PUTRAJAYA: Laungan ‘reformasi’ dan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bergema di perkarangan pintu belakang Istana Kehakiman sebaik kenderaan pasukan pengiring yang dipercayai membawanya keluar tepat jam 2.58 petang tadi.
Anwar dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail berwarna perak ke Penjara Sungai Buloh selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir rayuan akhir ketua pembangkang itu.
Mahkamah kemudian memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau sebelum ini kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, keadaan di pintu belakang Istana Kehakiman sedikit kecoh selepas seorang penyokong Anwar ditahan kerana cuba mencetuskan provokasi ketika kenderaan Anwar keluar dari bangunan.
Showing posts with label Info berita. Show all posts
Showing posts with label Info berita. Show all posts
Tuesday, February 10, 2015
5:33 AM
Anwar Dibawa Ke Penjara Sg Buloh
Monday, December 22, 2014
5:07 PM
SUAMI KENA SAMAN KERANA ISTERI SOROK CUKAI JALAN
KERANA CEMBURU, ISTERI SOROK CUKAI JALAN DENGAN HARAPAN SUAMI TIDAK MERAYAP MALAM | Seorang isteri bertindak menyembunyikan cukai jalan dan dokumen kenderaan suaminya dipercayai kerana cemburu dan takut suaminya curang. Kejadian yang pelik tapi benar itu didedahkan sendiri oleh lelaki tersebut yang berusia 30 tahun, ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya yang dijalankan di Segamat Johor. Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Supt. Mohd Kamil Sukarmi, lelaki tersebut yang ketika ditahan menunggang motosikal berkata isterinya menyimpan cukai jalan dan dokumennya di dalam almari kemudian bertindak mengunci almari terbabit. Tindakan isterinya itu menyebabkan si suami tidak dapat memperbaharui cukai jalanya dan terpaksa keluar dari rumah tanpa dokumen dan cukai jalan. Menurut penunggang itu juga, dia pernah menyembunyikan cukai jalannya di tempat rahsia tetapi isterinya tetap berjaya mengesan cukai jalannya itu. Si isteri akhirnya bertindak 'merampas' cukai jalan itu sekaligus menghalang si suami memperbaharui cukai jalannya.
5:07 PM
SUAMI KENA SAMAN KERANA ISTERI SOROK CUKAI JALAN
KERANA CEMBURU, ISTERI SOROK CUKAI JALAN DENGAN HARAPAN SUAMI TIDAK MERAYAP MALAM | Seorang isteri bertindak menyembunyikan cukai jalan dan dokumen kenderaan suaminya dipercayai kerana cemburu dan takut suaminya curang.
Kejadian yang pelik tapi benar itu didedahkan sendiri oleh lelaki tersebut yang berusia 30 tahun, ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya yang dijalankan di Segamat Johor.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Supt. Mohd Kamil Sukarmi, lelaki tersebut yang ketika ditahan menunggang motosikal berkata isterinya menyimpan cukai jalan dan dokumennya di dalam almari kemudian bertindak mengunci almari terbabit.
Tindakan isterinya itu menyebabkan si suami tidak dapat memperbaharui cukai jalanya dan terpaksa keluar dari rumah tanpa dokumen dan cukai jalan.
Menurut penunggang itu juga, dia pernah menyembunyikan cukai jalannya di tempat rahsia tetapi isterinya tetap berjaya mengesan cukai jalannya itu.
Si isteri akhirnya bertindak 'merampas' cukai jalan itu sekaligus menghalang si suami memperbaharui cukai jalannya.





