KASIK TAMPAL INI PERIUK

Friday, March 6, 2015

Rog0l Kawan Perempuan Dan Rakam Aksi Sebagai Denda Kalah Pertaruhan

Gambar hiasan Rog@l Kawan Perempuan Dan Rakam Aksi Sebagai Denda Kalah Pertaruhan | Dua orang lelaki telah membuat satu pertaruhan yang sangat gila iaitu siapa yang kalah perlu merog0l rakan perempuan mereka dan merakam aksi panas berkenaan. Oleh kerana salah seorang daripada mereka telah tewas, seorang kawan perempuan mereka yang turut berada di rumah berkenaan telah menjadi mangsa permainan bodoh tersebut. Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah rumah berdekatan Batu 9, Cheras.

Inilah Punca Lelaki Cium Seorang Pasukan Sukarelawan Polis Wanita Di Stadium Shah Alam Kelmarin

Seorang penyokong bola sepak ditahan semalam selepas dipercayai telah mencium seorang anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) wanita di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.45 selepas tamat perlawanan Liga Super antara pasukan Selangor dan JDT yang berkesudahan seri 1 - 1 sama. Suspek telah mencium seorang Konstabel berusia 31 tahun dan terus melarikan diri selepas di tolak oleh rakan polis wanita tersebut. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek berjaya ditahan selepas kejadian dan soal siasat mendapati lelaki terbabit tidak siuman. "Siasatan mendapati lelaki itu tidak siuman malah ada surat pengesahan doktor yang menyatakannya sakit mental dan berikutan itu dia sudah dibebaskan," katanya. -Siakapkeli.com.my

Lelaki 60 Tahun Sumbat Botol Untuk Atasi Sembelit

Gambar x-ray yang dikeluarkan oleh sebuah hospital di China menunjukkan seorang lelaki dengan botol bersarang di anusnya. Gambar di bahagian perut yang mendedahkan secara terperinci kesakitan yang menyeksakan nasib seorang lelaki yang berusia 60 tahun yang berasal dari Zhuhai, di Wilayah Guangdong China. Pesakit, yang tidak dinamakan, mendakwa dia mengalami sembelit dan cuba melepaskan keadaan itu dengan menggunakan botol, kata doktor. Setelah diisi seluruh objek ke dalam, dan ketika itu beliau tidak dapat mengeluarkannya kembali. Gambar x-ray itu beredar ke serata laman web setelah dikongsi oleh rakan-rakan di hospital- beliau bernasib baik kerana, butir-butir peribadinya telah disembunyikan.

Siap sedia hadapi gelombang kedua pengganas Sulu

LAHAD DATU - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarangan kemungkinan termasuk gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu, kata Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun. Beliau berkata, anggota keselamatan Esscom sedang memantau dengan rapi dan meneliti maklumat yang diterima berhubung perkara itu. "Kita memang ada mendengar akan berlaku lagi ancaman gelombang kedua pencerobohan pengganas. Namun begitu, pihak keselamatan sedang memantau rapat dan mengambil maklum mengenai perkara ini termasuk berkongsi maklumat risikan dengan beberapa negara jiran. "Kita perlu berwaspada dan sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada pengamal media yang menyertai Program lawatan Esscom bersama media ke Tanduo, kira-kira 150 kilometer dari sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi, Pengarah Logistik dan Urustadbir Esscom Brig Jen Subari Tomo dan Pengarah Komponen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Pertama Maritim M Karunanithi. Abdul Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus kononnya akan berlaku gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu. Berikutan itu, beliau berkata Esscom telah mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi menghadapi sebarang ancaman termasuk menambah aset-aset keselamatan dan pertahanan dan jumlah keanggotaan. Esscom juga telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dengan melaksanakan beberapa latihan kecekapan melalui Op Pasak I dan II yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Sandakan dan Tawau, katanya. "Latihamal ini telah mendedahkan teknik dan langkah-langkah yang harus diambil sekiraya berlaku insiden pencerobohan di kawasan yang strategik seperti balai-balai polis, lapangan terbang dan rompakan bersenjata di bandar-bandar utama di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone)," katanya. Abd Rashid menjelaskan bahawa sejak insiden pencerobohan Tanduo dua tahun lepas, tidak ada lagi pencerobohan pengganas Sulu yang baharu. Beliau juga berkata: "Kita percaya pihak musuh tidak mudah untuk masuk ke negara ini tanpa kerjasama dan sokongan daripada penduduk tempatan yang menjadi tali barut kepada penjenayah di Esszone". Sehubungan itu, Abd Rashid berkata pihak Esscom sedang memantau semua kegiatan tali barut-tali barut terbabit dan meminta mereka menghentikan kegiatan itu. Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bersubahat dan melindungi penjenayah. Mengenai perancangan masa depan kawasan perkampungan Tanduo, beliau berkata terpulang kepada kerajaan untuk memutuskannya. "Kawasan ini adalah satu kawasan yang amat bersejarah bagi negara kita dan mungkin pihak kerajaan ada perancangan lain termasuk memulihara dan menjadikan tempat ini sebagai bahan bersejarah untuk tatapan generasi akan datang," katanya. Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia terhadap pengganas Sulu di Tanduo dan Simunul, Semporna menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala dianggarkan 68 pengganas ditembak mati. Menyentuh isu penculikan di Esszone, Abd Rashid berkata, sejak perintah berkurung dikuatkuasakan keadaan kini lebih baik dan rata-rata rakyat mahu perintah berkurung itu diteruskan. "Isu penculikan bukan perkara baru di Esszone. Kes penculikan telah berlaku sejak awal tahun 2000 lagi, jadi Esscom memang mengambil berat berkenaan isu ini. "Esscom juga telah bekerjasama dengan semua agensi keselamatan dan pertahanan bagi mengekang kejadian ini," katanya. Mengenai Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (Pati) di Esszone, beliau berkata operasi ternyata berkesan terutama dalam mengurangkan dominasi penjaja atau peniaga Pati di kawasan bandar utama, khususnya di Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak. - Bernama

