Friday, December 26, 2014
6:21 AM
Antara Pekara Yang Membawa Wanita ke SYURGA
Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama. 1- Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga. 2- hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya. 3- selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah. 4- solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah. 5- berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam
Related Posts:
Terbaru!! Situasi banjir di pantai timur Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat daripada 2,084 orang malam tadi kepada 3,811 orang pagi … Read More
Pengantin Tersilap Suami Di Malam Pertama Pengantin Tersilap Suami Di Malam Pertama | Seorang pengantin perempuan yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan hubungan s@ks pada awa… Read More
Pelajar Tingkatan Dua Dipaksa Minum Arak Sebelum Dirogol SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakanny… Read More
Iklan Pakaian Dalam Diturunkan Kerana Bahaya Polis Kota Milan, Itali terpaksa menurunkan sebuah papan iklan pakaian dalam lantaran gambarnya boleh membuat pemandu kenderaan hilang konsentrasi. … Read More
Pasti Anda Terkejut Melihat Apa Yang Di Lakukan Oleh Lelaki Ini Emilio Gonzalez adalah salah seorang dari orang-orang yang suka melakukan operasi untuk kelihatan seperti raksasaaa. Mungkin ramai yang akan terkeju… Read More
0 comments:
Post a Comment