LAHAD DATU - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarangan kemungkinan termasuk gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu, kata Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun.
Beliau berkata, anggota keselamatan Esscom sedang memantau dengan rapi dan meneliti maklumat yang diterima berhubung perkara itu.
"Kita memang ada mendengar akan berlaku lagi ancaman gelombang kedua pencerobohan pengganas. Namun begitu, pihak keselamatan sedang memantau rapat dan mengambil maklum mengenai perkara ini termasuk berkongsi maklumat risikan dengan beberapa negara jiran.
"Kita perlu berwaspada dan sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada pengamal media yang menyertai Program lawatan Esscom bersama media ke Tanduo, kira-kira 150 kilometer dari sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi, Pengarah Logistik dan Urustadbir Esscom Brig Jen Subari Tomo dan Pengarah Komponen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Pertama Maritim M Karunanithi.
Abdul Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus kononnya akan berlaku gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu.
Berikutan itu, beliau berkata Esscom telah mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi menghadapi sebarang ancaman termasuk menambah aset-aset keselamatan dan pertahanan dan jumlah keanggotaan.
Esscom juga telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dengan melaksanakan beberapa latihan kecekapan melalui Op Pasak I dan II yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Sandakan dan Tawau, katanya.
"Latihamal ini telah mendedahkan teknik dan langkah-langkah yang harus diambil sekiraya berlaku insiden pencerobohan di kawasan yang strategik seperti balai-balai polis, lapangan terbang dan rompakan bersenjata di bandar-bandar utama di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone)," katanya.
Abd Rashid menjelaskan bahawa sejak insiden pencerobohan Tanduo dua tahun lepas, tidak ada lagi pencerobohan pengganas Sulu yang baharu.
Beliau juga berkata: "Kita percaya pihak musuh tidak mudah untuk masuk ke negara ini tanpa kerjasama dan sokongan daripada penduduk tempatan yang menjadi tali barut kepada penjenayah di Esszone".
Sehubungan itu, Abd Rashid berkata pihak Esscom sedang memantau semua kegiatan tali barut-tali barut terbabit dan meminta mereka menghentikan kegiatan itu.
Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bersubahat dan melindungi penjenayah.
Mengenai perancangan masa depan kawasan perkampungan Tanduo, beliau berkata terpulang kepada kerajaan untuk memutuskannya.
"Kawasan ini adalah satu kawasan yang amat bersejarah bagi negara kita dan mungkin pihak kerajaan ada perancangan lain termasuk memulihara dan menjadikan tempat ini sebagai bahan bersejarah untuk tatapan generasi akan datang," katanya.
Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia terhadap pengganas Sulu di Tanduo dan Simunul, Semporna menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala dianggarkan 68 pengganas ditembak mati.
Menyentuh isu penculikan di Esszone, Abd Rashid berkata, sejak perintah berkurung dikuatkuasakan keadaan kini lebih baik dan rata-rata rakyat mahu perintah berkurung itu diteruskan.
"Isu penculikan bukan perkara baru di Esszone. Kes penculikan telah berlaku sejak awal tahun 2000 lagi, jadi Esscom memang mengambil berat berkenaan isu ini.
"Esscom juga telah bekerjasama dengan semua agensi keselamatan dan pertahanan bagi mengekang kejadian ini," katanya.
Mengenai Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (Pati) di Esszone, beliau berkata operasi ternyata berkesan terutama dalam mengurangkan dominasi penjaja atau peniaga Pati di kawasan bandar utama, khususnya di Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak. - Bernama
Showing posts with label Info semasa. Show all posts
Showing posts with label Info semasa. Show all posts
Friday, March 6, 2015
Thursday, March 5, 2015
1:03 AM
REMAJA MALAYSIA TERLIBAT DALAM RAKAMAN VIDEO SEMBELIH ORANG
Satu rekaman video isis sedang menyembelih orang ternampak seorang remaja yang didakwa berasal dari malaysia ikut serta dalam penyembelihan tawanan perang di syria itu.
