Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin. 1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini. 2. Bersedia Untuk Menunggu Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya. 3. Jangan Ambil Hati Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja. 4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir. 5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin. Jom Share & Tag untuk pengetahuan bersama
Wednesday, December 31, 2014
5:06 PM
Pilihan Keluarga vs Pilihan Sendiri
Pilihan u all??? errrm.. pilihan saya??? ok.. Jujur katakan mestilah pilihan sendiri kan... Siapa nak jodoh ditentukan oleh keluarga... hey! tapi jangan pandang serong pada pilihan keluarga pulak.. kadang-kadang pilihan keluarga ni lebih indah dari pilihan sendiri tau... ada banyak pro and cons pilihan keluarga dan pilihan sendiri.... Walaupun baru berumur 25 tahun 8 bulan, saya lebih banyak tahu cerita mengenai pilihan keluarga dan pilihan sendiri ni tau!!!! Saya share dengan u all cerita-cerita yang saya dengar sejak saya sekolah lagi... 1. Pilihan keluarga... PRO : ada seorang kakak ni yang saya kenal satu ketika dulu.. Dia menceritakan kisah hidup dia... Dia bertemu si suami nya pada hari pernikahan... Dan ketika itu, dia dah bersiap sedia untuk lari daripada lelaki yang akan dikahwininya 18 tahun beza daripada nya.. dan ketika itu dia baru habis SPM...gila kan??? ceritanya lagi... beberapa hari sebelum menjelang hari pernikahannya, dia dikurung di dalam bilik.. ya Allah! macam tu sekali pilihan keluarga.... dan tiba pada hari pernikahannya, dia dipegang oleh makcik-makcik nya kerana dikhuatiri dia lari... ketika dia menceritakan pada saya, wah... pelbagai imiginasi di dalam fikiran saya.. macam mana la keadaan agaknya ya.... tp setelah berkahwin 13 tahun ketika itu, dia kata rupanya dia mendapat satu keluarga yang bahagia.. walaupun jarak umur satu kali ganda dengan husband nya, mereka tetap bahagia.... wowww! macam drama kan.... tapi masa dia menceritakan kepada saya, saya ketawa melekek kerana saya rasa macam lucu... ye la.. tak kene batang hidung sendiri..... CONS: Ini satu kes dimana si lelaki ni telah berkahwin dengan pilihan keluarga... Memang pada mulanya dia setuju untuk berkahwin pilihan keluarga, tetapi setelah beberapa tahun berkahwin, si lelaki bertemu dengan pilihan hati nya... walaupun telah beristeri, dia peduli apa.. pada dia, dia mampu.... bila ditanya kenapa nak kahwin lagi, si lelaki boleh menjawab, "dulu pilihan keluarga, sekarang dah jumpa pilihan sendiri...." oh my God!! tolong la!!! Nasib baik 1st wife dia ni bijak... dia benarkan si suami kahwin lagi satu dengan syarat, "sebuah banglo! sebiji kereta mewah! sebuah kedai!".... kalau saya pun, saya akan buat perkara yang sama... hey! masa kahwin dulu, bukan si lelaki je jadi pilihan keluarga tau.. perempuan pun jadi pilihan keluarga... so 2-2 sacrifice masa depan dengan pasangan yang tak dikenali.. so unfair la kalau lelaki cakap dia dah berjumpa pilihan dihati... wahh.. mentang-mentang boleh kahwin 4, memang nak dibalun semua kuota.. perempuan tak boleh kahwin lebih 1, so adil la kalau dia demand macam-macam.. setuju???? u all kene setuju... hahahaha... 2. Pilihan Sendiri PRO: Kebaikan nya rasa nya semua orang tahu kot.. Sebelum kahwin kenal hati budi, sejiwa ke tak... betul kan??? mesti la betul.. saya tak tahu... hahaha.. sebab semua saya tak menjadi.. keke.. ok.. balik pada cerita kita.. kalau pilihan sendiri ni, ye la.. macam korang-korang sekarang ni bercinta.. Bercinta lama atau sekejap tu, depends pada diri masing-masing.. macam cousin saya, 2 weeks je kenal, n then terus fikir untuk bertunang... tapi kan masa tu cousin saya mintak pendapat saya... "Hajar, cuba kau tengok mamat ni?? aku rasa dia kene dengan jiwa aku..." apa saya balas, "selidik elok-elok.. macam pelik je aku tengok..." hahaha.. itu di mata saya, di mata cousin saya berbeza sebab dia lebih kenal lelaki tu.. bahagia je saya tengok kan... dah uwek pun... 5 bulan...ada jugak yang bercinta macam nak rak, sampai 7 tahun.. putus, cinta dengan orang lain, couple balik pada yang asal, putus, couple balik.. (psst: sebenarnya saya tak suka word "couple" ni, macam pelik je bunyi nya.. ).. akhirnya kahwin juga... tu kebaikan pilihan sendiri, pusing sana pusing sini, engkau tetap dihati... tapi tak mau la lepas kahwin, korang expect macam korang zaman bercinta... ditatang bagai minyak yang penuh... tak de maknanya ok! semuanya berubah... ada siap, "engkau yang ku bagaikan bulan bintang, sekarang seperti neraka jahanam!" ada jugak... tapi kita tak mau yang tu... kita ambik yang baik-baik je... okies??? CONS: Ermm.. ini selalu berlaku selepas kahwin jugak... Zaman bercinta masing-masing tak tunjuk belang... semua nya manis belaka... bila dah bersama, masing-masing tak mau jadi sebelum bercinta.. Mungkin betul juga orang kata bercinta lepas kahwin ini lagi best... sebab perasaan tak berubah... cuba tengok sebelum kahwin, bercinta bagai nak gila.. keluar dating tak henti.. itu adalah saat yang manis & kebahagiaan yang sepatutnya berlaku selepas kahwin.. bukan sebelum kahwin... (ok.. saya pun sama jugak macam budak muda sekarang...) tapi cuba kita fikir balik... saat yang betul-betul menggembirakan pada orang yang bercinta sebelum kahwin, orang kata saat kemuncak adalah saat diijabkabulkan, dan selepas itu, graph mula merundum.. tapi kalau bercinta selepas kahwin, mula lah saat percintaan dan membahagiakan.. perkenalan... betul?? cinta selepas kahwin ni kebanyakan nya pilihan keluarga, jarang pilihan sendiri... ada mungkin tapi 1/100 la... even Farah Lee pun dengan Ally Iskandar pilihan keluarga, bercinta selepas kahwin juga.. See.... So, tak tahu la nak kata yang mana bagus.. Tapi fikirkan lah untuk jangkamasa panjang... Saya??? Saya sendiri tak buat pilihan lagi... hahaha....
