Sunday, December 28, 2014
4:38 AM
Ini reaksi Tony Fernandes atas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501
Ini reaksi Tony Fernandes atas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 | “Inilah mimpi paling ngeri saya. Tetapi tiada ada yang terhenti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitternya, pukul 7.06 minit malam ini. Kenyataannya itu merujuk insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) pukul 6.17 pagi waktu Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Dalam tweet yang sama, beliau berkata: “Saya amat tersentuh dengan sokongan ramai terutama daripada syarikat penerbangan lain.” Tiga minit kemudian, Fernandes menghantar satu lagi tweet, kali ini khusus untuk semua staf AirAsia berbunyi: “Kepada semua staf AsiaAsia saya, tabahkan hati teruskan melakukan yang terbaik. Berdoalah bersungguh-sungguh. Teruskan melakukan yang terbaik untuk tetamu-tetamu kita. Sampai jumpa lagi.” Ini diikuti satu lagi tweet beliau juga ditujukan kepada staf AirAsia, dua minit selepas itu: “Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AirAsia) anda akan berada di sana ketika waktu yang sukar ini. Kita akan menempuh keadaan dahsyat ini bersama-sama, dan saya akan cuba menemui seberapa ramai daripada kalian.” - Utusan
Related Posts:
‘Bom’ Tandas Bunuh Seekor Lipas TAIPEI – Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini.… Read More
Aktiviti Mencurigakan Dalam Kereta Waktu Hujan di RNR Berjaya Dirakam. Gambar aktiviti yang mencurigakan telah berjaya dirakam oleh lensa handphone seorang penumpang bas ketika hujan di sebuah RNR. Akitiviti yang mencu… Read More
Penyokong JDT Rentang Gambar Anjing Piala Sumbangsih 2015 Pada Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara JDT vs Pahang, penyokong JDT merentangkan banner bergambar anjing memakai baju lambang FAM sambil memega… Read More
Mana Nak Letak Muka, Aksi "Panas" Disebar Bekas Teman Lelaki Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit hati jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari … Read More
Kisah Seram Penunggu Bangunan Akan Dibongkar KUALA LUMPUR: Matlamat untuk membuat sedikit kajian bagi sebuah filem berjudulGarang akhirnya mengheret tiga selebriti iaitu Khir Rahman, Sein (Ruffe… Read More
0 comments:
Post a Comment