Monday, February 2, 2015
9:38 PM
Viral Coli Tersidai Di Lapangan Terbang
Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas. Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan. Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan. Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China. Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam. Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. – Agensi
Related Posts:
GEMPAR!! 8 Gambar Kisah Aneh Dan Pelik Apabila Bayi Bertukar Menjadi Seekor Buaya... Dikatakan buaya ini mempunyai sifat seperti seorang manusia. Jom kita lihat kebenarannya... Kejadian aneh ini tidak di ketahui bila dan dimana ia b… Read More
Gadis 16 Tahun Dibuli Dengan Dibog@lkan Di Asrama Gambar seorang remaja dalam ketakutan yang mana beliau dipaksa berbog@l sebelum tumbuk dan ditendang oleh rakan-rakan kelasnya mengejutkan ramai pih… Read More
Video Raja Bomoh, Anwar Dan Hantu Raya Sungai Buloh – Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk memb… Read More
VIDEO: KANTOI MENYAMAR JADI PEREMPUAN UNTUK SKODENG VIDEO: KANTOI MENYAMAR JADI PEREMPUAN UNTUK SKODENG | Polis menaha#n seorang lelaki yang didapati menyamar seperti seorang perempuan di sebuah tanda… Read More
Kubur Merah Jambu Viral BINAAN diatas kubur bewarna merah jambu menarik perhatian ramai. Gambar tersebut telah dimuatnaik oleh pengguna Facebook Ustaz Muntazir Nasrallah ya… Read More
0 comments:
Post a Comment