Sunday, January 25, 2015
6:00 AM
Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral
Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral | Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral. Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala. "Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu. Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata. Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka. "Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu. -AP
Related Posts:
Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita. Seramai 28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga w#anita yang be… Read More
7 Pelajar Hamil Selepas Balik Lawatan Sambil Belajar Bosnia – Penduduk Bosnia dikejutkan dengan kejadian tujuh pelajar perempuan berusia 13 dan 14 tahun yang disahkan mengandung selepas pulang dari romb… Read More
Lamborghini Allen Wong Diganggu NEW YORK 26 Dis. – Seorang jutawan dari New York, Allen Wong, yang merasa dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburu dengannya kerana memiliki kereta m… Read More
Berbog@l Di Angkor Wat Phnom Penh – Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negar… Read More
Petani ‘tolak tuah’ enggan jual seekor kerbau miliknya dengan harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), walaupun ianya rekod dunia paling mahal. Kenapa? Sorang petani India ‘menolak tuah’ apabila enggan menjual seekor kerbau jantan miliknya yang mencecah harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), satu rekod … Read More
0 comments:
Post a Comment