yang berkesudahan seri 1 - 1 sama. Suspek telah mencium seorang Konstabel berusia 31 tahun dan terus melarikan diri selepas di tolak oleh rakan polis wanita tersebut. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek berjaya ditahan selepas kejadian dan soal siasat mendapati lelaki terbabit tidak siuman. "Siasatan mendapati lelaki itu tidak siuman malah ada surat pengesahan doktor yang menyatakannya sakit mental dan berikutan itu dia sudah dibebaskan," katanya. -Siakapkeli.com.my

Friday, February 13, 2015

3 Gadis Ini Dikecam Kerana Hina Kematian Tuan Guru Nik Aziz

Screenshot tiga orang gadis yang menghina kematian Allahyarham Nik Aziz di laman sosial tersebar dan mengundang kemarahan orang ramai yang menganggap tindakan mereka itu biadab dan wajar diambil tindakan. Difahamkan, ketiga-tiga gadis berkenaan berang dengan ‘moment’ di aplikasi WeChat dan Instagram mereka dipenuhi dengan ucapan takziah dan al-fatihah untuk Allahyarham Nik Aziz yang meninggal pada malam Jumaat yang lalu. “Nik Aziz meninggal? Ok.. bagusss laa.. mak ayah aku suke.. aku pun suke.. x yh nk semak status aku.. aku ku remove trus.. semak la.. ,” - AnnAbElle Swift “Padan muka Nik Aziz dah Mati. Aman sikit Malaysia tanpa kau,” Sarah Maisarah “Moment (WeChat) aku penoh dengan ‘al-fatihah tok guru nik aziz’. Yg pergi tu dah lah. Bkn ape, semak tawu semak? Sedekah kan alfatihah dah lah. Nie semak je at moment aku.. Shakai tau ark?” - Princes Bella Tindakan ketiga-tiga gadis ini mengundang kemarahan netizen.

Amaran Coklat Kondom

JAKARTA: Coklat dibungkus dengan kondom antara produk yang dipasarkan secara meluas di sekitar Indonesia sempena sambutan Hari Valentine, Sabtu ini. Senario ini membimbangkan pelbagai pihak hingga mendorong Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk melancarkan acara bantahan tahunan terhadap perayaan itu kerana menganggap ia boleh mengakibatkan berlakunya seks rambang serta amalan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam. Setiap tahun, sekolah di Indonesia juga melarang pelajar menyambut Valentine, manakala organisasi berunsur Islam mengeluarkan pelbagai peringatan mengenai bahaya kelahiran bayi luar nikah akibat sambutan itu. Ketua pergerakan wanita MUI ,Tuty Alawiyah memberi amaran keras kepada golongan muda supaya berhati-hati kerana adanya coklat yang dibungkus dengan kondom, serta produk lain yang bertujuan menggalakkan seks luar nikah. “Banyak coklat perayaan Valentine dijual di pasar raya atau kedai runcit yang turut menyertakan kondom. “Pemberian hadian boleh memberi kesan negatif apabila membawa kepada cumbuan atau perbuatan lain,” katanya. Ia turut didakwa mengakibatkan tekanan kerana memaksa penyambutnya membuat pelbagai perancangan semata-mata mahu kelihatan romantik. “Kenapa perlu tunggu sekali setahun?” soalnya Tuty yang pernah memegang jawatan menteri pergerakan wanita ketika pemerintahan Presiden B J Habibie. ─ mStar online

Tuesday, February 10, 2015

Padah Curang Isteri Pecahkan Audi Milik Suami

Marahkan suami yang curang, seorang isteri telah bertindak membalas dendam dengan cara yang paling dikesali oleh suaminya iaitu dengan memusnahkan kereta merah Audi R8 V8 milik suaminya itu. Gambar kereta yang musnah itu telah terebar di media sosial. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui. Bahagian belakang kereta tersebut juga turut dicalarkan dengan tulisan memaki dan sumpah seranah selain memotong tempat duduk kulit kenderaan itu. Selain itu, beberapa alatan termasuk stereo dan kabel dalam kereta itu juga hilang. Itulah harga yang dibayar oleh seorang lelaki yang telah berlaku curang terhadap isterinya

Monday, February 9, 2015

PEGANG "AirBag" SAMBIL SIGN AUTOGRAF PEMINAT THE RED WARRIOR

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu. Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan. Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu? Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai. Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul. Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet. Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen. - MYNEWSHUB.CC

Sunday, February 8, 2015

Wanita Penan Mangsa Rog@l Pembalak

Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membelas nasib golongan kanak-kanak dan wanita kaum Penan yang didakwa menjadi mangsa nafsu serakah pekerja industri pembalakan sejak bertahun-tahun. Seruan itu disuarakan organisasi bukan kerajaan antirasuah, setelah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjanji untuk menamatkan amalan rasuah yang membabitkan taikun balak di sana. Melalui satu kenyataan, presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, walaupun tindakan tegas ketua menteri itu terhadap syarikat pembalakan dipuji, namun beliau harus juga memandang isu penderaan seksual yang dihadapi kaum Penan. “Perlu ada resolusi ke atas penderaan seksual yang telah berlaku bertahun-tahun lalu dan pernah singgah di fikiran ramai. Tambahnya lagi, masyarakat tersebut pernah mendapat perhatian apabila mereka menentang operasi pembalakan di kawasan kediaman mereka yang meliputi Baram, Limbang, Lawas dan Tutoh di Sarawak. Jelas Akhbar, perjuangan kaum Penan telah bermula semenjak 1960-an lagi apabila kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak diteroka untuk tujuan pembalakan komersil. Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan pernah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkenaan isu rogol yang melibatkan kaum Penan. Kes tersebut berlanjutan sehingga kini walaupun laporan direkodkan tentang salah laku pekerja pembalakan terhadap kaum tersebut.

