Salam sejahtera keatas kamu…….bertemu kembali dalam sudut bicara labu emas,sembilan hari labu tidak bersiaran kerana tugas luar kawasan.kali ini saya ingin kongsi kan kisah menarik yang di perolehi dari negara jiran, namun nama dan tempat terpaksa di sembunyi kan agar tidak mengaibkan sesiapa,kisah seorang isteri yang curang sehingga maut di sambar petir ketika berzina dengan lelaki lain. Hashim merupa kan seorang ustaz di sebuah daerah,mempunyai perwatakan yang baik,di kampung beliau mengajar anak-anak mengaji,dan mempunyai seorang isteri yang mempunyai paras rupa yang cantik dan dari keluarga yang berada,manakala suami nya hanyalah seorang guru agama di sebuah pondok,namun kebahagian mereka terserlah,dan mereka di kurnia kan seorang anak perempuan berusia setahun,pada awalnya Hashim agak hairan kerana anak nya mempunyai rupa yang berbeza,serta bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedang kan diri nya bukan lah tinggi sama juga dengan isterinya,dan yang lebih menghairan kan Hashim hidung anak nya mancung.kerana mempunyai iman dan pegangan ugama yang kuat,Hashim menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya. Hashim akan berada di rumah ketika malam sahaja,kecuali Jumaat baru lah beliau tidak mengajar,maka tinggal lah isteri nya bersama anak kecil di rumah,sehingga lah pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan,sehingga tidak sedarkan diri dan terlantar di hospital.selama empat bulan baru lah Hashim sedarkan diri.ketika balik,Hashim berehat dan gembira dapat bertemu anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua. seminggu selepas itu Hashim memula kan tugas nya iaitu mengajar di pondok,seperti biasa,sehingga ke malam baru lah Hashim balik kerumah,malam itu lah Hashim bermimpi melihat isteri nya memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik.sehingga Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di sebelah,Hashim bangun dan mencari isteri nya,ternyata isterinya muntah dan memberitahu Hashim kepala nya sakit, keesokan nya Hashim mengambil cuti dan membawa isteri nya ke klinik berhampiran kampung mereka,setelah di periksa,dokter memngucapkan tahniah kepada Hashim kerana isteri nya telah mengandung empat bulan !. Hashim menjadi bingung kerana dia baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum sebulan,ketika tiba di rumah Hashim bertanya kepada isteri nya namun isteri Hashim berkeras menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim,sehingga si isteri Hashim sanggup bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka,perwatakan baik dan sopan santun yang selama ini di percayai dan di bangga kan oleh Hashim hilang sekelip mata,kerana Hashim mula mencurigai isterinya,sehingga lah Hashim berdoa dan memohon petunjuk jika itu memang anak Hashim. keesokan harinya,waktu itu hujan turun dengan renyai-renyai,namun Hashim gagah kan langkah menuju ke pondok mengguna kan baju kalis hujan,walaupun guruh berdentum di langit,Hashim tetap ke pondok untuk mengajar,kerana kewajiban.ketika mengajar sekitar pukul dua petang,Hashim telah di kejutkan dengan satu panggilan,dari ayah nya,di talian Hashim di minta untuk balik secepat mungkin,kerana sesuatu yang kurang baik telah berlaku. Hashim meletak kan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan,ketika tiba di rumah,dalam keadaan basah kuyup,Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertua nya turut ada di rumah,selepas memberi salam,Hashim mendukung anak perempuan nya dan bertanya apa yang berlaku kepada ayah nya.namun ayah nya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri,ketika melangkah kedalam bilik tidur mereka,Hashim terperanjat melihat dua tubuh yang melekat dalam keadaan rentung,dalam masa yang sama mengeluarkan kan bau yang amat meloya kan.Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung bersama seorang lelaki asing berkulit gelap tidak bernyawa. Ibu mertua Hashim meraung menagis meratapi anak perempuan nya yang mati dalam keadaan mengaibkan,ketika itu lah ayah Hashim memberitahu yang mereka kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantu nya yang hamil,namun lain pula yang mereka temui.Hashim bertawakal dan menganggap itu satu ujian besar dalam hidupnya.Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya,Hashim tidak menyangka isteri nya yang baik sanggup menikam diri nya dari belakang. semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar untuk kita semua,Usah lah kita terlalu taksub melaksanakan tugas sehingga lupa akan keselamatan dan kebajikan keluarga,bersama kita mendoakan agar roh si isteri di ampun kan,dan di tempatkan di golongan orang orang yang beriman.(terima kasih untuk sumber,Haji Minhat)