Tuesday, December 30, 2014
9:28 AM
ANTARA PETANDA-PETANDA DIA JODOH KITA?
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Jom kita lihat petanda-petandanya. :- Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! :-Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! :-Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu… :-Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. :-Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya… :-Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya.. :-Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! :-Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya? Nota: “Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai”
9:26 AM
Kawan vs isteri
Seorang yang bernama perempuan, sebelum kahwin, dia boleh keluar bersosial (secara positif) dengan ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan, sepupu sepapat dengan keizinan ibu bapanya. Biasanya ibu bapa tak melarang asalkan si anak dara tau jaga diri dan keselamatannya. Bila perempuan tu dah berkahwin, hak untuk dia keluar bebas sudah semakin terhad. Semuanya mesti berizin suami. Kalau tak berizin, setiap langkah isteri adalah berdosa. Biasanya nak dapat keizinan suami lagi susah daripada nak dapat keizinan ibu bapa. Sesuatu yang harus diingat, hukum Tuhan bukan untuk membataskan keinginan wanita tetapi adalah untuk menjaga keperibadian dan maruah wanita itu sendiri. Dalam perspektif orang zaman sekarang, rutin harian seorang isteri adalah keluar bekerja. Habis waktu kerja biasanya masanya di rumah bersama suami & anak-anak. Kalau nak keluar shopping-shopping pun sekadar beli barang dapur dan keperluan keluarga. Masa untuk jumpa kawan-kawan? Hanya di pejabat. Atau pun kita boleh ajak kawan-kawan datang rumah juga dengan izin suami. Kalau nak ajak kawan-kawan jalan-jalan ke tengok wayang ke, minum-minum ke..memang takkan ada lagi-lagi kalau sudah beranak kecil. Berbeza dengan lelaki/suami, bila dah berkahwin, pilihan untuk dia bersosial semakin banyak. Dia ada pilihan nak bersosial dengan isteri, anak-anak, mak ayah, adik-beradik, sepupu sepapat. Isteri tiada hak untuk melarang suami keluar berjumpa sesiapa yang disukainya. Pukul berapa nak balik pun tiada siapa yang boleh larang. Tetapi, sedar tak kita, walaupun Allah swt jadikan kita berbeza jantina, tetapi kita mempunyai sekeping hati yang sama yang boleh rasa sedih, gembira, marah, geram, ceria... Seorang isteri di rumah berseorangan sedang 'berperang' dengan anak-anak kecil yang banyak ragam, perlu masa untuk uruskan rumah, uruskan diri, beribadat, ditinggalkan suami yang enak-enak 'ngeteh' dengan kawan-kawan sampai jam 2 pagi. Sudah tentu isteri menjeruk perasaan. Penat, marah, geram, sedih. Bila isteri mengamuk dikatanya isteri berdosa sebab melawan suami. Boleh bayangkan kalau situasinya terbalik? Suami di rumah berseorangan sedang 'berperang' dengan anak-anak kecil yang banyak ragam, perlu masa untuk uruskan rumah, uruskan diri, beribadat, ditinggalkan isteri yang enak-enak 'ngeteh' dengan kawan-kawan sampai jam 2 pagi. Mesti suami pun penat, marah, geram, sedih. Suami berdosa? Tak...isteri yang berdosa sebab tinggalkan suami dan keluarga tanpa izin suami. Jadi, walaupun situasinya berbeza, tetapi end-up jatuhnya dosa itu di pihak isteri jugak. Saya bukan nak kata saya ni Tuhan nak menjatuhkan dosa kepada siapa siapa, tetapi sebagai manusia, kita nampak dosanya di mana... Pada saya, hukum yang Allah swt tetapkan itu cukup indah. Tiada pertikaian di situ. Tetapi manusia sendiri yang memanipulasi hukum Allah dengan cara yang tidak tepat. Kalau situasi isteri dibiarkan tunggang langgang keseorangan bersama anak-anak di rumah dan suami berseronok dengan kawan-kawan dianggap normal, saya rasa masyarakat kita dah dididik dengan fahaman songsang yang perlu dibetulkan segera. Tanggungjawab menjaga keluarga adalah di tangan suami. Suami harus ada di rumah untuk memastikan keselamatan isteri dan anak-anak tambah pulak dalam situasi sekarang yang jenayah merata-rata. Bukan tak boleh keluar jumpa kawan-kawan langsung tetapi ada had masanya. Tengok jam pukul 10 malam apa salahnya minta diri untuk pulang ke rumah. Pastikan anak-anak masuk tidur awal, ajar anak-anak baca