Wednesday, February 4, 2015
9:04 PM
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia | Uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia, dikatakan tidak sesuai untuk industri itu terutamanya apabila berdepan situasi kecemasan dan boleh mencetuskan masalah lain. Menurut laporan portal berita Mail Online, syarikat penerbangan Skymark dari Jepun, Cathay Pacific (Hong Kong) dan Qantas (Australia) dikritik kerana memperkenalkan uniform skirt mini kepada staf wanita, tetapi pakaian tersebut menyebabkan mereka terdedah kepada gangguan seksual kerana berpakaian seksi dan ketat. Bekas atendan penerbangan pesawat komersial yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan peribadi, Carolyn Paddock berkata, selain pakaian, kasut tinggi yang dipakai oleh krew wanita juga tidak sesuai kerana boleh mengakibatkan kecederaan akibat terjatuh selain menghalang pergerakan apabila berlaku kecemasan. “Kasut tinggi boleh menyebabkan gelongsor atau rakit kecemasan yang diperbuat daripada getah bocor,” katanya. Paddock berkata, syarikat penerbangan terkemuka seperti Virgin Atlantic dan British Airways juga menerima kritikan daripada staf mereka walaupun uniform firma itu dihasilkan oleh dua pereka terkemuka dunia, Vivienne Westwood dan Julien MacDonald. Staf Virgin Galatic mendakwa, kolar baju terlalu ketat sehingga menyebabkan leher mereka berdarah, manakala kakitangan British Airways membangkitkan bantahan apabila mereka tidak dibenarkan memakai seluar, sama seperti peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan Etihad. Syarikat penerbangan di Asia seperti Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Thai Airways, Malindo, dan Garuda Indonesia turut dikritik kerana mengenakan kebaya sebagai uniform rasmi. Menurut Paddock, meskipun kebaya yang direka oleh pereka Perancis, Pierre Balmain, nampak elegan, tetapi uniform itu boleh mencetuskan masalah besar apabila berlaku kecemasan. “Adakah saya akan memakai kebaya ketika kecemasan? Sudah tentu tidak kerana pakaian itu menyukarkan pergerakan saya,” katanya. -AP
Related Posts:
7 Pelajar Hamil Selepas Balik Lawatan Sambil Belajar Bosnia – Penduduk Bosnia dikejutkan dengan kejadian tujuh pelajar perempuan berusia 13 dan 14 tahun yang disahkan mengandung selepas pulang dari romb… Read More
Lamborghini Allen Wong Diganggu NEW YORK 26 Dis. – Seorang jutawan dari New York, Allen Wong, yang merasa dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburu dengannya kerana memiliki kereta m… Read More
Berbog@l Di Angkor Wat Phnom Penh – Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negar… Read More
Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita. Seramai 28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga w#anita yang be… Read More
Petani ‘tolak tuah’ enggan jual seekor kerbau miliknya dengan harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), walaupun ianya rekod dunia paling mahal. Kenapa? Sorang petani India ‘menolak tuah’ apabila enggan menjual seekor kerbau jantan miliknya yang mencecah harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), satu rekod … Read More
0 comments:
Post a Comment