Thursday, January 8, 2015
Wednesday, January 7, 2015
6:11 PM
7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan. Cinta. Bukan mudah melupakan orang yang kita cintai. Tapi kehidupan perlu diteruskan. Ya, bercakap memang mudah. Tapi tak mustahil kan? Saya juga seperti anda. Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan. Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah. Lebih perit bila cinta tidak direstui. Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi. Kehidupan amat perit saya rasakan. Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa. Terdengar lagu itu, saya teringat dia. Terlihat tempat makan itu, teringat si dia. Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang. Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini? Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk. Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA. Bukan mudah untuk memulihkan hati. Suatu hari, saya bermuhasabah diri. Menempatkan diri saya pada diri orang lain. Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya. Mereka hanya inginkan yang terbaik. Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya. Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya. Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan. Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi. Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya. Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya. Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah. Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu. Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta. Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai. Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya. Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan. Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup. Pandanglah ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik. Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut 1. Mohon kekuatan daripada Allah Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang. Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” [2:216] 2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran “…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8] Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang. 3. Terimalah kenyataan Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan? Redhalah dengan ketentuanNYA. 4. Buang segala perkara tentang dia Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang. Buanglah segala perkara tentang dia. Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya. Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda. Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya. 5. Sibukkan diri Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu. 6. Hindari semua perkara tentang dia Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia . Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia. Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu. 7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini. Terakhir sekali,bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya. Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu. “Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”. Kesimpulan Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita. Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan. Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian. Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan. Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain. Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia. Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
5:43 PM
Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa. Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya
