Wednesday, January 7, 2015
6:07 AM
#QZ8501: Lain yang dicari, lain pula yang ditemui
#QZ8501: Lain yang dicari, lain pula yang ditemui | Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di tiga titik koordinat dasar laut dipercayai jatuhnya pesawat itu bukan saja belum menemui sebarang hasil, malah kini mereka menemui bangkai milik kapal yang sudah karam. Komandan komando pasukan angkatan laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari kapal KRI Banda Aceh, Wido Dwi berkata, pasukannya sudah melaksanakan tugasan menyelam di dasar laut, namun bangkai pesawat masih belum lagi ditemui. "Kami sudah menyelam hingga ke dasar, ternyata air sangat keruh dan banyak lumut, yang ditemui bangkai kapal, bukan pesawat," katanya. Titik koordinat kedua adalah pada kedudukan 03.54.41 arah selatan dan 110.31.07 ke arah timur berdasarkan sonar yang diterima dari kapal KRI Bung Tomo. Sementara itu, titik koordinat ketiga adalah di kedudukan 03.55.52 arah selatan dan 110.33.80 arah timur yang diperoleh kapal perang Amerika Syarikat, US Sampson 102. Sehingga kini, pasukan penyelam masih menunggu koordinat baru daripada kapal pencari yang memiliki alat pengesan dan sebaik titik koordinat baru diperoleh, penyelam akan terjun semula menjejaki posisi pesawat. "Kami ini ibarat tangan saja, mata yang mencari adalah kapal-kapal lain. Kalau ada arahan kami ikut saja," katanya. Pasukan penyelam sudah melakukan aktiviti pencarian di dasar laut sejak Ahad lalu dengan pasukan pertama yang diterjunkan adalah terdiri daripada 17 penyelam. Selepas titik koordinat baru ditemukan, pasukan kedua dengan jumlah yang sama akan menggantikan pasukan pertama. Keseluruhan penyelam yang ditugaskan dalam misi pencarian pesawat itu adalah 57 orang. - Kompas
Related Posts:
Gempar!! bayi Hamil Anak Kembar Beijing – Seorang bayi perempuan ditemui mengalami keadaan ganjil dan misteri apabila didapati hamil anak kembar ketika lahir. Bayi yang dilahirkan… Read More
Video gempar gangter bergaduh sakan di china Kejadian tersebut dirakam oleh kamera cctv Para2 gangster telah menggunakan senjate tajam dan juga kayu … Read More
Wanita Penan Mangsa Rog@l Pembalak Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membelas nasib golongan kanak-kanak dan wanita kaum Penan yang did… Read More
Berbog@l Di Angkor Wat Phnom Penh – Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negar… Read More
Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita. Seramai 28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga w#anita yang be… Read More
0 comments:
Post a Comment