Saturday, February 7, 2015

Pelajar Wanita 12 Tahun Dijangkiti HIV Selepas Dikenduri Lelaki Hidung Belang

Pelajar Wanita 12 Tahun Dijangkiti HIV Selepas HidungDikenduri Lelaki Belang |KUALA LUMPUR : Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB). Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa. Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB. Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah. Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif.

Pehhhhhh...... Apa La Nk Jadi Dengan Perempuan Melayu Zaman Sekarang Sungguh Memalukan..

Pehhhhhh...... apa la nk jadi dengan perempuan melayu zaman sekarang sungguh memalukan.. benda macam ni pun nk bgtau dlm laman social fb kemudian di uploadkan gmbar ke internet... minum arak pum nak bagi tahu orang lebih2 lagi perkataan tak senonoh dituliskan. kemudian siap tunjuk tunjuk lagi.dunia akhir zaman macam macam ada.......

Thursday, February 5, 2015

Lelaki rogol isteri rakan serumah kerana suaranya sedap

Kuala Lumpur: Terpegun dengan kelunakan suara isteri rakannya dijadikan alasan seorang lelaki untuk memperkosa wanita terbabit ketika ketiadaan suami di rumah. Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu yang menetap di Jalan Imbi, di sini. Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit. Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu. “Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja. “Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya.
Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi. Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik. “Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan. “Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.
Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang berlaku. “Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek. “Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Harian metro

Wednesday, February 4, 2015

IBUBAPA JANGAN SAMPAI TERBELI BEG SEKOLAH MACAM INI UNTUK ANAK ANDA

Beberapa keping gambar beg sekolah yang dikatan boleh didapati dipasaran mempunyai corak yang amat keterlaluan untuk digunakan apatah lagi diguna oleh kanak-kanak untuk ke sekolah. Gambar yang menjadi viral di laman sosial itu memaparkan beg sekolah berjenama Burton yang mempamirkan gambar lu cah di bahagaian dalamnya namun lokasi beg itu dibeli tidak pula dinyatakan.
Sekali pandang memang nampak seolah-olah gambar bunga tetapi apabila diteliti kembali ia memaparkan gambar lelaki dan perempuan dalam keadaan tidak berpaka ian sedang melakukan hubungan in tim. Penemuan beg yang mempunyai gambar lu cah itu kemudiannya telah dimuat naik gambarnya menerusi blog suarashiro.com.
Beg seperti ini haruslah dipantau oleh pihak berkuasa kerana ia akan digunakan oleh kanak-kanak sekolah dan mereka memang tidak patut didedahkan dengan perkara seperti ini. - Siakapkeli.com.my

Pasangan suami dan isteri orang bersekedudukan dicekup kali kedua

Jitra: Tindakan sepasang kekasih yang juga suami dan isteri orang memadu asmara membawa padah apabila mereka dicekup buat kali kedua kerana melakukan kesalahan sama di rumah yang baru disewa di Kampung Tok Kesop, dekat sini, malam kelmarin. Dalam serbuan jam 1.30 pagi, pasangan berusia 25 dan 29 tahun itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), selepas mengesyaki mereka bersekedudukan. Sebelum ini, pasangan itu pernah ditahan kerana disyaki berkhalwat di rumah di kawasan perumahan di Kamunting, dekat sini, pada jam 11.45 malam pada 7 Januari lalu. Ketika tangkapan itu dilakukan, dua anak wanita terbabit iaitu bayi lelaki berusia tujuh bulan dan kanak-kanak dua tahun turut berada di rumah itu. Bagaimanapun, dua anak wanita itu diambil ahli keluarganya untuk dipelihara menyebabkan pasangan berkenaan mengambil kesempatan untuk menyewa di rumah lain. Namun, mereka dicekup sekali lagi kerana berkhalwat selepas tindakan tinggal bersama di rumah itu menimbulkan curiga kepada orang ramai yang membuat aduan kepada pihak PADKP untuk tindakan lanjut. Pegawai PADK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai kemeja-T dan berkain pelekat membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

Monday, February 2, 2015

Serius Memang Parah Dah Ko Nih !!

