Monday, January 12, 2015
8:49 AM
Penyanyi Hafiz Suip, mengesahkan bakal bertunang dengan kekasihnya, Effy, 27 februari ini
Penyanyi Hafiz Suip, 25, mengesahkan bahawa dia bakal bertunang dengan kekasihnya, Effy yang berusia awal 20-an, pada 27 Februari depan selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. Katanya, majlis pertunangan tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Kuching, Sarawak. “Saya telah menghantar rombongan merisik pada 21 Disember tahun lalu dan majlis pertunangan itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuching. “Istimewanya tarikh majlis pertunangan itu bersempena dengan tarikh lahir saya sendiri. Memandangkan saya ini jenis seorang yang pelupa, jadi saya pilih tarikh tersebut untuk mudah ingat,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe di sini hari ini. Advertisement Mengulas lanjut, Hafiz turut berkata tempoh pertunangan tersebut mungkin akan mengambil masa selama setahun. “Saya hormati keputusan bakal tunang untuk menghabiskan pelajarannya yang berbaki setahun lagi sebelum kami melangsungkan perkahwinan. “Saya juga perlukan lebih masa untuk membuat persediaan sebelum betul-betul memikul tanggungjawab sebagai seorang suami,” katanya. - Utusan
Related Posts:
Fara Fauzana Tidak Kisah Ditanya Soal Kahwin PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi berasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengena… Read More
ARTIS INI BERTUDUNG TANGGAL HIJAB, TAMPIL PANAS SELEPAS BERCERAI ARTIS INI BERTUDUNG TANGGAL HIJAB, TAMPIL PANAS SELEPAS BERCERAI! | Pelakon terkenal era 1990-an ini makin seksi selepas suaminya dikatakan berkahwi… Read More
Zul Ariffin Dan Izara Aisyah Bersanding? Kami tengok gambar ini pun sudah tersenyum sendiri apatah lagi peminat dan juga bakal penonton drama Mr London Ms Langkawi. Kami suka melihat senyum… Read More
Amelina Dan Ifa Raziah Bergaduh? Ifa Raziah telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-seolah merendahkan kemunculan semula Amelina. Ramai mengetahui mereka pernah bersaing di pentas … Read More
Tasha Shila Antara 10 Selebriti Jadi “Escort Girls”? Pelakon wanita Tasha Shilla nyata terkejut dan kecewa dengan tuduhan melulu yang dibuat segelintir pihak yang mengatakan dia adalah antara 10 wanita… Read More
0 comments:
Post a Comment