Monday, December 15, 2014
11:55 PM
Cara Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0
Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada iaitu yang pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini perlu dibuat bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima bantuan pada tahun 2015
Malah ada dikalangan penerima BR1M sedia ada telah menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini
Berikut adalah lampiran surat kemaskini maklumat pemohon yang di hantar ke alamat penerima
TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BARU
Sebagai makluman, penerima tidak perlu mengemukakan permohonan baharu sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014
Seperkara lagi, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank untuk BR1M 2015 melalui sistem kemaskini online atau manual (guna borang) bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
SKIM KHAIRAT KEMATIAN
Penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun ( 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015)
CARA BUAT KEMASKINI BR1M 2015
Pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui cara berikut:-
Online – Dengan melayari laman web rasmi e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my
Seperti gambar diatas, penerima perlu klik pada menu Kemas Kini Permohonan dan anda dibawa ke laman sistem kemaskini permohonan dipautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
Sila masukkan No Mykad anda
Klik pada butang Kemaskini Permohonan
Ikut arahan seterusnya dan melengkapkan segala maklumat kemaskini anda
PANDUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI SECARA ONLINE
Cara Kemaskini Maklumat Permohonan BR1M 2015 Online
Manual - Mengunakan borang kemaskini yang boleh didapati di:-
Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
PANDUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI SECARA MANUAL
Borang kemaskini yang sudah dilengkapkan hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan
Nota : Sila pastikan komputer atau pelayar internet anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan dimuat turun (download)
Disyorkan
Penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran yang diterima bagi tujuan pembayaran BR1M
Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M
Affin Bank Berhad
Agro Bank
Alliance Bank Malaysia Berhad
Am Bank Berhad
Al Rajhi Bank
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Rakyat
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Bank Simpanan Nasional
Cimb Bank Berhad
Citibank Berhad
Hong Leong Bank
Maybank
OCBC Bank
Public Bank Berhad
RHB Bank Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia BHD
Nota:
Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja
Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan
Berikut adalah nilai BR1M 2015 yang akan diterima berdasarkan kategori dan peringkat bayaran dilaksanakan
br1m 2015
Talian Bantuan
Penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
0 comments:
Post a Comment