Saturday, February 14, 2015
1:15 AM
Video Raja Bomoh, Anwar Dan Hantu Raya
Sungai Buloh – Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, beliau mendapat alamat ada pihak tidak bertanggungjawab telah menghantar hantu raya bagi mengancam keselamatan Anwar.
“Saya mendapat alamat, ada orang mengunakan ilmu sihir, (dengan perantaraan) hantu raya bagi membunuh Datuk Seri Anwar.
“(Disebabkan itu) ada pihak telah meminta saya uintuk menghalang cubaan jahat tersebut” katanya sejurus selepas mengadakan upacara menghalau gangguna makhluk halus tersebut.
Ibrahim ketika ditemui di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buluh turut berdoakan keselamatan Anwar dari sebarang gangguan yang tidak diinggini.
Di dalam upacara menghalua hantu raya pentang tadi, selain teropong dan buah kepala Ibrahim turut mengunakan kayu golf dan empat biji buah limau sebagai simbolik menghalau hantu raya yang dikatakannya itu.
Tindakan Ibrahim itu turut mengundang perhatian orang ramai yang secara kebetulan berada di kawasan sekitar.
Terdahulu Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak bersalah sambil menyifatkan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik.
Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman lima tahun penjara itu yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu.
Dalam membaca penghakiman selama dua jam itu, Arifin berkata panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar adalah kukuh, manakala keterangan Saiful adalah berwibawa.
Beliau berkata mahkamah tertinggi itu juga mendapati kredibiliti sampel DNA yang mendapati kehadiran sperma Anwar dalam dubur Saiful adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh di atas kesalahan itu.
Ketua Hakim turut mengumumkan bahawa permohonan pendakwaraya untuk menambah hukuman penjara Anwar kepada sekurang-kurangnya enam tahun ditolak.
Sebaliknya Arifin berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Awal minggu ini Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau hanya akan menganggap badan kehakiman bebas jika beliau dibebaskan.
-suaratv
Related Posts:
Kereta Api Laju Rempuh Ketika Sedang ‘Selfie’ INDIA – Gara-gara mahukan ‘selfie berani’ dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api. Kejadian yang berlaku… Read More
Viral Coli Tersidai Di Lapangan Terbang Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaia… Read More
Guru MENENGKING Anak Muridnya…Anda TAK JANGKA Apa yang Murid Ni Lakukan Sebagai BALASAN !!!Guru MENENGKING Anak Muridnya…Anda TAK JANGKA Apa yang Murid Ni Lakukan Sebagai BALASAN !!! | Kadangkala guru menerima banyak kritikan berkenaan bagai… Read More
Gadis bertindak simbah asid ke kemaluan kekasih selepas berang video aib mereka tersebar Gadis bertindak simbah asid ke kemaluan kekasih selepas berang video aib mereka tersebar | Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya… Read More
Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati | Reaksi Brutus, seekor anjing jenis Rottweiler yang menangis apabila kembarnya, Hank, mati mena… Read More
0 comments:
Post a Comment