Monday, February 2, 2015
1:52 AM
Lelaki Bunga Yang Bahaya
Abha, Arab Saudi: Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergunungan Habala itu digeruni polis tempatan. Terentang di kawasan sempadan Arab Saudi – Yaman, mereka hidup dengan peraturan sendiri, tidak tunduk kepada sesiapa – termasuk kerajaan. Komuniti berasal dari Tihama dan Asir itu digelar “lelaki bunga” kerana masih mempertahankan amalan tradisi memakai kalung bunga yang diamalkan lebih dua milenium lalu. Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue berkata, komuniti itu pernah menyebabkan pergolakan di rantau berkenaan, terbabit dalam peperangan rentas sempadan dan mengganas terhadap pihak yang cuba memasuki kawasan mereka. “Dulu orang asing langsung tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka. “Beberapa kampung hanya boleh diakses melalui tali,” katanya. Golongan wanita pula, kata Lafforgue, biasanya menyembunyikan diri jika tempat itu didatangi pelawat. Katanya, kalungan bunga di kepala lelaki Habala sebenarnya menyembunyikan keganasan mereka. “Untuk kali pertama dalam hidup, saya melihat polis lengkap bersenjata begitu takut kepada orang awam di kawasan terpencil,” katanya. Seorang pakar antropologi dari Perancis, Thierry Mauger, yang melawat puak terbabit pada 1990-an mendakwa dia hampir menjadi mangsa rogol lelaki bunga.
Related Posts:
Hati Bagai Cair Selepas Tengok Gambar Ini Hati Bagai Cair Selepas Tengok Gambar Ini | Siapa yang menolak keindahan dan kecantikan betul tak ? Ghairah betul nak tengok gambar ini kan ? Sabar… Read More
Lelaki Bunga Yang Bahaya Abha, Arab Saudi: Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergununga… Read More
Seram!! Fenomena Awan Gergasi Di Selatan Thailand Fenomena awan arcus sangat jarang dilihat. Kewujudannya sememangnya mampu menimbulkan rasa gerun di hati kerana ada di antaranya berbentuk awan gerg… Read More
Misteri! Kerusi Syaitan Yang Mampu Membawa Musibah Di Missouri, Amerika Syarikat mempunyai tempat mistik yang tidak boleh mana-mana disentuh. Sebuah bangku di Kirksville, Missouri mempunyai cerita mi… Read More
Seram! Lelaki hidup semula sejurus sebelum mayatnya dibakar Seram! Lelaki hidup semula sejurus sebelum mayatnya dibakar | Seorang lelaki hidup semula sejurus sebelum keluarganya membakar 'mayatnya' pada satu u… Read More
0 comments:
Post a Comment