surah-surah pendek dan doa sebelum tidur, bantu isteri untuk siapkan keperluan bekerja/sekolah anak-anak keesokan harinya.. Bukan meletakkan tanggungjawab itu 100% di bahu isteri. Berapa ramai suami yang peluk anak untuk tidurkan mereka? Payah nak jumpa... Yang jadi kawan-kawan pun, janganlah disindir kawan yang balik awal tu "takut bini". Kalau kamu seorang kawan yang baik, kamu sendiri yang akan suruh kawan kamu balik untuk berbakti pada keluarganya. Bukan menahan langkah kawan kamu tu "Eh, awal lagi ni...baru pukul 10. Takkan takut bini kot!" Satu lagi, tengokla masa sama.. Kalau tengok jam dah 11 malam, bawak-bawakla bertenang. InsyaAllah esok siang masih ada kalau nak jumpa kawan tu pun.. Ingat sikit, kawan tu ada keluarga untuk dijaga. Entah-entah isteri dia tengah sarat mengandung ke, anak-anak tengah tak sihat ke... Ni tak, menggigil nak ajak kawan tu keluar minum-minum dengan alasan sembang bisnes, lama tak jumpa, nak ajak tengok bola.. tu belum lagi alasan "bini aku kerja shif malam la, aku bosan kat umah sorang-sorang". Abis tu, kamu ingat kawan kamu tu bini dia kerja satu shif dengan bini kamu? Kalau macam tu takpela. Korang nak bergasak kat kedai mamak sampai subuh pun takde sape larang. Jadi para suami, antara kawan dan isteri/anak-anak, siapa yang kamu pilih? Buatla pilihan yang bijak ya. Jangan kerana kawan, kebahagiaan keluarga kamu tergadai. Ingatlah siapa yang berdiri di sebelah kamu bila kamu susah nanti. Isteri dan anak-anak ke kawan-kawan 'ngeteh' kamu tu?
Monday, December 29, 2014
10:19 PM
Biadap!! Baju dan Seluar Dalam Terpakai, Antara Didermakan Kepada Mangsa Banjir
Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini. Tinjauan di pusat pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak. Pakaian kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu. Setiausaha Muslim Care Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas sumbangan orang ramai yang mendermakan pakaian serta kelengkapan lain kepada mangsa banjir. “Namun dikesalkan apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi. “Bukan semua bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Pakaian dalam terpakai juga didermakan... Pihaknya terpaksa mengasingkan barangan berkenaan dan ia mengambil masa lama. Aktivis Muslim Care Amina Tahir, 25, berkata, dia pernah dimarahi penderma kerana enggan menerima pakaian terpakai yang didermakan mereka. Apa rasionalnya derma kasut tumit tinggi? Sikap penderma yang patut dicontohi. Siap balut baju dgn plastik & berlipat kemas. Tulis nama baju dan saiz. Antara barangan yang diperlukan untuk mangsa banjir ialah:- 1. Air minuman 2. Makan kering 3. Susu bayi 4. Pek penjagaan diri 5. Tuala wanita 6. Lampin bayi Selimut 7. Pakaian yang masih berkeadaan baik dll.. Sama-sama lah kita menderma untuk mangsa banjir dengan memberi barangan bantuan yang benar-benar boleh diguna bukan sekadar untuk membersihkan stor rumah anda
8:42 AM
Mudahkan Memaafkan Pasangan Seperti Menulis Diatas Pasir
Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat garang. Si isteri merasa sangat sakit hati, tetapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, turun ke dalam air untuk berenang namun nyaris lemas, tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya hilang, dia menulis diatas sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU. Suami bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hati awak, awak menulisnya di atas pasir dan sekarang awak menulis di atas batu?” Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika perkara buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan saya boleh melupakannya… Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan oleh suami saya, saya akan memahatnya di atas batu hati, agar tidak hilang tertiup angin waktu dan akan diingati selamanya.” Sahabat, Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana pemikiran setiap insan adalah berbeza. Kadangkala ia sangat menyakitkan hati. Oleh itu, kita hendaklah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran diatas, adalah : Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua perkar yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN….
8:41 AM
Betul ke Cinta Itu Tak Perlukan Sebab?
