Tuesday, December 23, 2014
10:19 PM
Kejam, Alat sulit kanak-kanak dipotong guna pisau cukur berkarat
INDIA – Kehidupan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kini berubah sama sekali selepas alat sulitnya dipotong lima lelaki dengan menggunakan pisau cukur berkarat, sebagai sebahagian daripada upacara sihir.
Ia menyebabkan alat sulit Shoaib Bali tidak boleh disambung lagi akibat kecederaan parah. Keadaan ini memaksa doktor terpaksa menebuk lubang air kencing dan turut menggunakan kulit badannya untuk menutup luka berkenaan.
Shoaib diperlakukan dengan kejam ketika dia sedang bermain-main di ladang tebu apabila lima lelaki kemudiannya memegangnya dan terus memotong alat sulit budak itu.
Dia kemudiannya berjalan pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah dan terkejut.
“Saya tidak percaya apabila melihat anak saya dalam keadaan dipenuhi darah. Ketika dia pengsan di tangan saya, saya sangkakan Shoaib sudah meninggal dunia,’’ kata ibunya, Gulshan, 25.
Dalam pada itu, bapanya, Salim, 30, berkata, dia kemudiannya berlari ke ladang tebu itu dan cuba mencari lelaki kejam berkenaan namun penjenayah itu sudah melarikan diri.
Salim hanya menemui pisau cukur berkenaan yang berlumuran darah.Polis bagaimanapun berjaya menahan kelima-lima lelaki itu.
Related Posts:
Zamani Slam Tidak Mengaku Miliki Dadah Zamani Ibrahim, 43 atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memi… Read More
S@ks jadikan otak lebih pintar – kajian WASHINGTON – Selain dapat memberikan kenikmatan seksual, ternyata bercinta juga mampu membuatkan pasangan suami isteri menjadi lebih cerdas, itu kesi… Read More
‘Surprise Party’ Sempena Hari Lahir Umie Aida BERTUAH sungguh menjadi Umie Aida atau nama sebenarnya Datin Paduka Umi Kalsum Bt Rahmad Ali yang sentiasa dikelilingi insan-insan yang sentiasa meny… Read More
Punca wanita ini cukur rambut suami guna kaki Punca wanita ini cukur rambut suami guna kaki | Bai Aixiang, 49, merupakan penghidap polio sejak kecil. Wanita ini tidak mampu menggunakan kedua-dua … Read More
Murid Mengandung Anak Datuk Akhirnya terbongkar SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendap… Read More
0 comments:
Post a Comment