KASIK TAMPAL INI PERIUK

Sunday, February 8, 2015

Lelaki Terkejut Mempunyai Rahim Dan Haid

Lelaki Terkejut Mempunyai Rahim Dan Haid | Seorang lelaki yang berusia 37 tahun terkejut bila doktor mengesahkan dia boleh mengandung mempunyai uterus, tiub fallopian dan ovari biarpun dia ada organ normal lelaki.
Pada awalnya lelaki yang berasal dari Lancashire ini menyangka dia menghidap kanser selepas mendapati air kencingnya mengandungi darah, namun doktor memaklumkan dia sebenarnya mempunyai rahim dan darah berkenaan adalah darah haid. Perkara ini diketahui selepas lelaki itu yang juga seorang ahli perniagaan menjalani MRI kerana doktor pada awalnya menyangka dia menghidap penyakit batu karang. Menurut kata lelaki ini, dia mengalami simptom yang aneh sejak remaja tetapi doktor selama ini tidak mengetahui puncanya. Dia juga sering mengalami sakit perut. Lelaki itu kini bakal menjalani pembedahan membuang rahim tetapi doktor memberi amaran dia bakal berdepan proses menopause sebaik sahaja prosedur pembedahan berakhir. Dan seterusnya lelaki itu akan menjalani imbasan genetik bagi mengetahui keseimbangan gender dalam badannya. Sama ada dia lelaki ataupun wanita. Namun katanya biar apapun keputusan ujian itu dia tetap akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki. Sindrom ini dipercayai amat jarang ditemui dan kebiasaannya ia akan dikesan ketika berada di usia kanak-kanak atau ketika usia baliqh.

0 comments:

Post a Comment

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Popular Posts

Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.