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. ♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? ♥ Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang.. ♥ Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya. ♥ Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu! ♥ Isteri : Abang tidak dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya. Isi surat tersebut : “Sayangku.. Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika cinta itu memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta itu tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati Sayang … aku sayang kamu … kamu yang menumbuhkan cintaku.. kamu yang memberikan kebahagiaan untuk ku.. kamu yang memberikan senyum untuk ku.. kamu yang ditakdirkan bersama ku,,, Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu, Aku sangat merindukanmu…
1:14 AM
Akibat Perkhidmatan Hospital Awam Yang Mengecewakan, Ibu Bertindak Lahirkan Anak Sendirian!
Memang sedih!!! bayangkan jika ia berlaku kepada kita tentu naik hantu jawabnya.Seorang ibu yang sarat mengandung dan diperiksa oleh kakitangan hospital tersebut mendapati air ketumbannya pecah namun beliau tidak memasukkan ibu hamil tersebut ke dalam wad bersalin.
Sunday, December 28, 2014
11:54 PM
Lelaki Dakwa Dikunjungi Makhluk Asing Sebanyak Enam Kali
Lelaki Dakwa Dikunjungi Makhluk Asing Sebanyak - LONDON : Seorang pelukis di sini mendakwa dia telah dikunjungi oleh makhluk asing sebanyak enam kali dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Pelukis itu, Lloyd Canning, 33, berkata, dia pertama kali merakamkan gambar makhluk asing selepas melihat sebuah kapal angkasa besar berlegar-legar di atas keretanya pada tahun 2005. Bagaimanapun, selepas beberapa hari kejadian tersebut, bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia seolah-olah dipaksa melukis imej makhluk asing yang mahu berkomunikasi dengan manusia. Sejak itu, Canning berkata, dia gemar menghasilkan imej-imej berbentuk makhluk asing dan potret planet, namun merahsiakan kesemua koleksi itu kerana khuatir orang ramai akan mentertawakannya. “Malah, sejak kejadian itu, saya sering terbayang-bayang imej makhluk asing pada setiap minggu. Apabila keadaan itu berlaku, saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melukis imej-imej tersebut. “Saya terpilih mungkin kerana seorang pelukis. Mereka mahu menggunakan saya supaya dapat memberitahu orang ramai mengenai kehadiran mereka menerusi karya lukisan,” jelasnya. Menceritakan mengenai imej itu, dia berkata, dia pernah melihat satu objek besar tetapi tiada sayap. “Objek berbentuk bulat itu berterbangan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Namun, saya tidak nampak seluruh kapal angkasa makhluk asing berkenaan kerana amat besar,” jelasnya. Bagaimanapun, selepas bertahun-tahun menyimpan kebanyakan karya yang berbentuk makhluk asing, Canning berkata, dia kini bercadang mempamerkan kesemua koleksi yang menyeramkan itu kepada orang ramai. – AGENSI
9:23 AM
NAK TAHU!! TANDA-TANDA LELAKI BILA RINDU
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Moga perjalanan kehidupan kalian berjalan dengan lancar. Ameen. Hari ini saya ingin membincangkan sebuah topik cinta yang bertajuk “Tanda-tanda Lelaki Bila Rindu”. Biasanya wanita akan mempamerkan riak apabila mereka merindui insan yang dicinta, tetapi lelaki juga merindu dan meluahkan rindu dendam yang mereka pendam. Mungkin ramai wanita yang tertanya-tanya apa lelaki buat bila rindu? Apakah tanda-tanda lelaki itu sedang merindu? 1. Bila lelaki merindu mereka suka menghabiskan masa bersama anda. 2. Bila merindu dia mudah merasa cemburu walau kedudukannya sebagai buah hati anda tidak tergugat sebenarnya. 3. Bila merindu lelaki kadang kala mudah marah-marah kerana tidak sanggup menahan pedihnya merindu. 4. Bila merindu lelaki mudah berkecil hati dan menganggap diri mereka diabaikan sedangkan anda sedang sibuk dengan tugas seharian. 5. Bila merindu lelaki akan stalk semua gambar anda satu persatu walaupun gambar tu telah berulang kali mereka lihat. Sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja, bila hati antara keduanya telah bertaut pasti rasa sayang tidak dapat diluah dan rasa rindu tidak dapat dibendung bila berjauhan. Kebaikan apabila merindu ia akan menambahkan rasa sayang dan cinta di dalam hati antara keduanya. Pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu dendam yang terpendam di hati. Namun jika rindu yang tidak mampu dibendung dan mula membuahkan perasaan cemburu dan rasa cemas takut ditinggalkan ia akan memakan diri sendiri dan bahaya kepada sesuatu perhubungan itu. Sebagai insan pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan namun apa yang penting bertolak ansur dan saling menyayangi perlu dalam menjadikan perhubungan itu menjadi syurga dunia dan akhirat juga. InsyaAllah.
9:17 AM
Subhanallah!!! Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung
Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan-banduan di sana. Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertuan Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yang tidak bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayangkan kalau orang bakal digantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tidak dapat tidur. Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung. Tangan seperti orangg dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. Subhanallah………. mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua. Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut. P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi. Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk menghampiri kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaan-Nya.” Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.