Foto: Serius Memang Parah Dah Ko Nih!!! – Ini lah bahayanya jika biarkan akaun facebook tidak di sign off dari telefon bimbit. Inilah akibatnya… Menurut sumber, bukan gadis ini yang menulis status tersebut namun ia ditulis oleh rakan yang meminjam telefon bimbitnya, kemungkinan besar facebook dalam telefonnya tersebut tidak di sign off kan terlebih dahulu. Mungkin dari itu rakan beliau telah mengeluarkan status tersebut. Menggunakan nama samaran Farah Nasuha **** mengeluarkan status di facebook dengan slogan “sapa couple dengan saya dapat t3tek”. Harap dapat dijadikan pengajaran…

Sunday, February 1, 2015

GEMPAR! Artis Ceramah Agama TERKANTOI Upload Gambar Intim Di Laman Sosial !!

Artis melayu yang terkantoi upload gambar intim di laman sosial.. #Kali ini mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wanita di Internet yang akhirnya menjadi tatapan ribuan mata dan wanita itu adalah isterinya sendiri...
#Tak salah memuatnaik gambar bersama isteri, tetapi yang mula mengundang kemusykilan di hati ramai orang ia adalah gambar intim mereka berdua... Artis itu pula bukan calang-calang orang, >tinggi ilmu agamanya dan sering mengadakan ceramah di sana sini... #Kalau ilmu agama sudah seluas samudera, sepatutnya artis itu tidak mudah terasuk dengan hasutan duniawi. Malah dia wajar mengingatkan orang ramai terutamanya remaja jangan mudah memperdagangkan harga diri di laman sosial kerana kelak merana diri sendiri... Ini tidak, dengan artis itu hanyut sekali. Bagaimanpun khabarnya gambar itu sudahpun dipadamkan... #Kepada artis yang semakin dikenali ramai itu, berhati-hatilah menyusuri langkah agar jangan tersandung lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada, anda sepatutnya menjadi insan yang boleh menerangi hidup orang lain dan bukanlah sebaliknya...

Saturday, January 31, 2015

Aktiviti Mencurigakan Dalam Kereta Waktu Hujan di RNR Berjaya Dirakam.

Gambar aktiviti yang mencurigakan telah berjaya dirakam oleh lensa handphone seorang penumpang bas ketika hujan di sebuah RNR. Akitiviti yang mencurigakan tersebut dilakukan oleh seorang perempuan dengan seorang lelaki dibahagian tempat duduk hadapan sebuah kereta. Tidak dapat dipastikan apakah aktiviti sebenar yang berlaku antara mereka berdua. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku antara mereka. Mungkin perempuan itu sedang mencari handphonenya yang terjatuh di tempat duduk lelaki yang memandu kereta tersebut. Tetapi sebaliknya jika aktiviti 'aiskrim' yang berlaku di dalam kereta itu. kita harapkan agar mereka hentikan perbuatan tersebut di khalayak ramai meskipun kemungkinan mereka adalah suami isteri. Tak elok...

Mana Nak Letak Muka, Aksi "Panas" Disebar Bekas Teman Lelaki

Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit hati jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari bulan boleh jadi kes bunuh diri kalau provokasi demi provokasi dilakukan terhadap gadis ini.
Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit. Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah.. Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb? 1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah. 2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account facebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali. 3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya.. 4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa. 5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh. Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu.. mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri.. dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh.. Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue.

Sunday, January 25, 2015

Aksi Melampau Bertudung Tapi Berbikini

KUALA LUMPUR – Pengguna laman sosial Facebook dikejutkan dengan penyebaran sekeping gambar tiga gadis yang dikatakan memakai ‘bikini’ sejak hari Jumaat lalu. Apa yang dimaksudkan dengan pemakaian persalinan pantai itu adalah lakaran tubuh badan yang disertakan bikini pada baju yang dipakai tiga gadis berkenaan. Gambar kontroversi itu mulai tersebar di laman Facebook apabila dimuat naik oleh pemilik akaun Amran Fans. Lebih mendukacitakan, dua dari tiga gadis terbabit memakai tudung sekaligus telah mencemarkan imej wanita muslimah. Para pengguna laman sosial mula menghujani ruangan komen di page berkenaan yang rata-ratanya kecewa dengan perkara tersebut. Individu yang memuat naik gambar itu turut menyertakan kapsyen yang berbaur teguran malah menyaran pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan terhadap gadis-gadis terbabit. Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi gambar diambil namun ia dipercayai berlaku di Malaysia.

Gadis Melayu Berkelakuan Tidak Senonoh Dalam Tandas

Sedih bila melihat dua gadis melayu yang siap memakai tudung dan sepatutnya berketampilan sangat berbudi bahasa, mengikut budaya melayu yang sepatutnya bukan seperti ini yang kita mahu, inilah budaya gadis melayu akhir zaman yang memalukan bangsa dan agama. Jika dahulu gadis melayu dikenali seorang yang penuh dengan kelemah-lembutan dan bersopan santun serta menjadi ikon pada bangsa-bangsa lain namun hari ini gadis melayu tidak seperti yang kita sangkakan. Dunia tanpa sepadan menyebabkan manusia leka serta hanyut di bawa arus permodenan akhir zaman budaya barat dijadikan trend manakala budaya melayu tradisional di anggap ketinggalan zaman maka tidak hairanlah mengapa wanita-wanita melayu jadi seperti ini.
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Total Pageviews

Powered by Blogger.