Sunday, December 28, 2014
11:54 PM
Lelaki Dakwa Dikunjungi Makhluk Asing Sebanyak Enam Kali
Lelaki Dakwa Dikunjungi Makhluk Asing Sebanyak - LONDON : Seorang pelukis di sini mendakwa dia telah dikunjungi oleh makhluk asing sebanyak enam kali dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Pelukis itu, Lloyd Canning, 33, berkata, dia pertama kali merakamkan gambar makhluk asing selepas melihat sebuah kapal angkasa besar berlegar-legar di atas keretanya pada tahun 2005. Bagaimanapun, selepas beberapa hari kejadian tersebut, bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia seolah-olah dipaksa melukis imej makhluk asing yang mahu berkomunikasi dengan manusia. Sejak itu, Canning berkata, dia gemar menghasilkan imej-imej berbentuk makhluk asing dan potret planet, namun merahsiakan kesemua koleksi itu kerana khuatir orang ramai akan mentertawakannya. “Malah, sejak kejadian itu, saya sering terbayang-bayang imej makhluk asing pada setiap minggu. Apabila keadaan itu berlaku, saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melukis imej-imej tersebut. “Saya terpilih mungkin kerana seorang pelukis. Mereka mahu menggunakan saya supaya dapat memberitahu orang ramai mengenai kehadiran mereka menerusi karya lukisan,” jelasnya. Menceritakan mengenai imej itu, dia berkata, dia pernah melihat satu objek besar tetapi tiada sayap. “Objek berbentuk bulat itu berterbangan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Namun, saya tidak nampak seluruh kapal angkasa makhluk asing berkenaan kerana amat besar,” jelasnya. Bagaimanapun, selepas bertahun-tahun menyimpan kebanyakan karya yang berbentuk makhluk asing, Canning berkata, dia kini bercadang mempamerkan kesemua koleksi yang menyeramkan itu kepada orang ramai. – AGENSI
Related Posts:
Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati | Reaksi Brutus, seekor anjing jenis Rottweiler yang menangis apabila kembarnya, Hank, mati mena… Read More
Gadis bertindak simbah asid ke kemaluan kekasih selepas berang video aib mereka tersebar Gadis bertindak simbah asid ke kemaluan kekasih selepas berang video aib mereka tersebar | Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya… Read More
Viral Coli Tersidai Di Lapangan Terbang Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaia… Read More
Kereta Api Laju Rempuh Ketika Sedang ‘Selfie’ INDIA – Gara-gara mahukan ‘selfie berani’ dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api. Kejadian yang berlaku… Read More
Guru MENENGKING Anak Muridnya…Anda TAK JANGKA Apa yang Murid Ni Lakukan Sebagai BALASAN !!!Guru MENENGKING Anak Muridnya…Anda TAK JANGKA Apa yang Murid Ni Lakukan Sebagai BALASAN !!! | Kadangkala guru menerima banyak kritikan berkenaan bagai… Read More
0 comments:
Post a Comment