7:11 AM
Lelaki Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung
Airasia QZ8501 masih belum terjawab, seorang lelaki yang mendakwa dirinya salah seorang rakan kepada penumpang di dalam pesawat tersebut mendakwa dia telah dihubungi oleh rakannya. Menerusi laporan Liputan6, satu portal berita Indonesia, lelaki tersebut, Henry, dilihat tergopoh-gopoh datang ke Crisis Centre Bandara Juanda, Sidorja, Jawa Timur. Henry kemudian mengatakan dia dihubungi oleh rakannya yang mengatakan pesawat tersebut mendarat cemas. Menurut Henry, pesawat itu kini sudah mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung. Pihak yang berkuasa Indonesia kemudiannya telah menghubungi pihak tempatan di Pulau Long tapi sehingga kini masih belum ada sebarang informasi susulan tentang dakwaan ini. - Siakapkeli
4:38 AM
Ini reaksi Tony Fernandes atas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501
Ini reaksi Tony Fernandes atas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 | “Inilah mimpi paling ngeri saya. Tetapi tiada ada yang terhenti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitternya, pukul 7.06 minit malam ini. Kenyataannya itu merujuk insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) pukul 6.17 pagi waktu Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Dalam tweet yang sama, beliau berkata: “Saya amat tersentuh dengan sokongan ramai terutama daripada syarikat penerbangan lain.” Tiga minit kemudian, Fernandes menghantar satu lagi tweet, kali ini khusus untuk semua staf AirAsia berbunyi: “Kepada semua staf AsiaAsia saya, tabahkan hati teruskan melakukan yang terbaik. Berdoalah bersungguh-sungguh. Teruskan melakukan yang terbaik untuk tetamu-tetamu kita. Sampai jumpa lagi.” Ini diikuti satu lagi tweet beliau juga ditujukan kepada staf AirAsia, dua minit selepas itu: “Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AirAsia) anda akan berada di sana ketika waktu yang sukar ini. Kita akan menempuh keadaan dahsyat ini bersama-sama, dan saya akan cuba menemui seberapa ramai daripada kalian.” - Utusan
4:36 AM
Sultan Kelantan Menyamar Bantu Mangsa Banjir
Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mengharungi banjir untuk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyelamat sehingga orang langsung tidak menyedari itu adalah Sultan mereka. Beliau juga menerima arahan dari seorang Mejar untuk membuat banyak kerja berat. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas-petugas sukarelawan. Tiba-tiba beliau disapa Petugas :"abang dari mana?" Sultan :"orang sini jugak" Petugas "macam muka tuanku la abang ni" Beliau hanya tersenyum setelah menyedari yang disapa tadi adalah sultan mereka, kecut perut org tadi minta maaf kerana tidak tahu yang itu adalah sultan. Beliau hanya tersenyum malah memeluk orang tadi. Tergamam Mejar yg ada kt situ, langsung tak reti nak bagi arahan mcm mula-mula tadi.. Ciri-ciri pemimpin begini kita mahukan. Menyusup keluar dari istana, mmbantu rakyat tanpa memperkenalkan diri. Moga Tuanku menjadi contoh pada sultan dan bakal-bakal sultan. Allahhu Akbar! Biar gambar berbicara..yg pakai raincoat dan berkaki ayam tu la tuanku sultan kelantan..
Saturday, December 27, 2014
9:34 PM
Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang
Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia. Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Kompas.com turut melaporkan insiden itu. Menurutnya, pesawat yang bernombor QZ 5401 berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Pesawat jenis Airbus A320-200 ini membawa 155 penumpang, yang terdiri dari 138 penumpang dewasa, 16 anak dan seorang bayi, dua pilot, empat anak kabin dan satu teknician. Pesawat diterbangkan oleh Kapten Irianto.
9:14 PM
Seram! Lelaki hidup semula sejurus sebelum mayatnya dibakar
Seram! Lelaki hidup semula sejurus sebelum mayatnya dibakar | Seorang lelaki hidup semula sejurus sebelum keluarganya membakar 'mayatnya' pada satu upacara pengebumian. Deepak Singh, 72, sebelum itu rebah di rumah di depan keluarganya di Bhilwada, Rajashtan, negeri di barat laut India, sebaik keluar untuk memberi makan haiwan ternakannya. "Dia kelihatan sihat apabila bangun pagi itu dan keluar untuk melakukan kerja hariannya. Tetapi, dia rebah ketika dalam perjalanan ke kandang lembu. Saya bergegas mendapatkannya dan tidak nampak tanda-tanda dia hidup. Degupan nadi dan jantungnya terhenti sama sekali. "Seluruh keluarga bersetuju datuk saya sudah mati. Seorang doktor yang dipanggil juga mengesahkannya," kata cucu Deepak, Banda Nalwa, 26. Selaras dengan adat agama Hindu, keluarga itu melakukan persiapan untuk membakar mayatnya dan mula membaca mantera, amalan biasa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang sudah mati. -AP
9:05 PM
Ibu Tuntut RM200 Pada Orang Yang Pecah Kereta Untuk Selamat Anak
