KASIK TAMPAL INI PERIUK

Sunday, January 11, 2015

Jumpa di mahkamah Allah, kata Mejar Zaidi selepas didapati bersalah‎

Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013. Ketika diminta mahkamah rayuan untuk merayu hukuman lebih ringan, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu berkata, akan berjumpa dengan pendakwa dan para hakim di "mahkamah Allah". Selepas mengumumkan Zaidi didapati bersalah, panel membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan dan memberi beliau masa untuk bercakap dengan panel tentera. Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan "penuhi perut sendiri" daripada menggunakan otak. Ini menyebabkan mahkamah mencelah ucapan beliau. Bercakap tanpa berhenti, beliau dihentikan sekali lagi dan diminta menghormati mahkamah. Sebaik sahaja itu, Zaidi berhenti bercakap dan memberitahu mahkamah, beliau tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi jika beliau tidak dibenarkan kebebasan untuk berucap. "Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya. Awal hari ini, panel mahkamah memutuskan yang pendakwa berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Mejar Zaidi, 2 daripada 7 dakwaan terhadapnya. Panel tersebut yang diketuai pegawai pengerusi Kol Saadon Hasnan berkata 8 saksi dipanggil ke kandang saksi sejak perbicaraan bermula pada Mei 2013. "Pihak pendakwa berjaya menubuhkan kes prima facie terhadap yang tertuduh bagi dakwaan kedua dan ketiga, oleh itu kami dapatinya bersalah atas dua dakwaan," kata Saadon. Sebelum ini beliau mengumumkan Mejar Zaidi akan membela dirinya sendiri di mahkamah kerana majlis pembela "tidak dapat menghadiri perbicaraan". "Majlis peguambela tidak dapat menghadiri mahkamah tetapi perbicaraan masih akan diteruskan," katanya sebelum mengumumkan keputusan mahkamah. Zaidi didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan pihak media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972. Saadon, dalam menyampaikan keputusan mahkamah berkata yang tertuduh diberi peluang untuk mempertahankan dirinya tetapi memilih untuk berdiam diri. Pendakwaraya Rose Annuar Aripin meminta mahkamah menjadikan kes Mejar Zaidi contoh terbaik bagi mereka yang terlibat dengan angkatan tentera. "Beliau juga salah satu pegawai tertinggi yang bertanggungjawab ke atas skuad beliau, oleh itu beliau patut dihukum sekeras-kerasnya," kata Rose Annuar. Rose Annuar juga menambah, dengan lebih 20 tahun perkhidmatan beliau, Zaidi sepatutnya lebih sedar dan matang dalam tindakannya. Mahkamah bersurai untuk 3 jam dan akan bersambung pada 2 petang hari ini di mana mahkamah akan memutuskan hukumannya. – 12 Januari, 2015.

Rela Dirogol Takutkan Santau

Seorang gadis yang berasal dari Klang terpaksa merelakan tubuhnya dikerjakan oleh teman lelakinya kerana risau disantau oleh teman lelakinya itu selepas lelaki berhidung belang tersebut mengugut melakukan perkara tersebut jika dia tidak menyerahkan tubuhnya. Kerana terlalu bimbang dengan ugutan tersebut gadis yang berusia 16 tahun itu telah menuruti segala permintaan teman lelakinya sehingga dia mengandung. Menurut sumber gadis tersebut telah berkenalan dengan teman lelakinya itu melalui aplikasi sosial Wechat sebelum membuat keputusan untuk bertemu kali pertama. Dipercayai pada pertemuan kali kedua mangsa telah mengikuti lelaki tersebut itu kerumahnya sebelum dirogol dan perkara itu terus berulang kerana lelaki tersebut telah mengugut akan menyantaunya jika tidak menyerahkan tubuh lagi. Ibu bapa mangsa yang menyedari perubahan pada tubuhnya telah tekad membawa gadis itu ke klinik dah segalaya terbongkar selepas pemeriksaan air kencingnya doktor mengesahkan dia telah mengandung. “Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu,” katanya. Pihak polis yang menerima laporan itu telah memburu suspek dan berjaya diberkas sehari selepas laporan dibuat. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. “Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.” kata Kamarul.