Rakaman diperoleh Bahagian Risikan Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia selepas ia dimuatnaik di laman Facebook anggota IS Malaysia pada 22 Februari lalu.
Video berdurasi 30 saat ini memaparkan aksi Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, 25 tahun berasal dari Melaka yang tiba di Syria 26Januari lalu bersama isterinya, Nor Mahmudah Ahmad.
Turut dikenalpasti adalah Mohd Faris Anuar, 20 tahun, individu yang merakam video ini berdasarkan pengecaman suara.
Manakala lelaki yang memegang kepala tawanan perang dipercayai warga Indonesia.
Video turut dimuatnaik bersama status, menyatakan bahawa ia sebagai pengajaran dan hukuman kepada sesiapa yang mengkhianati islam
Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner, Datuk Ayub Khan Mydin, pada sidang media di sini, hari ini.
Monday, February 2, 2015
6:22 AM
Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki?
Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki? | Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat Taiping, Isnin. Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supritendan Ismail Che Isa berkata, beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata, pasangan itu dilihat bergaduh di dalam sebuah kereta Proton Perdana di tepi lebuh raya itu pada 12.30 tengah hari. "Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan dan terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin. Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis. Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Mstar
Friday, January 30, 2015
9:19 PM
Kes Altantuya: Akhirnya Razak Baginda buka mulut
SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah. Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal. "Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya. Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang. Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis. "Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman. Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya. "Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan. "Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.
9:28 AM
Murid Mengandung Anak Datuk Akhirnya terbongkar
SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam. Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar. Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin. Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa. “Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya. Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima, lapor Sinar Harian
Thursday, January 29, 2015
8:07 AM
Cikgu Dapat Surat Cinta Dari Ayah Anak Murid
Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku. Ada cerita yang sedih berkenaan keadaan sekolah yang dilanda banjir dan ada juga berita yang melucukan seperti yang telah viral di internet. Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah. Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya. Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak? Menurut ahli group FB IRDK tersebut yang telah mecari instagram cikgu tersebut, gadis tersebut adalah juga finalis Dewi Ramaja 2014/2015 Walaubagaimanapun surat dan juga gambar tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya sama ada Teacher Aishah memang seorang guru atau tidak dan surat tersebut betul atau tidak. Tetapi jika Teacher Aishah memang seorang guru, admin mengucapkan selamat mengajar dan BOLEH KITA BERKENALAN? sumber : Facebook IRDK
Wednesday, January 28, 2015
Saturday, January 24, 2015
12:41 PM
Sepuluh Artis Wanita Malaysia Jadi “Escort Girl”
Sekurang-kurangnya 10 artis wanita tempatan sedang dipantau oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl yang mana satu pekerjaan yang mampu memberi pulangan yang lumayan hanya dengan perkhidmatan yang ditawarkan itu. Memetik laporan Harian Metro, beberapa artis popular yang kebanyakannya terdiri daripada pelakon mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan seks. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, mengakui senarai 10 artis wanita itu kini berada dalam pemantauan pasukannya. “Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya. Tambahnya lagi, mereka yang terlibar itu dipercayai tidak bergerak sendirian malah terdapat orang tengah yang akan mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atas atau VIP yang berminat untuk melanggan.
