Tuesday, January 6, 2015
9:21 PM
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang | Sebuah kilang memproses bebola dan kek ikan diarahkan tutup selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dalam operasi di Jalan Paya Terubong di sini, pagi semalam. Operasi jam 9.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Timur Laut dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai papan tanda syarikat di luar premis. Sumber berkata, hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati pekerja premis berkenaan tidak mematuhi aspek kebersihan ketika mengendalikan dan memproses makanan termasuk tidak memakai sarung tangan dan membiarkan makanan terdedah pada serangga tanpa ditutup dengan plastik. Beliau berkata, selain itu, pemeriksaan mendapati minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kek gulungan yang mengandungi ikan itu dipercayai sudah digunakan beberapa kali tanpa ditukar dan berwarna hitam selain tempat menggoreng terletak di tepi longkang. “Turut dikesan, apron pekerja kotor dan pekerja menggunakan tangan untuk menggaul ikan yang sudah dikisar di dalam mesin manakala isi ikan siap dikisar diletakkan di dalam beberapa bekas tin yang sudah berkarat dan ia amat membahayakan pengguna. -Metro
Related Posts:
Biadap!! Baju dan Seluar Dalam Terpakai, Antara Didermakan Kepada Mangsa Banjir Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat ber… Read More
Rela Dirogol Takutkan Santau Seorang gadis yang berasal dari Klang terpaksa merelakan tubuhnya dikerjakan oleh teman lelakinya kerana risau disantau oleh teman lelakinya itu sele… Read More
Bangkai Tikus dalam Lauk Singapura: Pihak berkuasa di sini semalam menggantung lesen sebuah restoran makanan Cina, Hot- pot Culture selepas gambar bangkai tikus dalam masakan… Read More
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang | Sebuah kilang memproses bebola dan kek ikan diarahkan tutup selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek … Read More
Jumpa di mahkamah Allah, kata Mejar Zaidi selepas didapati bersalah Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa m… Read More
0 comments:
Post a Comment