Saturday, January 10, 2015

Bangkai Tikus dalam Lauk

Singapura: Pihak berkuasa di sini semalam menggantung lesen sebuah restoran makanan Cina, Hot- pot Culture selepas gambar bangkai tikus dalam masakannya dimuat naik dalam Internet. Pegawai Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) memeriksa restoran itu di Dataran Marina berikutan laporan dibuat terhadap restoran berkenaan oleh seorang pelanggan, Caron Chan. Caron dan beberapa rakannya pergi ke restoran berkenaan untuk makan tengah hari kelmarin tetapi terkejut melihat bangkai tikus itu di dalam bekas sayuran. Dia kemudian memuat naik gambar itu di laman Facebooknya dan ia menarik puluhan komen. “Pekerja kelihatan terkejut melihat tikus itu. “Saya tidak pasti sama ada pengurus restoran itu sedar mengenainya,” kata Caron. Dia juga mendakwa melihat kekecohan berlaku antara beberapa pelanggan dan pekerja restoran. Kakitangan restoran itu kemudian menggantikan masakan itu dengan yang lain. Beberapa orang dipercayai sudah memakan masakan berkenaan sebelum itu. Ketika dihubungi akhbar The Straits Times, penyelia restoran menafikan kejadian terbabit dan berkata pelanggan melakukan kesilapan. “Mereka tersilap. Ia hanya sayur yang kelihatan seperti benda lain. Tidak ada bangkai tikus,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut mengenainya. Caron berkata dia melaporkan kejadian itu kepada NEA yang mengesahkan restoran itu digantung sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan. – Agensi

SELAMAT HARI ULANG TAHUN TUAN GURU

Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tahun Lahir: 1931 Tempat Lahir: Pulau Melaka Pendidikan: • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936 • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian. • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu. • Universiti Deobond, India – 1952. • Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957. • Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. • Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam. Pekerjaan: • Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor. • Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka. • Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS. • Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Politik: • 1967 – Daftar sebagai ahli PAS. • 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. • 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. • 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa). • 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. • 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. • 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan. • 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan. Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan: •Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah •40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan. •Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. •Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. •Dia seorang yang warak dan zuhud. •Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. •Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi

Friday, January 9, 2015

Kucing Bersayap Bukan Cerita Dongeng

Selalu kalau haiwan bersayap mesti dikaitkan dengan cerita dongenag yang muncul di televisyen. Lain pula ceritanya kali ini apabila seekor kucing mempunyai sayap di atas badannya.
Kucing tersebut dibela oleh seorang nenek yang bernama Feng di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi, China. Sayap yang tumbuh di badan kucing itu mempunyai panjang dalam 10cm.
Menurut pemilik kucing terbabit, Sayap terbentuk daripada gumpalan yang kemudiannya tumbuh dengan cepat akhirnya membentuk sepasang sayap dalam 1 bulan. Fenomena ini bukanlah pertama kali berlaku. Anak kucing ini mulanya dilahirkan normal dan kemudiaannya ditumbuhi bulu. Para saintis percaya, sayap ini disebabkan oleh mutasi gen ketika dalam kandungan bayi.
Walaupun kucing ini mempunyai sepasang sayap di atas badannya, ia tidak dapat digunakan sebagaimana yang kita tahu fungsi sayap tersebut. Ia boleh diklasifikasikan sebagai satu ketumbuhan yang menyerupai sepasang sayap yang lain. - AGENSI

Thursday, January 8, 2015

TIPS CARA ROMANTIK MELAMAR KEKASIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramai yang ingin melamar kekasih hati tetapi tidak mempunyai idea untuk melamar mereka dengan cara yang romantik. Di bawah ini ada beberapa tips untuk melamar pasangan anda. Semoga tips ini membantu anda untuk melamar kekasih hati. Semoga tips ini berjaya. 1. Cuba bawa mereka ke tempat pertama perkenalan kalian. Di situ cuba lamar si dia dengan kata-kata yang cukup romantis dan boleh membuat mereka cair. 2. Bawa kekasih anda ke tempat yang cukup romantis dan lamar si dia sewaktu selesai makan bersama. 3. Letakkan cincin di dalam “desert” si dia seperti di atas kek comelnya. Moga ia menjadi suatu kenangan yang paling indah buat si dia. Apabila si dia tersentuh lamarlah dia dengan kata-kata yang cukup indah. 4. Minta si dia mencari sesuatu barang untuk kamu dan letakkan cincin itu di situ. Apabila dia membawa cincin tersebut boleh la kamu lamar dia dengan gaya yang cukup menawan hati. 5. Lamarlah dia dengan bahasa lain seperti bahasa Jepun atau Korea. Mungkin dia peminat cerita korea. Mana tahu cara kamu melamar dia dengan bahasa tersebut akan menjadi suatu yang cukup bermakna buat dirinya. Moga beberapa panduan ini dapat memberi kalian idea untuk melamar gadis impian anda. Sya suci doakan anda berbahagia ke akhir hayat. Amin.

Tips Untuk Suami Isteri Hidup Bahagia

Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Ini beberapa tips mencapai bahagia 1) Beri pujian kepada isteri Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. 2) Dengar pendapat isteri Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. 3) Penuhi hajat isteri Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri. 4) Anggap pasangan seperti diri sendiri. Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia. 5) Isteri bukan pembantu rumah Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan. 6) Isteri juga manusia Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. 7) Ingat tarikh penting Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad. 8) Bantu ringankan tugas isteri Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum. 9) Bawa isteri berehat Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan. 10) Ciuman khas untuk isteri Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Total Pageviews

Powered by Blogger.