Friday, February 13, 2015
2:49 AM
Amaran Coklat Kondom
JAKARTA: Coklat dibungkus dengan kondom antara produk yang dipasarkan secara meluas di sekitar Indonesia sempena sambutan Hari Valentine, Sabtu ini.
Senario ini membimbangkan pelbagai pihak hingga mendorong Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk melancarkan acara bantahan tahunan terhadap perayaan itu kerana menganggap ia boleh mengakibatkan berlakunya seks rambang serta amalan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Setiap tahun, sekolah di Indonesia juga melarang pelajar menyambut Valentine, manakala organisasi berunsur Islam mengeluarkan pelbagai peringatan mengenai bahaya kelahiran bayi luar nikah akibat sambutan itu.
Ketua pergerakan wanita MUI ,Tuty Alawiyah memberi amaran keras kepada golongan muda supaya berhati-hati kerana adanya coklat yang dibungkus dengan kondom, serta produk lain yang bertujuan menggalakkan seks luar nikah.
“Banyak coklat perayaan Valentine dijual di pasar raya atau kedai runcit yang turut menyertakan kondom.
“Pemberian hadian boleh memberi kesan negatif apabila membawa kepada cumbuan atau perbuatan lain,” katanya.
Ia turut didakwa mengakibatkan tekanan kerana memaksa penyambutnya membuat pelbagai perancangan semata-mata mahu kelihatan romantik.
“Kenapa perlu tunggu sekali setahun?” soalnya Tuty yang pernah memegang jawatan menteri pergerakan wanita ketika pemerintahan Presiden B J Habibie. ─ mStar online
Related Posts:
Marilah mulakan memberi Bila tak seorang pun berbelas kasih pada kesulitan anda. Atau, tak ada yang mau merayakan keberhasilan anda. Atau tak seorang pun bersedia mendengark… Read More
Kawan vs isteri Seorang yang bernama perempuan, sebelum kahwin, dia boleh keluar bersosial (secara positif) dengan ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan, sepupu sepapat… Read More
Akibat Buruk Sangka Akibat buruk sangka Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kec… Read More
Adakah Anda Pasangan Bermasalah?Bagi yang telah berumahtangga, sudah semestinya anda mengharapkan pasangan anda memahami diri anda dan menerima anda seadanya. Ada kalanya pasangan bo… Read More
Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan. Bila kita ditanya soal hati dan perasaan, ramai yang mengambil berat soalnya. Dan tak lain dan tak bukan pasti mereka yang bergelar wanita. Mengapa … Read More
0 comments:
Post a Comment