KASIK TAMPAL INI PERIUK

Friday, January 30, 2015

Zamani Slam Tidak Mengaku Miliki Dadah

Zamani Ibrahim, 43 atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah, minggu lalu. Zamani Slam & Nur Juliana Abdul Rani,32 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka dihadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Mengikut pertuduhan, Zamani dan Nur Juliana didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin anggaran berat 1.20 gram di sebuah rumah di, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat dekat sini, pada 12.30 malam, 21 January. Manakala bagi pertuduhan mengambil dadah yang dibacakan berasingan, Zamani didakwa telah memberikan kepada dirinya dadah jenis Morphine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 2 pagi, tarikh yang sama. Manakala Nur Juliana didakwa melakukan perbuatan yang sama dengan memberi dirinya dadah jenis Amphetamine pada 2.05 pagi ditempat dan tarikh yang sama. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan kes.

0 comments:

Post a Comment

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.