KASIK TAMPAL INI PERIUK

Saturday, January 31, 2015

Penipuan Rozana Dibongkar Anak Awie?

EPISOD pergolakan rumah tangga vokalis kumpulan Wings, Awie dan Rozana Misbun terus berlanjutan apabila anak sulung Awie kini ‘campur tangan’ dengan menangkis cerita Rozana sekaligus membela bapanya. Menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebook dan Instagram, Putri Aleeya Antasha, anak pertama hasil perkongsian hidup Awie dan pelakon Arni Nazira mendakwa ibu tirinya itu telah menipu media!
“INI SEMUA MENIPU SEMATA-MATA! Yes, memang, memang ada yang mandikan adik-adik saya, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha, yang siapkan baju mereka, yang bagi mereka makan dan minum, memang ada tetapi bukan ibunya malah orang gaji yang siapkan semuanya, bukan sahaja orang gaji, kadang-kadang saya dan adik saya Aleefa yang harus siapkan.” “Ayah saya seorang yang bertanggungjawab!! Bukan ayah yang biarkan anaknya tak terjaga, bukan ayah yang takda hati perut, takda perasaan. ITU BUKAN AYAH SAYA!! “Dan saya ingatkan pada sesiapa yang sokong sangat pihak sana tu, JANGAN PANDAI-PANDAI CAKAP ITU INI KALAU TIDAK TAHU CERITA SEBENAR OK? “Kalau saya dipanggil mahkamah untuk dijadikan saksi, saya sanggup… saya sanggup! Sebab saya tahu, sebab saya tahu, ayah saya TAK SALAH!” Dalam erti kata lain Aleeya membayangkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Rozana tidak tepat dan seolah-olah, ibu tirinya itu cuma prihatin terhadap ketiga-tiga anak kandungnya sahaja iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha. Aleeya juga menepis dakwaan Rozana bahawa dia menghabiskan masa seharian menguruskan anak-anak dan prihatin terhadap tugasan sekolah mereka kerana perkara itu banyak dilakukan orang gaji dan ibu saudara mereka. Aleeya menegaskan Awie seorang yang bertanggungjawab dan dia bersedia menjadi saksi di mahkamah bagi membela bapanya andai diperlukan.

0 comments:

Post a Comment

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.