Sunday, December 28, 2014
9:23 AM
NAK TAHU!! TANDA-TANDA LELAKI BILA RINDU
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Moga perjalanan kehidupan kalian berjalan dengan lancar. Ameen. Hari ini saya ingin membincangkan sebuah topik cinta yang bertajuk “Tanda-tanda Lelaki Bila Rindu”. Biasanya wanita akan mempamerkan riak apabila mereka merindui insan yang dicinta, tetapi lelaki juga merindu dan meluahkan rindu dendam yang mereka pendam. Mungkin ramai wanita yang tertanya-tanya apa lelaki buat bila rindu? Apakah tanda-tanda lelaki itu sedang merindu? 1. Bila lelaki merindu mereka suka menghabiskan masa bersama anda. 2. Bila merindu dia mudah merasa cemburu walau kedudukannya sebagai buah hati anda tidak tergugat sebenarnya. 3. Bila merindu lelaki kadang kala mudah marah-marah kerana tidak sanggup menahan pedihnya merindu. 4. Bila merindu lelaki mudah berkecil hati dan menganggap diri mereka diabaikan sedangkan anda sedang sibuk dengan tugas seharian. 5. Bila merindu lelaki akan stalk semua gambar anda satu persatu walaupun gambar tu telah berulang kali mereka lihat. Sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja, bila hati antara keduanya telah bertaut pasti rasa sayang tidak dapat diluah dan rasa rindu tidak dapat dibendung bila berjauhan. Kebaikan apabila merindu ia akan menambahkan rasa sayang dan cinta di dalam hati antara keduanya. Pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu dendam yang terpendam di hati. Namun jika rindu yang tidak mampu dibendung dan mula membuahkan perasaan cemburu dan rasa cemas takut ditinggalkan ia akan memakan diri sendiri dan bahaya kepada sesuatu perhubungan itu. Sebagai insan pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan namun apa yang penting bertolak ansur dan saling menyayangi perlu dalam menjadikan perhubungan itu menjadi syurga dunia dan akhirat juga. InsyaAllah.
Related Posts:
Mesti bace!! Sembilan Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian muka terserlah. Ketahui tips berguna bagi mendapatkan hasil yang baik pada hari baha… Read More
Mesti bace!! Rahsia Air Tangan IsteriMenjadi peranan seorang isteri untuk menyediakan makanan dan minuman kepada suami. Perlu diketahui air tangan isteri turut merupakan pengikat kebahagi… Read More
TIPS CARA ROMANTIK MELAMAR KEKASIH Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramai yang ingin melamar kekasih hati tetapi tidak mempunyai idea untuk melamar mereka dengan cara yang r… Read More
Cara Menghadapi Suami Panas Baran Perkahwinan adalah satu tahap hubungan yang paling rumit dari semua jenis hubungan, namun dari sudut lain perkahwinan juga merupakan hubungan yang sa… Read More
Tips Untuk Suami Isteri Hidup Bahagia Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Ini beberapa tip… Read More
0 comments:
Post a Comment