Awak, Masa kali pertama awak datang jumpa saya, awak ada hadiahkan satu gelang tangan. Comel. Saya tahu gelang tu tak mahal. Maybe RM10, maybe RM20 atau maybe lebih murah daripada tu. Maybe boleh jumpa kat mana-mana pasar malam tapi saya gembira. Sebab bukan harga yang saya pandang. Tapi sebab tu pemberian daripada awak. Itu yang awak mampu saat tu, kenapa saya nak pertikai? Awak, Ingat tak kita pernah berjalan kaki daripada Bukit Bintang ke terminal? Masa tu motor rosak, jadi terpaksa naik bas. Saya tak merungut sebab saya tahu kita sama-sama penat. Awak penat dan saya penat. Tapi asalkan awak ada dah cukup. Awak, Dulu kalau kita nak pergi mana-mana yang jauh sikit, terpaksa sewa kereta. Sebab saya masih belajar, awak pun kerja belum tetap lagi. Kita selalu simpan impian untuk beli kereta satu masa nanti. Ingat apa kereta idaman kita? Kita nak beli Honda sama-sama. Awak satu dan saya satu. Awak, Masa birthday, saya tak pernah dapat hadiah mahal-mahal. Tapi sedikit pun saya tak marah. Sebab saya tahu awak tengah kejar cita-cita. Tengah bantu keluarga sebab mak ayah awak sakit. Tapi atleast awak tahu macam mana nak gembirakan hati saya. Awak bawak saya tengok sunset kat Bukit Broga :) Awak, Bila awak masih bertukar kerja, saya yakin awak akan berjaya satu masa nanti. Sebab tu saya kekal disisi untuk kuatkan semangat awak. Kalau boleh taknak tengok awak putus asa. Ingat kan apa saya selalu cakap, rezeki Allah ada kat mana-mana :) Awak, Bila akhirnya awak berjaya dapat kerja tetap. Gaji pun lumayan. Saya orang yang paling gembira sebab akhirnya cita-cita awak tercapai. Apa yang awak impikan Allah dah makbulkan. Awak, Akhirnya awak dah boleh beli kereta idaman kita. Saya gembira. Tak lama lagi awak nak beli superbike pulak kan. Awak cakap nak bawak saya konvoi ke Krabi. Tempat idaman saya :) Terlalu banyak perancangan. Terlalu banyak impian kita. Saya sangka awak akan kekal seperti mana kali pertama kita berkenalan dulu. Saat jatuh dan bangun. Saat awak tak punya apa-apa. 6 tahun bukan sekejap. Tapi tak sangka bila awak dah mampu berlari, awak tinggalkan saya jauh di belakang. Pergi bersama seseorang yang baru awak kenal. Saya doakan yang terbaik sebab awak insan yang pernah hadir. Andai satu masa nanti Allah pilih awak untuk diuji, saya doakan dia masih setia disisi awak. Terima awak seadanya bukan kerana siapa awak hari ini. You're the first person who broke my heart. For the rest of my life, you will always be the one who hurt me the most. Don't forget that. Sumber cikda
5:43 PM
Cara Menghadapi Suami Panas Baran
Perkahwinan adalah satu tahap hubungan yang paling rumit dari semua jenis hubungan, namun dari sudut lain perkahwinan juga merupakan hubungan yang saling melengkapi satu sama lain. Ketika sepasang lelaki dan wanita berkahwin, mereka menganggap bahawa perkahwinan adalah jalan untuk menyatukan dua insan berbeza. Namun bagaimana jika suami anda seorang yang panas baran? Ada yang berpendapat bahawa sifat panas baran akan hilang jika sudah berkahwin. Kenyataan yang sebenarnya, kebanyakkan orang akan terbawa-bawa sifat panas baran ini sehingga ke alam rumah tangga. Seringkali banyak yang kita dengar suami sering marah-marah tanpa sebab yang jelas. Oleh itu, bagaimanakah caranya menghadapi suami panas baran yang anda cintai itu? 1. Berhenti merajuk Rajukan adalah suatu perkara yang sangat menjengkelkan bagi suami panas baran. Ada kalanya memang wanita sangat ingin dimanja, tetapi lelaki jenis macam ini akan sangat jengkel dan mudah emosi jika melihat anda merajuk. Tips: tunjukkan sikap bahawa anda adalah seorang yang kuat. Cuba cari waktu yang sesuai untuk bermanja-manja dengannya. Mungkin anda boleh bertanya pada dirinya bagaimana pelakuan anda yang disukainya. Berdialog dengan lemah-lembut akan membuat si dia bahagia dan merasa dihormati sebagai pemimpin keluarga. 2. Berfikiran Positif Apabila si suami mulai marah tanpa alasan dan mulai meleret kearah ke perkara-perkara yang tidak berkaitan. Hati – hati, ini akan menyebabkan anda akan terpancing untuk naik angin pula. Namun, tetaplah berfikiran positif. Dia memerlukan waktu untuk berfikir. Dia memang harus belajar mengendalikan emosinya, namun emosi tidak boleh dibalas dengan emosi. Tips: dekati dia dan belai dengan sentuhan lembut tangan Anda ketika emosi dia mulai naik. Tunjukkan bahawa anda mengerti dan memahaminya. Jangan balas dengan cercaan pertanyaan dan nada yang meninggi pula. Sentuhan fizikal, akan membantunya merasa lebih tenang. 3. Luangkan Waktu Bersama Susun kegiatan bersama yang menyenangkan setiap minggu. Bukan hanya santai bersama yang akan menjadi rutin, namun sebuah saat dimana waktu bersama adalah yang paling penting di dalamnya. Semakin dekat anda dan dia, semakin mudah pula memahami dan menyelami perasaannya. Kunci yang harus selalu kita pegang adalah: kesabaran Seseorang memang boleh berubah, namun memerlukan waktu yang cukup lama kerana dia masih perlu belajar beberapa perkara untuk menyesuaikan diri. Jadi, jika suami anda panas baran, jangan terburu – buru meninggalkannya dan mengucapkan “ceraikan saya”.6:07 AM
