Monday, December 29, 2014
8:42 AM
Mudahkan Memaafkan Pasangan Seperti Menulis Diatas Pasir
Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat garang. Si isteri merasa sangat sakit hati, tetapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, turun ke dalam air untuk berenang namun nyaris lemas, tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya hilang, dia menulis diatas sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU. Suami bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hati awak, awak menulisnya di atas pasir dan sekarang awak menulis di atas batu?” Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika perkara buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan saya boleh melupakannya… Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan oleh suami saya, saya akan memahatnya di atas batu hati, agar tidak hilang tertiup angin waktu dan akan diingati selamanya.” Sahabat, Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana pemikiran setiap insan adalah berbeza. Kadangkala ia sangat menyakitkan hati. Oleh itu, kita hendaklah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran diatas, adalah : Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua perkar yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN….
Related Posts:
Rintihan Suami Yang Tak Terucap Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan 1. Tidak kisah dan pendiam - Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisa… Read More
Pilihan Keluarga vs Pilihan Sendiri Pilihan u all??? errrm.. pilihan saya??? ok.. Jujur katakan mestilah pilihan sendiri kan... Siapa nak jodoh ditentukan oleh keluarga... hey! tapi jan… Read More
ANTARA PETANDA-PETANDA DIA JODOH KITA? Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau menden… Read More
Tips Buat Suami Ketika Isteri Bersalin Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pe… Read More
Antara CINTA dan NAFSU 1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yan… Read More
0 comments:
Post a Comment