Ibu kanak-kanak itu didakwa hanya memberi laluan untuk cermin keretanya dipecahkan setelah dua lelaki yang turut cuba membantu anaknya masing-masing memberikan kepadanya wang tunai RM100 setiap seorang. Wang RM200 itu dipercayai sebagai kos ganti rugi bagi mengganti tingkap keretanya yang dipecahkan bagi menyelamatkan anaknya. Satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak terkunci di dalam kereta setelah ditinggalkan ibunya berlaku hari ini di hadapan sebuah restoran di Bandaran Berjaya tengah hari tadi. Lebih malang lagi, ibu kanak-kanak lelaki itu dikatakan enggan membenarkan orang ramai yang cuba membantu memecahkan cermin kereta jenis Perodua Viva miliknya walau pelbagai cubaan untuk membuka pintu kereta berkenaan gagal, lapor portal berita berbahasa Inggeris The Star Online. Insiden itu disahkan berlaku oleh jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Asama Saruddin ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini. Bagaimanapun Asama tidak pasti sama ada dakwaan ibu mangsa dibayar RM200 bagi membolehkan anaknya diselamatkan seperti dilaporkan The Star memang berlaku. “Memang ada kes tersebut, dan budak itu telah berjaya diselamatkan anggota kami yang ke sana. “Mengenai dakwaan kata ibu kanak-kanak itu enggan memberikan kebenaran untuk memecah cermin kereta saya tidak pasti. “Kami ke sana hanya dengan misi untuk selamatkan budak berkenaan,” katanya. Walau bagaimanapun pihak polis di Kota Kinabalu tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut. “Saya ada dengar juga berkenaan perkara itu dari orang ramai yang ada di tempat kejadian, tetapi saya tidak boleh sahkan sebab tidak ada orang buat laporan berkenaan kejadian itu. “Yang ada cuma laporan budak terperangkap di dalam kereta, itu sahaja,” kata jurucakap polis. Bagaimanapun kanak-kanak berkenaan yang tidur di dalam kereta ibunya dan terjaga sebaik sahaja mendengar tingkap kereta dipecahkan disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
7:20 AM
ANDA TIDAK AKAN PERCAYA APA YANG ADA PADA KAKI AYAM SEHINGGA ANDA SENDIRI MEMAKANNYA
ANDA TIDAK AKAN PERCAYA APA YANG ADA PADA KAKI AYAM SEHINGGA ANDA SENDIRI MEMAKANNYA Kaki ayam ? melihat pada rupanya pun sudah tidak mampu menarik perhatian apatah lagi untuk dimakan . kenapa ? tak ada isi ? jijik konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi....!!! Tetapi tahukah kita sebenarnya kaki ayam ini mempunyai khasiat untuk kesihatan . Jadi lepas baca ulasan lanjut mengenai kaki ayam ini , korang bolehlah makan dan tidak menolak ketepi hidangan kaki ayam . huhu. Di New York , kajian mendapati jika mengambil kaki ayam sebagai makanan seharian , ia mampu mencegah berlakunya 'osteoporosis' iaitu sejenis penyakit tulang rapuh , mudah retak dan patah . Sedia maklum semua apabila masalah tulang berlaku , peringkatnya tidak menunjukkan sebarang kesan atau tanda awal masalah tulang . Bagi mencegah ia , seseorang dinasihat untuk meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur . Jadi , kaki ayam juga mampu mengelak tulang rapuh kerana ia dikatakan mengandungi sejumlah nutrisi yang mampu menjaga tulang dalam tubuh manusia . Jadi , lepas ni bolehlah beli kaki ayam dan makan ! - infohub
5:50 AM
Aksi Gadis Bertudung Belai Harimau Dapat Perhatian Ramai
Gambar aksi gadis manis membelai dan menyentuh harimau dapat ribuan perhatian dan komen, dalam kehangatan rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu program sentuh anjing, I Want to Touch a Dog. Harimau sememangnya digeruni dan dianggap binatang berbahaya gara-gara karakternya yang ganas dan oleh sebab itulah binatang ini digelar raja rimba. Lihat sahajalah kes insiden tragis yang berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih bulan lepas hingga mendapat perhatian dunia. Hari ini di laman sosial Facebook tersebar pula sekeping gambar yang digabungkan menunjukkan reaksi gadis cantik itu sebelum menyentuh dan akhirnya membelai binatang itu. Pada awalnya, gadis cantik itu dilihat seakan gementar dan takut-takut namun akhirnya dilihat berani memangku kepala harimau itu. Rasa-rasanya harimau ini jantan agaknya.. miang dan manja semacam jer!.. hehe.. Tapi yang kelakarnya , gambar ini mendapat ribuan komen dan reaksi daripada pengguna Facebook dan membandingkan gambar ini dengan kontroversi kes acara ‘I Want to Touch a Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) . Nampaknya ramai yang memberi komen lebih baik menyentuh harimau berbanding anjing. Tetapi perlulah diingat menyentuh anjing tidaklah haram dan berdosa cuma haiwan ini tergolong dalam najis berat dan atas tujuan apa anda memegangnya? itulah yang kini menjadi tanda tanya.
5:38 AM
ANTARA TANDA-TANDA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN !
Setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita, ada pengajarannya. Mungkin untuk kita belajar menghargai, dan mungkin juga untuk kita belajar tabah setelah dilukai... :-Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan. :-Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. :-Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu. :-Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. :-Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu. :-Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. :-Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja :-Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu. :-Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. :-Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. :-Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya. :-Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek. :-Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. :-Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. :-Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. :-Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. :-Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. :-Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu. :-Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. :-Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...
