Thursday, March 5, 2015
1:55 AM
Rupanya ini punca sebenar Rita Rudaini mengamuk selepas kelahiran anak lelaki Aidil Zafuan
Kecoh pula laman sosial hari ini apabila pelakon Rita Rudaini tiba-tiba mengamuk di laman Instagram selepas ada peminat yang berkongsikan berita kelahiran anak lelaki Aidil Zafuan hasil perkahwinan dengan Zarema Zainal.
Kenapa pula Rita mengamuk secara tiba-tiba nih? Bukankah kelahiran seorang bayi di dunia adalah satu berita yang menggembirakan?
Umum mengetahui Aidil Zafuan telah mendapat cahaya mata yang baru. Aidil Zafuan selamat mendapat seorang anak lelaki bersama isterinya Zarema Zainal.
Sementara itu, ekoran berita Aidil Zafuan kini mempunyai seorang lagi anak lelaki, ada beberapa peminat dan follower yang menyampaikan berita itu di laman instagram milik Rita Rudaini.
Sensitif dengan berita itu, demi anak-anak, Rita Rudaini dikatakan berang dengan berita yang disampaikan. Mereka dikatakan penyibuk dan mengganggu emosi anak-anaknya.
Rita Rudaini jelas tidak menyukai berita tersebut
0 comments:
Post a Comment