KASIK TAMPAL INI PERIUK

Tuesday, January 6, 2015

Rahsia Untuk Mengekalkan Persahabatan yang Kita Semua Patut Tahu

Seribu orang kawan belum sama taranya dengan nilai seorang sahabat. Begitulah ibarat tingginya nilai seorang sahabat. Mencari sahabat sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui. Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya. Ahli bijak pandai pernah menyatakan bahawa “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.” Pernah dengar lagu Sahabat dari Najwa Latif? Hayati liriknya. Itulah gambaran sikap dan sifat seorang sahabat. Sahabat itu ialah insan yang sentiasa bersama kita sama ada kita suka ataupun duka. Ketika kita senang, ramai kawan akan berada di samping kita, tetapi apabila dilanda kesusahan di situlah kita dapat melihat seseorang itu benar-benar sahabat kita ataupun sekadar nama. Sahabat yang baik tidak menyebarkan keburukan kita Sahabat yang baik ialah orang yang tahu tentang kelemahan kita tapi akan berbicara tentang kelebihan kita pada orang lain. Ketika orang lain berbicara buruk tentang kita,dia yang menyokong kita dan bercerita tentang kebaikan kita. Berhati-hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari sahabat,sahabat itulah musuh paling berbahaya kerana dia sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita. Terdapat satu cara bagi menguji sahabat sama ada dia benar-benar sahabat yang baik ataupun sebaliknya. Apabila kita ingin mengambil seseorang menjadi sahabat, ujilah sahabat kita dengan membuatnya marah. Kemudian, suruhlah orang lain bertanya padanya tentang kita dan rahsia kita. Sekiranya dia masih lagi memperkatakan perkara baik tentang kita dan masih lagi menyimpan rahsia kita,maka ambillah dia sebagai sahabat. 8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya 1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah , kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya. 2. Jangan menjadi api Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita kalah. 3. Tanam sifat saling percaya Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu. Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain. 4. Sentiasa berbincang Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku. Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua. 5. Carilah orang tengah yang mampu membantu Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham. Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda. 6. Luangkan masa bersama Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri.Namun,carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya. Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang. 7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya menguji kesabaran kita.Contohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran. Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya.Bersabarlah. Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan? 8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari. Mesti anda pernah dengar kan? Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita. Penutup Hidup terlalu sunyi tanpa seorang sahabat. Seorang sahabat boleh menjadi seseorang yang amat penting dalam hidup kita. Agama kita juga menganjurkan kita bersilaturrahim. Ikatan persahabatan juga boleh disemarakkan lagi dengan saling memberi hadiah. Kehidupan para ulama salaf juga penuh dengan perkara seperti ini. Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya. Sabda Rasulullah, Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang” Tertapi kadang-kadang sahabat juga boleh menikam kita dari belakang. Bila terkena dengan sahabat baik kita sendirilah yang akan memberikan rasa paling sakit dan perit dihati. It’s feel torn apart inside. Pernahkah anda dikhianati sahabat? Atau anda sudah menemui seorang atau lebih sahabat yang sangat baik dan bermakna kepada anda? Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida

Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan.