4:28 AM
Lamborghini Allen Wong Diganggu
NEW YORK 26 Dis. – Seorang jutawan dari New York, Allen Wong, yang merasa dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburu dengannya kerana memiliki kereta mewah, mengambil inisiatif mendedahkan gelagat orang ramai ketika mendekati kereta sport miliknya itu, Lamborghini Aventador. Menurut laporan portal Mail Online, Wong mengambil inspirasi daripada video yang merakamkan seorang wanita yang sedang berjalan di sekitar kota ini berhadapan gelagat lelaki-lelaki yang lalu lalang di situ menganggunya. Wong kemudian memutuskan untuk memasang kamera itu pada keretanya bagi melihat reaksi orang ramai apabila mendekati keretanya itu yang dibelinya pada harga 260,000 pound (AS$410,000). “Saya fikir dengan memasang kamera pada kereta saya, akan menakutkan mereka menganggu kereta saya, selain melindungi kereta saya daripada penipuan agen insurans,’’ katanya. ‘Kejadian yang paling teruk saya lihat apabila tiga remaja lelaki duduk di atas bonet Lamborghini saya yang diletakkan di satu tempat letak kereta sambil menganggu gadis-gadis yang lalu lalang di situ. Bonet itu tidak kuat menyebabkan ia kemek. “Selain itu, terdapat banyak kesan calar pada kereta saya akibat kunci yang diletakkan di belakang poket seluar atau kerana butang besi seluar individu yang duduk di atas kereta saya. “Saya berjaya merakam aksi lebih 12 orang duduk di atas kereta saya semata-mata mahu mengambil gambar dengan kereta saya,” katanya. Wong menjadi jutawan selepas berjaya mencipta aplikasi telefon yang diberi nama 5-0 Radio, sebuah alat pengesan untuk kegunaan polis. Wong berkata, video dirakamnya itu pada mulanya bertujuan sebagai ‘sindiran’, tetapi mendakwa ia kini membawa ‘mesej yang jelas’ untuk memberitahu orang ramai supaya berhenti merosakkan harta orang lain.
2:12 AM
Gambar Flower Girls Bertudung Kini Beraksi Lebih Padat
Gambar Flower Girls Bertudung Kini Beraksi Lebih Padat | dulu pengantin pakai baju pelik.sekarang flower girls pegantin pulak beraksi lebih padat..siap baring-baring lagi.pakai la baju sopan sikit baju yang tak menjolok mata,yelah majlis perkahwinan dah tentu ramai orang datang dan tengok.perkongsian ini hanya untuk sekedar mengingatkan pada saudari-saudari di luar sana agar lebih berhati hati.
1:48 AM
3 Gambar Yang Mesti Mengejutkan Anda Semua Kejadian Yang Berlaku Di Lebuhraya Elite
Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dia terpaksa membidankan isterinya yang bersalin dalam kereta di Lebuhraya Elite tanpa sebarang bantuan perubatan. Dalam kejadian pada jam 6 petang semalam, lelaki berkenaan hanya menerima bantuan dari petugas hospital melalui telefon. Hasil tunjuk ajar yang diberikan itu, lelaki itu berjaya mengikuti tunjuk ajar yang diberikan dan beliau mendapat seorang bayi lelaki yang sihat. Bagaimanapun, 15 minit kemudian Ambulans Putrajaya tiba di lokasi kejadian. Ibu dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan lanjut. Pastinya ini mejadi satu kenangan yang tidak ternilai harganya bagi pasangan ini terutama si suami yang menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tahniah kepada pasangan terbabit.
1:07 AM
MASYAALLAH….AIR MATA AIR KELUAR SENDIRI APABILA MANGSA BANJIR HENDAK MENGAMBIL WUDHU
MASYAALLAH….AIR MATA AIR KELUAR SENDIRI APABILA MANGSA BANJIR HENDAK MENGAMBIL WUDHU pengguna facebook berkongsi rasa takjub ketika bersama-sama bermalam dengan pelajar tahfiz dari sekolah pondok.Ketika ingin menunaikan solat jumaat di penempatan banjir Sungai Durian,tiada sumber air bersih,dengan kuasa Allah tiba-tiba air mata air keluar dari tebing bukit.
