Tuesday, December 23, 2014
10:13 AM
IS Semakin Kaya Dengan Jual Organ Manusia
Sejak beberapa bulan lalu IS menggunakan khidmat doktor asing untuk mengeluarkan organ manusia bukan saja daripada pejuang mereka yang mati, malah daripada tawanan hidup, termasuk kanak-kanak dari seluruh Iraq dan Syria.
Damsyik: Kumpulan Negara Islam (IS) dipercayai meraih keuntungan besar dengan menjual organ manusia dengan hasilnya digunakan untuk membiayai aktiviti keganasan di seluruh Timur Tengah.
Kumpulan itu dikesan mendapatkan dana sehingga AS$2 juta (RM7 juta) setahun daripada pelbagai sumber termasuk pengeluaran minyak, pemerdagangan manusia dan penyeludupan d@dah.
Perkara itu didedahkan portal berita al-Monitor yang memetik sumbernya sebagai pakar telinga, hidung dan tekak Siruwan al-Mosuli.
Menurut Siruwan, pegawai kanan IS melantik doktor asing untuk menjalankan sistem pemerdagangan organ meluas dari sebuah hospital di Mosul yang di bawah pentadbiran IS.
Katanya, pulangan perdagangan organ manusia amat menguntungkan.
Disebabkan itu, kata Siruwan, IS menubuhkan bahagian khas untuk mengendalikan penyeludupan organ yang bertanggungjawab menjual jantung, hati dan buah pinggang manusia di pasaran gelap antarabangsa.
“Saya mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila melihat ramai pakar bedah Arab dan asing diambil bekerja, tetapi dilarang berinteraksi dengan doktor tempatan. Desas-desus kemudian mengatakan mereka terbabit dalam aktiviti penjualan organ.
“Pembedahan dilakukan di dalam hospital sebelum organ diperlukan dipindahkan segera melalui rangkaian pemerdangangan manusia,” kata laporan itu.
Sementara itu, Assyrian International News Agency melaporkan, kebanyakan organ diseludup keluar dari Syria dan Iraq ke negara jiran seperti Arab Saudi atau Turki untuk dijual kepada kumpulan jenayah yang kemudian mendapatkan pembeli dari seluruh dunia. - Agensi
Related Posts:
Lagi Gambar Selebriti Berb@gel Tersebar Dalam DramaPada zaman ICT ini, berita dan gosip artis menjadi buruan untuk menghibur masyarakat terutama golongan ibu dan gadis. Media hiburan menjadi sumber uta… Read More
Kisah Benar! Luahan Isteri Apabila Suaminya Curang Ketika Berpantang Di Kampung Lebih Kurang Setahun lepas,saya pernah sekali menuntut cerai dari suami kerana dia berlaku curang terhadap saya ketika mengandung anak pertama.Tetap… Read More
Gambar S#ksi Jasmin Hamid Di Amerika Beberapa hari yang lepas, pelakon Jasmin Hamid telah memuatnaik gambar percutiannya di Amerika Syarikat (USA) di laman sosial Instagram miliknya. J… Read More
Lubang Bersaiz Raksasa Muncul di Siberia Satu pasukan ekspedisi mendesak untuk menyiasat sebuah lubang raksasa yang muncul secara tiba-tiba, di kawasan kaya dengan gas Siberia utara. Luban… Read More
7 perkara isteri WAJIB jangan buat!!Isteri adalah penjaga bagi rumahnya dimana beliau bertanggung jawab keatas keselesaan suami dan anak-anaknya. Ada perkara kita sebagai isteri patut el… Read More
0 comments:
Post a Comment