Bila kita ditanya soal hati dan perasaan, ramai yang mengambil berat soalnya. Dan tak lain dan tak bukan pasti mereka yang bergelar wanita. Mengapa harus begitu? Tidakkah lelaki juga punya perasaan? Benar, lelaki juga mempunyai perasaan. Mencintai, menyayangi, mengasihi, sama seperti apa yang wanita itu rasakan. Tetapi mengapa semua perasaan itu kelihatan begitu ketara dalam diri seorang wanita? Secara ironinya, setiap wanita dikurniakan rahim daripada Allah S.W.T. Bukankah rahim itu bermaksud ‘sayang’? Justeru itulah wanita lebih menunjukkan belas, kasih dan sayangnya. Tidak kira kepada sesiapapun yang telah Allah gerakkan hatinya. Mungkin kepada insan yang bergelar kekasih, kepada anak-anak dan mungkin juga kepada insan di sekelilingnya. Wahai wanita, teruslah menyayangi, teruslah mencintai dan teruslah meluaskan rasa kasihmu. Tidak kira kepada sesiapapun yang engkau rasakan baik untukmu. Kerana rasa kasih dan sayang yang engkau miliki itu adalah hadiah untukmu yang dikurniakan Allah buat insan disekelilingmu. Bila kasih dan sayang kita diabaikan. Ada satu ketika seorang wanita itu akan terasa terbeban dengan kasih dan sayang yang terkumpul di dada hanya kerana kasihnya tidak berbalas. Dan mungkin kerana kasihnya dipersiakan oleh mereka yang tidak tahu menghargainya. Harus bagaimana? Jika menyayangi itu menenangkan hatimu, maka mengapa harus berhenti? Ada isteri yang terus menyayangi isi rumah tangganya dan sentiasa terus melaksanakan tanggungjawabnya, sungguhpun dirinya dan perasaannya selalu diabai suami. Ada ibu yang terus mendoakan anaknya, sungguhpun anaknya selalu mengasingkannya. Ada guru yang tetap mendidik dengan ikhlas sungguhpun dia tahu ada anak didiknya yang tidak lagi mahu mendengar suaranya. Analoginya, jika kita berjalan di sebuah kota. Ada seorang miskin di situ. Duduk bersila di celah-celah bangunan menadah meraih simpati. Lalu hadir seorang manusia yang penuh belas memberi bantuan kepada si miskin itu. Nah, apa yang engkau rasakan apabila melihat peristiwa itu? Tidakkah engkau akan melihat baik kepada si pemberi itu? Percayalah, begitu juga kasih Allah. Memberi itu tidak salah. Ketahuilah, setinggi-tinggi dan seindah indah pemberian itu adalah kasih dan sayangmu. Sudah Terlalu Lelah Dalam Memberi Kasih dan Sayang Akan tiba satu saat bila hati terasa lesu menabur sayang. Terasa hilang seluruh tenaga untuk membenih kasih. Lalu apa yang perlu aku lakukan? Penat menyayangi mereka yang langsung tidak dapat melihat pengorbanan kasih yang selalu aku berikan! Mengapa mereka terlalu buta? Setiap yang datang pasti akan pergi juga. Imbas dirimu, lihatlah di mana pernah ada sayang yang diberikan kepadamu. Pernah ada kasih yang menenangkan hatimu. Mungkin hari ini insan yang memberi sayang itu sudah tiada lagi. Dan dewasa inilah masanya untuk kau mencurahkan kasih sayangmu. Usahlah terlalu kikir engkau terhadap rasa kasih dan sayangmu. Kerana rasa kasih dan sayang itu tidak akan pernah habis selagi diizinkan Allah. Maka, ambil masa mu sedikit untuk mencurahkan sayangmu kepada mereka yang selayaknya. Hubungilah dan ucapkan rasa rindumu kepada ibu ayah yang jauh di kampung, ucapkanlah sayangmu kepada teman sehidup dan sematimu, peluklah tubuh anak yang pernah ketika dahulu lahirnya memberi sebaris senyuman dibibirmu, genggamlah tangan mereka yang selalu ikhlas ada di sisi kita. Tunduklah dan sujudlah kepada Dia yang tidak pernah lelah memberi segala-galanya yang kita perlukan. Zahirkan sayangmu. Justeru engkau akan dilihat begitu mahal hanya kerana rendahnya hatimu yang sentiasa menyayangi. “Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.” Artikel ini dikongsikan oleh Sufi Hafawati Binti Ideris

Monday, January 5, 2015

Akibat Buruk Sangka

Akibat buruk sangka Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat menyebabkan sakit. “Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami. “Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya. “Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami. “Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri. “Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira. “Meong….” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya. “Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.
Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.” Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya. Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya. Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.
Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah. Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu. Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga. Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya. Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya. Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!” Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya. “Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri. Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.” Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong….” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah. Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak. Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan. Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman. Akibat buruk sangka
Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

Antara CINTA dan NAFSU

1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan. Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa. Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya, orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah s3ks. 2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan). 3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima. Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi. 4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita? Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu – Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya. Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga. Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram. 5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa. . Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..

Adakah Anda Pasangan Bermasalah?