5:57 AM
Kami Sedih, Terhutang Budi Dengan Raja Abdullah – Pasangan Kembar Siam
“Angah dan along mungkin masih bercantum tanpa sumbangan Raja Abdullah (Abdulaziz),” demikian luahan rasa pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli apabila ditanya mengenai kemangkatan Raja Arab Saudi itu pada Jumaat. Sebak dengan kehilangan individu yang bertanggungjawab membiayai pembedahan mereka, kedua-dua remaja istimewa itu seakan sukar menzahirkan perasaan masing-masing saat mengetahui berita sedih itu. Walaupun tidak banyak kenangan mereka bersama dermawan itu, namun jasa baginda yang mengukir sejarah baharu untuk mereka berdua pasti akan dikenang sepanjang hayat. “Kami sedih apabila ayah beritahu Raja Abdullah mangkat. Along dan angah sangat terhutang budi kepada baginda dan kerajaan Arab Saudi,” kata Ahmad ketika mengenang kembali sumbangan Raja Abdullah yang membiayai pembedahan memisahkan mereka 13 tahun lalu. Ahmad dan adiknya, Muhammad, 17, berpeluang mengadap Raja Abdullah sebanyak dua kali iaitu pada 2002 dan 2007. “Hanya doa yang dapat kami sedekahkan kepada Raja Abdullah. Setiap kali selepas solat Along akan mendoakan supaya tuhan merahmati orang-orang yang banyak menolong kami sekeluarga termasuk baginda,” kata Ahmad. Selain itu menurut Muhammad, dia dan abangnya sudah pasti hanya terlantar dan tidak boleh meneruskan kehidupan seperti remaja lain jika tidak menjalani pembedahan memisahkan tubuh mereka. “Susahlah…tak tahu sekarang ini angah boleh berjalan atau tidak jika tidak menjalani pembedahan. Angah sangat bersyukur,” katanya. Tambah Ahmad, mereka masih menyimpan kaki palsu sumbangan Raja Abdullah walaupun ia tidak boleh digunakan lagi. “Along dan angah pun dah besar, dah tak muat nak guna kaki palsu itu lagi. Tapi kami masih simpan dengan baik sebagai kenangan,” katanya. Tarikh 17 September 2002 menjadi tarikh keramat apabila pasangan kembar itu yang berusia empat tahun berjaya dipisahkan. Pembedahan itu dilakukan di King Fahad National Guard Hospital, Riyadh, Arab Saudi. Ia mengambil masa selama 22 jam 45 minit dengan diketuai oleh Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah yang sekarang merupakan Menteri Kesihatan negara Arab itu. Pembedahan pemisahan itu menelan belanja sebanyak RM1.7 juta. – mStar online
Thursday, January 15, 2015
12:48 AM
Kisah Sedih Lelaki Buta Berbaju Putih
KISAH seorang lelaki tua cacat penglihatan berjubah putih yang sedang makan nasi kosong di Jalan Tunku Abdul Rahman kini menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu. Tinjauan Sinar Online di laman Facebook mendapati, kisah berkenaan dipercayai telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial tersebut, Syafiq memberitahu dia menitiskan air mata apabila mendengar respon lelaki tua itu selepas dia menyuapkan nasi ke mulutnya. “Saya perhatikan makanan lelaki itu cuma nasi putih sahaja tidak ada lauk-lauk. Saya menawarkan diri untuk membeli hidangan yang lain. Tapi dia menolak dan mengatakan dia tak mampu untuk membayar. Saya jelaskan kepadanya, saya ikhlas. Pak cik tidak perlu bayar. Kemudian Saya belikan sebungkus nasi ayam. “Saya suapkan ke mulutnya. Menitis air mata saya bila lelaki itu berkata, “anak terima kasih, pak cik tak mampu nak balas. Anak-anak pak cik tak pernah suapkan makanan kepada pak cik, pak cik sedih. Saya tidak mampu untuk menahan air mata dari mengalir. Lelaki tua terus memeluk saya””, ceritanya. Beliau turut memberitahu hasil daripada perbualannya, lelaki tua itu memaklumkan dia berasal dari Johor Bahru dan kini menetap di Sentul, Kuala Lumpur. Kisah yang dikongsi pada 10 Januari lalu mendapat perhatian pengguna Facebook dan rata-ratanya melahirkan rasa simpati.
