Monday, February 9, 2015
9:11 AM
Fara Fauzana Tidak Kisah Ditanya Soal Kahwin
PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi berasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan.
Fara, 35, berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu dan pada usianya sekarang ia bukan soal utama selain meletakkan keyakinan kepada Allah yang merancang perjalanan hidupnya.
“Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu.
“Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti.
“Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu,” jelasnya kepada mStar Online.
AG dan Fara bergandingan dalam program Muzik-Muzik 30.
Fara terdahulu diumumkan sebagai hos baharu program Muzik-Muzik 30 bersama AG bagi menggantikan Scha Al Yahya.
Program itu bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang.
Pun begitu kata Fara, itu tidak bererti dia berhenti berusaha mencari jodoh dan mengakui ada mengenali beberapa lelaki namun belum bertemu yang benar-benar sesuai dengannya.
Tambah Fara, kesibukan dengan tugas seharian turut menjadi faktor utama dia tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta seperti mana wanita lain.
“Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu,” jelasnya.
Related Posts:
Jamal Mahu Bantu Zamani “Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan r… Read More
Aksi Manja Keith Foo Bersama Kekasih Sejuk mata memandang, ringan lagi bahu yang memikul apabila Murai Batu melihat Keith Foo bersama kekasihnya dan juga tunangnya Kim Raymond bercuti di… Read More
Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab a… Read More
Bekas Isteri Nedim Bakal Buat Nora Danish Tergugat Kredit penuh kepada blog hiburan yang telah berkongsi beberapa keping gambar terkini wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri yang semaki… Read More
Siti Nurhaliza Punca Zamani Terjebak Dadah? PETALING JAYA: Penyanyi Zamani (Slam) memohon maaf terhadap tindakannya meninggikan suara terhadap seorang jurugambar ketika ditahan di lokap Ibu Pej… Read More
0 comments:
Post a Comment