Friday, December 26, 2014
11:50 PM
NASA TEMUI TROMPET SANGKAKALA MALAIKAT ISRAFIL (Gambar)
Peristiwa mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah. Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu bila dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114) Makna ini disebutkan dalam hadits shahih dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata: Seorang badui bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu ash-shur?” Rasulullah menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini disebutkan dalam Al Jami Ash Shahih 6/113-114, karya Asy Syaikh Muqbil) Ilmuwan NASA ‘Menemukan’ Terompet Sangkakala Malaikat Israfil Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yang merupakan sebahagian dari program atau misi NASA untuk melihat Kosmologi (studi tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan. Projek ini melakukan observasi terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta. Tekaani yang umum selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat-bundar atau tekaan lain menyebutkan bentuknya mendatar. Dengan menggunakan WMAP, mereka mendapatkan sebuah kesimpulan yang sangat mengejutkan, kerana hasil penelitian tersebut menemukan bahawa alam semesta ini berbentuk seperti trompet. Pada bahagian hujung belakang ‘trompet’ alam semesta itu merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable), sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih mungkin untuk diamati (observable). “Dan ditiuplah sangkakala, Maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu putusannya masing-masing.” (Az Zumar: 68) “Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.” (Al Kahfi: 99) “Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri. (An Naml: 87) “Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.” (Yasin: 51) Banyak ulama tafsir mengatakan bahawa tiupan trompet sangkakala di ayat-ayat tadi selalu diertikan sebagai peristiwa di hari kiamat. Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir Al Wasith menghuraikan bahawa tiupan trompet di hari kiamat itu tiga kali. Pertama, tiupan yang menggentarkan, lalu kedua yang mematikan seketika seluruh makhluk. Tiupan ketiga tanda mulainya hari kiamat, di mana semua dibangkitkan dan dikumpulkan. Kalau kita cermati, Al Quran menyebutkan bahwa tiupan itu selalu “di dalam” terompet, “Wanufikha fi-shshuuri”. Mengapa terompet? Mengapa di dalam (Fi)? Tim WMAP mengamati pola titik-titik panas dan dingin radiasi microwave kosmik, yang menggambarkan bentuk alam semesta 380.000 tahun setelah Big Bang. Projek WMAP dari NASA membuat peta titik-titik tadi secara menyeluruh, hasilnya ialah pola itu cenderung memudar, yakni tidak ada titik panas dan dingin yang tampak melebihi jarak rentang 60 darjah. Ini menunjukkan bahawa ketika mengembang, alam semesta terjulur panjang. Sempit di depan dan kemudian makin lebar seperti corong. Mirip bentuk terompet berada di pertengahan. Hal ini tentunya menyangkal teori asal selama ini yang menyatakan bahawa bentuk alam semesta seperti bola (bulat) yang mengembang ke segala arah. Tim WMAP yakin bahawa alam semesta bukanlah berbentuk bola, tetapi berbentuk trompet. Alam semesta bukan meluas tak terbatas, tetapi dibatasi oleh hujung terompet. Jadi, alam semesta ada awal dan akhirnya. Hanya Allah yang tidak berawal dan berakhir, “Huwal awwalu wal akhiru”. “Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al Maidah: 15-16) “Itulah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 2) “Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fusshilat: 41-42) Maha Benar Allah atas segala Firman-Nya
7:58 AM
Seram!! Fenomena Awan Gergasi Di Selatan Thailand
Fenomena awan arcus sangat jarang dilihat.
Kewujudannya sememangnya mampu menimbulkan rasa gerun di hati kerana ada di antaranya berbentuk awan gergasi yang seakan-akan mahu menelan bumi.
Menerusi akaun Facebook Ramli Abdul Halim, dia telah memuatnaik gambar fenomena itu yang dikatakan berlaku di Selatan Thailand.
Awan ini umpama pusaran puting beliung gergasi dan seolah-olah hampir mencecah bumi.
Awan ini sebenarnya merupakan formasi awan rendah yang terbentuk oleh arus udara dingin dari laut.
Kebiasaannya ia membawa petanda akan berlakunya ribut.
Fenomena sebegini pernah terjadi di Sabah sedikit masa lalu dan ia dipercayai berpunca daripada angin taufan yang sedang bergerak ke Filipina pada masa itu.
Ini di antara bukti kekuasaan Allah S.W.T.
6:21 AM
Antara Pekara Yang Membawa Wanita ke SYURGA
Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama. 1- Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga. 2- hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya. 3- selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah. 4- solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah. 5- berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam
3:25 AM
Isteri mandul benarkan suami 'nikmati' tubuh adik ipar
Sungai Buloh – Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan. Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut. Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu. Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. “Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya. Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan, menurut sumber HMetro. “Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka. “Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul,” katanya. Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya. “Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.
3:25 AM
Isteri mandul benarkan suami 'nikmati' tubuh adik ipar
Sungai Buloh – Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut.
Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu.
Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya.
Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan, menurut sumber HMetro.
“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.
“Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul,” katanya.
Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.
“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.
12:06 AM
Kisah Sebenar Insiden Anak Bermain Bom Mortar Milik Bapanya (Askar) Hingga 4 Nyawa Terkorban [8 Foto]
Dalam kejadian lebih kurang jam 5 petang semalam, berlaku satu letupan bom mortar di Taman Ria Mesra 2, Gurun. Letupan berpunca dari seorang tentera dari Kem Horbat, Gurun yang sedang menggergaji bom mortar yang di bawa pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Semasa menggergaji bom tersebut, percikan api telah menyambar bom mortar lain yang berada berhampiran dan seterusnya mengakibatkan letupan yang kuat menggemparkan penduduk di sekitarnya. Sebuah kereta yang berada di rumah tersebut juga meletup dan hancur. 3 orang mangsa dilaporkan meninggal dunia. Mangsa dikenali sebagai Ayub berusia 30-an meninggal dunia dalam keadaan hancur, anak perempuannya Nor Hidayu, 8 tahun, dan Mohd Idham, 5 tahun maut ditempat kejadian. Isteri mangsa cedera parah dan dikejarkan ke hospital. Takziah dari kami di Oh! Media. Moga kejadian seperti ini dijadikan tauladan buat kita semua untuk lebih berhati-hati terutamanya dengan kerja yang melibatkan bahan letupan lebih-lebih lagi jika ianya dibawa pulang ke rumah.