Bagi yang telah berumahtangga, sudah semestinya anda mengharapkan pasangan anda memahami diri anda dan menerima anda seadanya. Ada kalanya pasangan boleh menimbulkan tekanan dalam rumahtangga terutama bagi suami atau isteri yang bermasalah. Nak tahu bagaimanakah ciri-ciri yang ada pada diri pasangan yang bermasalah? Jom baca sama-sama :
Suka mendengar cakap orang Lebih mempercayai kata-kata orang di sekeliling berbanding pasangannya sendiri. Sekiranya apa yang diperkatakan itu adalah baik tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika perkara itu buruk hingga menjejaskan kerukunan rumahtangga anda berdua? Suka mengongkong dan kuat cemburu Biasanya pasangan yang bersifat mengongkong mempunyai sikap cemburu yang agak ketara. Sikap cemburu inilah yang menyebabkan mereka berusaha sedaya upaya mengawal pergerakan pasangan. Adakalanya, kewangan pasangan juga dikawal. Bersikap kasar Di awal perkahwinan segalanya indah. Namun, apabila usia perkahwinan melalui tempoh beberapa tahun segalanya berubah. Jika bertambah baik tidak mengapa tetapi bagaimana pula sebaliknya? Tentu kecewa, bukan? Boros dan suka berbelanja Mungkin disebabkan latar belakang keluarga pasangan itu yang sudah dimewahkan dengan wang ringgit dan harta benda sejak kecil. Sikap ini mungkin terbawa-bawa di alam rumahtangga dan timbul masalah jika pasangan yang dikahwininya tidak berkemampuan seperti yang diharapkan. Namun, ada juga pasangan yang sememangnya sudah biasa boros dan suka menghabiskan wang tanpa memikirkan kemampuan diri. Suka berpoya-poya Pasangan seperti ini biasanya lupa akan statusnya apabila berada di luar. Memburukkan lagi keadaan jika si isteri keluar tanpa keizinan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Degil dan tidak mahu berubah Sikap seperti ini dianggap semuanya betul serta jarang mahu mendengar pendapat dan pandangan orang lain. Sikap keras hati dan keras kepala hanya akan membuatkan keegoan pasangan anda tercabar. Bising dan suka berleter Pasangan akan mudah rasa tertekan dan bosan duduk di rumah. Isteri sering dikaitkan dengan sikap suka berleter ini. Maka tidak hairanlah ada antara suami yang tidak betah duduk di rumah dan sanggup berada berjam-jam di kedai kopi bersama rakan-rakannya. * Sentiasalah perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang terbaik untuk suami/isteri.

Sunday, January 4, 2015

Rintihan Suami Yang Tak Terucap

Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan 1. Tidak kisah dan pendiam - Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah - Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan 2. Tidak boleh dipercayai - Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami - Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami - Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami 3. Lelaki ego - Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki - Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas - Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki 4. Lelaki miang - Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki 5. Lelaki lemah - Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza - Pada hakikatnya manusia memang lemah Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri 1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat. 2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga. 3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami. 4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.” 5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri. 6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya. 7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki. 8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap : - Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki. - Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai). - Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap. - Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami. 9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami. 10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami. 11. Rintihan suami tentang sex : - Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri. - Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit. - Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat. 12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri. 13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??” 14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang. 15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari. 16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya… 17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf : - Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya. - Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak. 18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati. 19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”. 20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah. 21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri. 22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka. 23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati. 24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak. 25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri. 26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah. 27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk. 28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami. 29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab. 30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham. 31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup. 32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina. 33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar. Sekian, semoga perkara-perkata diatas dapat memberi sedikit bimbingan buat insan yang bergelar isteri dan yang bakal bergelar isteri. Sumber:Dr Fadzilah Mohd Kamsah

Marilah mulakan memberi

Bila tak seorang pun berbelas kasih pada kesulitan anda. Atau, tak ada yang mau merayakan keberhasilan anda. Atau tak seorang pun bersedia mendengarkan, memandang, memperhatikan apa pun pada diri anda. Jangan masukkan ke dalam hati. Manusia selalu disibukkan oleh urusannya sendiri. Manusia kebanyakan mendahulukan kepentingannya sendiri. Anda tak perlu memasukkan itu ke dalam hati. Karena hanya akan menyesakkan dan membebani langkah anda. Ringankan hidup anda dengan memberi pada orang lain. Semakin banyak anda memberi semakin mudah anda memikul hidup ini. Berdirilah di depan jendela. Pandanglah keluar. Tanyakan pada diri sendiri, apa yang bisa anda berikan pada dunia ini. Pasti ada alasan kuat mengapa anda hadir di sini. Bukan untuk merengek atau meminta dunia menyanjung anda. Keberadaan anda bukan untuk kesia-siaan. Bahkan seekor cacing pun dihidupkan untuk menggemburkan tanah. Dan, sebongkah batu dipadatkan untuk menahan gunung. Alangkah hebatnya anda dengan segala kekuatan yang tak dimiliki siapapun untuk mengubah dunia. Itu hanya terwujud bila anda mau memberikannya.
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Total Pageviews

Powered by Blogger.