TIGA LELAKI BERASAL DARI THAILAND BERKAHWIN SESAMA SENDIRI

THREESOME!! TIGA LELAKI BERASAL DARI THAILAND BERKAHWIN SESAMA SENDIRI | Entah disebut apa perkahwinan yang melibatkan tiga lelaki, bukan poligami ataupun poliandri. Tiga lelaki berasal dari Thailand ini, menggemparkan dunia setelah diketahui berkahwin pada hari Valentine yang jatuh 14 Februari lalu. Joke, Belle dan Art, melangsungkan perkahwinan yang tidak lazim. Foto-foto perkahwinan ketiga lelaki ini diagihkan oleh seorang pengguna Facebook. "Cinta yang murni tidak boleh dilihat dengan mata tetapi merasa dengan hati anda," tulis mesej dalam salah satu foto pre-wedding mereka. "Ini adalah pernikahan saya!" Kata Art. "Cinta terjadi tanpa syarat dan tidak terhad hanya kepada dua orang. Cinta membawa kedamaian untuk dunia. " Walaupun perkahwinan mereka kelihatan "tidak masuk akal", namun banyak juga yang mengucapkan selamat. Ketiga lelaki itu dilaporkan akan menghabiskan bulan madu mereka di Ko Thepo, Wilayah Uthai Thani, Thailand.

Perog@l Dipukul Hingga Mati

INDIA: Padah kerana perbuatannya yang merogol seorang pelajar, seorang lelaki maut dipukul, diseret dan dimalukan oleh orang sehingga mati. Lelaki yang dipercayai berada dalam tahanan polis itu telah diambil oleh orang ramai apabila mereka menyerbu penjara di Dimapur dengan membakar dan memecahkan pintu penjara tersebut lalu menangkap, membogel dan menyeretnya sejauh empat kilometer. Sambil diseret lelaki yang berumur 35 tahun tersebut dibelasah oleh orang sambil bersorak.
Dalam masa itu ada juga yang membaling batu dan keadaan lelaki itu tidak ubah seperti memukul seekor haiwan sehingga tidak bernyawa lagi. Penduduk disitu menyimpan dendam selepas lelaki itu didakwa telah merogol berulang-ulang kali seorang pelajar di sebuah kolej bulan dengan kejam sebelum itu sebelum berjaya diberkas pihak polis. Selain itu mereka turut membakar rumah dan kedai suspek yang menyebabkan bandar itu kini berada dalam keadaan tegang. Pihak polis yang cuba meleraikan keadaan ini menggunakan baton dan melepaskan tembakan menyebabkan beberapa orang cedera.

Kubur Merah Jambu Viral

BINAAN diatas kubur bewarna merah jambu menarik perhatian ramai. Gambar tersebut telah dimuatnaik oleh pengguna Facebook Ustaz Muntazir Nasrallah yang menimbulkan perbagai reaksi dan ada yang marah kerana dianggap mempermainkan agama. Tapi dari pandangan admin sendiri gambar yang dimautnaik tersebut tidak lebih sekadar satusindiran kepada mereka yang suka membuat binaan diatas kubur dan sesuatu yang mendatangkan bid’ah. Ini bedasarkan ayat yang ditulis oleh beliau “Jom berebut tempah! satu inovasi bid’ah hasanah” yang seolah-olah memerli tindakan yang boleh mendatangkan bida’ah ini. Maklumlah sekarangkan ramai orang membina binaan kekal diatas kubur iaitu tanah wakaf yang sah-sah hukumnya haram tetapi masih diamalkan oleh ramai melayu Islam sehingga sekarang. Selain itu beliau menulis, “Tempahan Dibuka! Luaran; warna ikut pilihan. Kalau nak mural Heri Poter pun boleh. “Dalaman; sistem audio mp3 bacaan Quran 24 jam dengan sumber tenaga solar. (Waktu malam guna bateri yg telah dicas pada siang hari). “Bacaan Yasin automatik setiap malam Jumaat. Bacaan tahlil automatik pada 7 hari pertama setiap malam, tahlilan automatik pada hari ke 40, hari ke 100 dan pada tarikh ulangtahun kematian. “Optional: Speaker luar utk penziarah tumpang dengar. Jimatkan duit anda. Tak perlu upah orang baca Quran dan tahlilan. Tak perlu buat kendhuri. Jom berebut tempah! satu inovasi bid’ah hasanah,” Dalam pelbagai komen-komen dan teguran yang diterima, reaksi Ustaz Muntazir seolah-olah tidak ada apa-apa kesalahan, mungkin dia tahu apa yang dibuatnya.
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Total Pageviews

Powered by Blogger.