Sunday, December 21, 2014
12:57 AM
PELUK MAYAT ISTERI DUA JAM
Betapa besar kasih sayang seorang suami, hingga sanggup memeluk isterinya selama dua jam biarpun sudah tidak bernyawa lagi.
Kejadian menyayat hati berlaku pada Rabu lalu, apabila si isteri tiba-tiba diserang sakit jantung sewaktu dalam perjalanan membeli ubat di sebuah farmasi di daerah Hunnan, China.
Polis segera menghubungi suaminya yang dikenali sebagai He, 63, menerusi maklumat pada kad perubatan yang ditemui di poket pakaian.
He bergegas ke tempat kejadian, namun segala-galanya sudah terlambat kerana isterinya sudah meninggal dunia.
Dek kerana terlalu sedih, dia terus memeluk tubuh kaku wanita itu dan enggan melepaskannya biarpun dipujuk orang ramai yang bimbang dengan kesihatannya berikutan suhu terlalu sejuk pada ketika itu.
“Tak mengapa. Saya akan menemaninya dan anak saya sedang dalam perjalanan ke sini,” katanya.
He akhirnya meleraikan pelukan selepas anak lelakinya tiba dua jam kemudian, sebelum mereka meninggalkan tempat kejadian dengan sedih.
Ramai netizen melahirkan rasa simpati mereka sebaik sahaja gambar pasangan suami-isteri itu tersebar di internet.
“Hidup ini terlalu pendek. Semoga kamu berdua bertemu semula pada kehidupan lain kelak,” tulis seorang netizen.
Benarlah kata orang, setiap kali anda meninggalkan orang yang disayangi walaupun hanya untuk seketika, ucapkanlah kata-kata indah buatnya kerana ia mungkin yang terakhir.
Related Posts:
Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita Banduan Lari Selepas Warden Penjara Digoda Tiga Wanita. Seramai 28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga w#anita yang be… Read More
Berbog@l Di Angkor Wat Phnom Penh – Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negar… Read More
Video gempar gangter bergaduh sakan di china Kejadian tersebut dirakam oleh kamera cctv Para2 gangster telah menggunakan senjate tajam dan juga kayu … Read More
Gempar!! bayi Hamil Anak Kembar Beijing – Seorang bayi perempuan ditemui mengalami keadaan ganjil dan misteri apabila didapati hamil anak kembar ketika lahir. Bayi yang dilahirkan… Read More
Wanita Penan Mangsa Rog@l Pembalak Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membelas nasib golongan kanak-kanak dan wanita kaum Penan yang did… Read More
0 comments:
Post a Comment