Thursday, December 25, 2014
12:57 AM
Pengguna Jalanraya "Berpesta" Kutip Duit RM7 Juta Bertaburan Atas Jalanraya..
HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila berebut-rebut mengutip duit kertas berjumlah hampir HK$16 juta (RM7 juta) yang berteraburan di jalanraya selepas terjatuh daripada van keselamatan.
Kejadian tersebut berlaku semasa van tersebut dalam perjalanan menuju kesebuah bank dan secara tiba-tiba pintu van tersebut terbuka sehingga menumpahkan beberapa kotak yang berisi wang tunai. Pemandu van tersebut mendakwa dia tidak sedar bila dan bagaimana pintu belakang van tersebut terbuka.
“Kami sedang siasat bagaimana pintu van boleh terbuka sendiri sama ada faktor teknikal, kecuaian pemandu atau memang dirancang penjenayah lain yang berjaya umpil pintu itu,” kata supritendan polis Hong Kong, Wan Siu-hung kepada pemberita tempatan.
Sewaktu kejadian masa perjalanan dari tempat duit tersebut bertaburan dengan bank terbabit dalam lebih kurang setengah jam untuk sampai. Kejadian berkenaan telah menyebabkan kesesakan teruk di laluan sibuk tersebut.
Stesen tempatan menunjukkan ramai pejalan kaki turut menyerbu kawasan itu manakala keadaan mula terkawal sejurus puluhan anggota polis lengkap bersenjata berat bergegas mengepung laluan terbabit dan mengutip semula baki wang yang tinggal.
Jurucakap polis meminta orang ramai yang mengambil wang berkenaan supaya menyerahkan kembali duit tunai terbabit di balai polis untuk mengelak daripada dikenakan tuduhan mencuri harta awam. Pakar-pakar perundangan berkata, polis boleh menahan pencuri wang tersebut jika membuat transaksi di bank kerana rekod nombor siri wang hilang itu sudah pun dimaklumkan kepada semua institusi perbankan bagi tujuan rujukan keselamatan. – Agensi
Related Posts:
JOM SAKSIKAN JURAIAN METEOR PADA 13 DAN 14 DISEMBER INI Bulan Disember kembali menjelma, dan sebagaimana setiap tahun, ia merupakan bulan untuk beristirehat bersama keluarga, main banjir dan siap sedia unt… Read More
Lelaki China Ini Berjaya Menghasilkan Kereta Paling Kecil Didunia Kereta merupakan salah satu kenderaan pengangkutan yang sangat diperlukan oleh masyarakat. Namun, mahalnya harga kereta membuat alat trasportasi bero… Read More
PELANGAN TERKEJUT MCDONALD TIBA-TIBA SIARKAN VIDEO PA NAS MCDONALD'S TAYANG VIDEO PANAS KEPADA PELANGGAN | Pelanggan di sebuah restoran McDonalds mengalami pengalaman yang jarang diperoleh oleh pengunjung Mc… Read More
King James Commits Personal Foul With Royal Touch LONDON — When King James touched the future queen of England on the shoulder after a basketball game, royal watchers cried foul. LeBron James, whose … Read More
PEKERJA TESCO DIGANGGU PELANGAN KERANA TERLALU CANTIK LONDON – Seorang lelaki berusia 56 tahun yang tertarik dengan wajah jelita seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco di Gloucester dekat sini telah dia… Read More
0 comments:
Post a Comment