#QZ8501: Lain yang dicari, lain pula yang ditemui
#QZ8501: Lain yang dicari, lain pula yang ditemui | Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di tiga titik koordinat dasar laut dipercayai jatuhnya pesawat itu bukan saja belum menemui sebarang hasil, malah kini mereka menemui bangkai milik kapal yang sudah karam. Komandan komando pasukan angkatan laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari kapal KRI Banda Aceh, Wido Dwi berkata, pasukannya sudah melaksanakan tugasan menyelam di dasar laut, namun bangkai pesawat masih belum lagi ditemui. "Kami sudah menyelam hingga ke dasar, ternyata air sangat keruh dan banyak lumut, yang ditemui bangkai kapal, bukan pesawat," katanya. Titik koordinat kedua adalah pada kedudukan 03.54.41 arah selatan dan 110.31.07 ke arah timur berdasarkan sonar yang diterima dari kapal KRI Bung Tomo. Sementara itu, titik koordinat ketiga adalah di kedudukan 03.55.52 arah selatan dan 110.33.80 arah timur yang diperoleh kapal perang Amerika Syarikat, US Sampson 102. Sehingga kini, pasukan penyelam masih menunggu koordinat baru daripada kapal pencari yang memiliki alat pengesan dan sebaik titik koordinat baru diperoleh, penyelam akan terjun semula menjejaki posisi pesawat. "Kami ini ibarat tangan saja, mata yang mencari adalah kapal-kapal lain. Kalau ada arahan kami ikut saja," katanya. Pasukan penyelam sudah melakukan aktiviti pencarian di dasar laut sejak Ahad lalu dengan pasukan pertama yang diterjunkan adalah terdiri daripada 17 penyelam. Selepas titik koordinat baru ditemukan, pasukan kedua dengan jumlah yang sama akan menggantikan pasukan pertama. Keseluruhan penyelam yang ditugaskan dalam misi pencarian pesawat itu adalah 57 orang. - Kompas
Tuesday, January 6, 2015
9:39 PM
Ngeri! Remaja tersedar ketika pembedahan buang ketumbuhan di otak
Ngeri! Remaja tersedar ketika pembedahan buang ketumbuhan di otak | Seorang remaja yang sedang menjalani pembedahan otak untuk membuang ketumbuhan, tersedar dan dengan selamba menanyakan bagaimana prosedur itu berlangsung. Portal berita metro.co. uk melaporkan, satu siasatan kini dijalankan untuk memastikan bagaimana remaja tersebut, Iga Jasica, 19, boleh bangun secara tiba-tiba semasa pembedahan dijalankan di Hospital Central Clinical di Kawoice, barat daya Poland. Siasatan itu dilakukan ekoran Jasica terjaga terlalu awal selepas diberikan ubat tidur, namun dia tidak panik atau sakit ketika pembedahan tersebut. Jasica berkata, dia tidak berapa ingat apa yang berlaku, namun doktor memaklumkan mereka berbual mengenai kucing. “Saya tidak dapat menyambut Krismas kerana pembedahan ini, tetapi keadaan kesihatan saya yang kini bertambah baik merupakan hadiah paling baik bagi saya,” katanya.-AP
9:21 PM
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang | Sebuah kilang memproses bebola dan kek ikan diarahkan tutup selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dalam operasi di Jalan Paya Terubong di sini, pagi semalam. Operasi jam 9.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Timur Laut dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai papan tanda syarikat di luar premis. Sumber berkata, hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati pekerja premis berkenaan tidak mematuhi aspek kebersihan ketika mengendalikan dan memproses makanan termasuk tidak memakai sarung tangan dan membiarkan makanan terdedah pada serangga tanpa ditutup dengan plastik. Beliau berkata, selain itu, pemeriksaan mendapati minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kek gulungan yang mengandungi ikan itu dipercayai sudah digunakan beberapa kali tanpa ditukar dan berwarna hitam selain tempat menggoreng terletak di tepi longkang. “Turut dikesan, apron pekerja kotor dan pekerja menggunakan tangan untuk menggaul ikan yang sudah dikisar di dalam mesin manakala isi ikan siap dikisar diletakkan di dalam beberapa bekas tin yang sudah berkarat dan ia amat membahayakan pengguna. -Metro



.jpg)

.jpg)