Sunday, January 11, 2015
11:45 PM
Jumpa di mahkamah Allah, kata Mejar Zaidi selepas didapati bersalah
Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013. Ketika diminta mahkamah rayuan untuk merayu hukuman lebih ringan, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu berkata, akan berjumpa dengan pendakwa dan para hakim di "mahkamah Allah". Selepas mengumumkan Zaidi didapati bersalah, panel membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan dan memberi beliau masa untuk bercakap dengan panel tentera. Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan "penuhi perut sendiri" daripada menggunakan otak. Ini menyebabkan mahkamah mencelah ucapan beliau. Bercakap tanpa berhenti, beliau dihentikan sekali lagi dan diminta menghormati mahkamah. Sebaik sahaja itu, Zaidi berhenti bercakap dan memberitahu mahkamah, beliau tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi jika beliau tidak dibenarkan kebebasan untuk berucap. "Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya. Awal hari ini, panel mahkamah memutuskan yang pendakwa berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Mejar Zaidi, 2 daripada 7 dakwaan terhadapnya. Panel tersebut yang diketuai pegawai pengerusi Kol Saadon Hasnan berkata 8 saksi dipanggil ke kandang saksi sejak perbicaraan bermula pada Mei 2013. "Pihak pendakwa berjaya menubuhkan kes prima facie terhadap yang tertuduh bagi dakwaan kedua dan ketiga, oleh itu kami dapatinya bersalah atas dua dakwaan," kata Saadon. Sebelum ini beliau mengumumkan Mejar Zaidi akan membela dirinya sendiri di mahkamah kerana majlis pembela "tidak dapat menghadiri perbicaraan". "Majlis peguambela tidak dapat menghadiri mahkamah tetapi perbicaraan masih akan diteruskan," katanya sebelum mengumumkan keputusan mahkamah. Zaidi didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan pihak media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972. Saadon, dalam menyampaikan keputusan mahkamah berkata yang tertuduh diberi peluang untuk mempertahankan dirinya tetapi memilih untuk berdiam diri. Pendakwaraya Rose Annuar Aripin meminta mahkamah menjadikan kes Mejar Zaidi contoh terbaik bagi mereka yang terlibat dengan angkatan tentera. "Beliau juga salah satu pegawai tertinggi yang bertanggungjawab ke atas skuad beliau, oleh itu beliau patut dihukum sekeras-kerasnya," kata Rose Annuar. Rose Annuar juga menambah, dengan lebih 20 tahun perkhidmatan beliau, Zaidi sepatutnya lebih sedar dan matang dalam tindakannya. Mahkamah bersurai untuk 3 jam dan akan bersambung pada 2 petang hari ini di mana mahkamah akan memutuskan hukumannya. – 12 Januari, 2015.
10:18 AM
Rela Dirogol Takutkan Santau
Seorang gadis yang berasal dari Klang terpaksa merelakan tubuhnya dikerjakan oleh teman lelakinya kerana risau disantau oleh teman lelakinya itu selepas lelaki berhidung belang tersebut mengugut melakukan perkara tersebut jika dia tidak menyerahkan tubuhnya. Kerana terlalu bimbang dengan ugutan tersebut gadis yang berusia 16 tahun itu telah menuruti segala permintaan teman lelakinya sehingga dia mengandung. Menurut sumber gadis tersebut telah berkenalan dengan teman lelakinya itu melalui aplikasi sosial Wechat sebelum membuat keputusan untuk bertemu kali pertama. Dipercayai pada pertemuan kali kedua mangsa telah mengikuti lelaki tersebut itu kerumahnya sebelum dirogol dan perkara itu terus berulang kerana lelaki tersebut telah mengugut akan menyantaunya jika tidak menyerahkan tubuh lagi. Ibu bapa mangsa yang menyedari perubahan pada tubuhnya telah tekad membawa gadis itu ke klinik dah segalaya terbongkar selepas pemeriksaan air kencingnya doktor mengesahkan dia telah mengandung. “Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu,” katanya. Pihak polis yang menerima laporan itu telah memburu suspek dan berjaya diberkas sehari selepas laporan dibuat. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. “Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.” kata Kamarul.
