Sunday, February 1, 2015
10:15 PM
Budak 3 Tahun Tembak Ibu Bapa
New Mexico – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah menembak bapa dan ibunya yang sarat mengandung selepas menemui pistol 9mm di dalam beg tangan ibunya ketika dia mencari iPod. Selepas menemui pistol terbabit, kanak-kanak tersebut terus menembak satu das tembakan secara tidak sengaja ke arah Justin Reynolds dan Monique Villescas. Peluru tersebut terkena punggung bapanya sebelum menembusi paha dan kemudian terkena bahu ibunya. Mereka dikejarkan ke hospital. Meskipun kedua-duanya stabil namun kecederaan Villescas disifatkan sebagai serius. Insiden tembakan berkenaan merupakan yang terbaru melibatkan kanak-kanak hingga menyebabkan kecederaan di Amerika Syarikat. Bulan lepas di Missouri, seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah tertembak mati adiknya yang berusia sembilan bulan selepas menemui pistol datuknya di rumah mereka. Sementara di Idaho pula, seorang ibu meninggal dunia selepas anaknya yang berusia dua tahun telah mengambil pistol ibunya dalam beg tangan sebelum menembak, juga secara tidak sengaja ke arah wanita berkenaan.
Related Posts:
Ngeri! Remaja tersedar ketika pembedahan buang ketumbuhan di otakNgeri! Remaja tersedar ketika pembedahan buang ketumbuhan di otak | Seorang remaja yang sedang menjalani pembedahan otak untuk membuang ketumbuhan, te… Read More
Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia. M… Read More
Akibat Perkhidmatan Hospital Awam Yang Mengecewakan, Ibu Bertindak Lahirkan Anak Sendirian!Memang sedih!!! bayangkan jika ia berlaku kepada kita tentu naik hantu jawabnya.Seorang ibu yang sarat mengandung dan diperiksa oleh kakitangan hospit… Read More
Wanita Ini Berkahwin Sebanyak 23 Kali Seorang wanita berusia 68 tahun menjadi wanita pertama pecah rekod melakukan paling banyak perkahwinan sepanjang sejarah. Wanita bernam Linda Wolfe … Read More
Lamborghini Allen Wong Diganggu NEW YORK 26 Dis. – Seorang jutawan dari New York, Allen Wong, yang merasa dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburu dengannya kerana memiliki kereta m… Read More
0 comments:
Post a Comment