Thursday, January 29, 2015
7:46 PM
Bandar Diliputi Ais
Penduduk di Dudinka terkejut apabila bangun pagi mendapati seluruh bandar diliputi ais yang membeku pada paras pinggang. Kejadian itu berlaku kerana paip yang membekalkan air panas ke setiap rumah bocor dan air itu mengalir ke seluruh bandar. Air yang setinggi paras pinggang itu bertukar menajdi ais disebabkan cuaca sejuk yang melampau iaitu -40 darjah selsius. Dudinka yang mempunyai bilangan penduduk lebih dari lebih 22,000 orang terletak di tengah Siberia dan bersempadan dengan lautan Artik. Jurucakap kerajaan tempatan, Eugena Gerasimov berkata, kawasan mereka sememangnya sejuk dan air panas terpaksa dibekalkan ke rumah penduduk. “Jika sesiapa masih ragu-ragu betapa sejuknya kawasan ini, mereka boleh menyaksikan sendiri gambar berkenaan. “Air panas yang dibekalkan ke rumah pun boleh jadi beku,’’ katanya. Disebabkan kejadian itu, pihak berkuasa terpaksa mengisytikarkan darurat dan memikirkan cara untuk membuang air setinggi paras pinggang itu.
Related Posts:
Lelaki Rakam Gambar Letusan Lava Gunung Berapi HOLUHRAUN, Iceland – Seorang jurugambar sanggup menggadaikan nyawanya dengan mengambil gambar letusan lava di bahagian sebuah gunung berapi di sini p… Read More
Perogol Bersiri Sasar Wanita Tua BANGKOK – Polis menggiatkan buruan seorang lelaki yang didakwa merogol lapan wanita veteran atau pertengahan umur serta membunuh dua daripadanya dala… Read More
Bandar Diliputi Ais Penduduk di Dudinka terkejut apabila bangun pagi mendapati seluruh bandar diliputi ais yang membeku pada paras pinggang. Kejadian itu berlaku kerana … Read More
Budak 3 Tahun Tembak Ibu Bapa New Mexico – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah menembak bapa dan ibunya yang sarat mengandung selepas menemui pistol 9mm di dalam beg tang… Read More
Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral | Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilah… Read More
0 comments:
Post a Comment