Saturday, January 10, 2015
8:49 PM
Bangkai Tikus dalam Lauk
Singapura: Pihak berkuasa di sini semalam menggantung lesen sebuah restoran makanan Cina, Hot- pot Culture selepas gambar bangkai tikus dalam masakannya dimuat naik dalam Internet. Pegawai Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) memeriksa restoran itu di Dataran Marina berikutan laporan dibuat terhadap restoran berkenaan oleh seorang pelanggan, Caron Chan. Caron dan beberapa rakannya pergi ke restoran berkenaan untuk makan tengah hari kelmarin tetapi terkejut melihat bangkai tikus itu di dalam bekas sayuran. Dia kemudian memuat naik gambar itu di laman Facebooknya dan ia menarik puluhan komen. “Pekerja kelihatan terkejut melihat tikus itu. “Saya tidak pasti sama ada pengurus restoran itu sedar mengenainya,” kata Caron. Dia juga mendakwa melihat kekecohan berlaku antara beberapa pelanggan dan pekerja restoran. Kakitangan restoran itu kemudian menggantikan masakan itu dengan yang lain. Beberapa orang dipercayai sudah memakan masakan berkenaan sebelum itu. Ketika dihubungi akhbar The Straits Times, penyelia restoran menafikan kejadian terbabit dan berkata pelanggan melakukan kesilapan. “Mereka tersilap. Ia hanya sayur yang kelihatan seperti benda lain. Tidak ada bangkai tikus,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut mengenainya. Caron berkata dia melaporkan kejadian itu kepada NEA yang mengesahkan restoran itu digantung sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan. – Agensi
Tuesday, January 6, 2015
9:21 PM
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang | Sebuah kilang memproses bebola dan kek ikan diarahkan tutup selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dalam operasi di Jalan Paya Terubong di sini, pagi semalam. Operasi jam 9.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Timur Laut dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai papan tanda syarikat di luar premis. Sumber berkata, hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati pekerja premis berkenaan tidak mematuhi aspek kebersihan ketika mengendalikan dan memproses makanan termasuk tidak memakai sarung tangan dan membiarkan makanan terdedah pada serangga tanpa ditutup dengan plastik. Beliau berkata, selain itu, pemeriksaan mendapati minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kek gulungan yang mengandungi ikan itu dipercayai sudah digunakan beberapa kali tanpa ditukar dan berwarna hitam selain tempat menggoreng terletak di tepi longkang. “Turut dikesan, apron pekerja kotor dan pekerja menggunakan tangan untuk menggaul ikan yang sudah dikisar di dalam mesin manakala isi ikan siap dikisar diletakkan di dalam beberapa bekas tin yang sudah berkarat dan ia amat membahayakan pengguna. -Metro
Monday, December 29, 2014
10:19 PM
Biadap!! Baju dan Seluar Dalam Terpakai, Antara Didermakan Kepada Mangsa Banjir
Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini. Tinjauan di pusat pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak. Pakaian kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu. Setiausaha Muslim Care Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas sumbangan orang ramai yang mendermakan pakaian serta kelengkapan lain kepada mangsa banjir. “Namun dikesalkan apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi. “Bukan semua bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Pakaian dalam terpakai juga didermakan... Pihaknya terpaksa mengasingkan barangan berkenaan dan ia mengambil masa lama. Aktivis Muslim Care Amina Tahir, 25, berkata, dia pernah dimarahi penderma kerana enggan menerima pakaian terpakai yang didermakan mereka. Apa rasionalnya derma kasut tumit tinggi? Sikap penderma yang patut dicontohi. Siap balut baju dgn plastik & berlipat kemas. Tulis nama baju dan saiz. Antara barangan yang diperlukan untuk mangsa banjir ialah:- 1. Air minuman 2. Makan kering 3. Susu bayi 4. Pek penjagaan diri 5. Tuala wanita 6. Lampin bayi Selimut 7. Pakaian yang masih berkeadaan baik dll.. Sama-sama lah kita menderma untuk mangsa banjir dengan memberi barangan bantuan yang benar-benar boleh diguna bukan sekadar untuk membersihkan stor rumah anda


















.jpg)
.jpg)
.jpg)
