Monday, December 15, 2014
11:36 PM
INDIA Negara ASIA Pertama Tiba ke Planet Marikh
INDIA menjadi negara Asia pertama tiba di planet Marikh selepas pesawat angkasa berkos rendah, Mangalyaan memasuki orbit planet tersebut pada jam 8.02 pagi (waktu tempatan) selepas dilancarkan kira-kira 10 bulan lalu
Kejayaan itu diumumkan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang turut disambut sorakan kumpulan saintis di Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India berhampiran Banglore.
Difahamkan, misi tersebut bertujuan mengesan kehadiran metana di atmosfera Marikh bagi membuktikan kewujudan primitif di planet terbabit.
Pelancaran kapal angkasa berwarna emas tersebut dilakukan selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan pada 2008.
Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dapat tiba di planet tersebut manakala lebih separuh misi penjelajahan ke Marikh gagal termasuk cubaan Jepun pada 2003 dan China pada 2011 dalam laporan AFP.
Related Posts:
Kucing Bersayap Bukan Cerita Dongeng Selalu kalau haiwan bersayap mesti dikaitkan dengan cerita dongenag yang muncul di televisyen. Lain pula ceritanya kali ini apabila seekor kucing mem… Read More
SELAMAT HARI ULANG TAHUN TUAN GURU Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tahun Lahir: 1931 Tempat Lahir: Pulau Melaka Pendidikan: • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936 • Sekolah … Read More
Tips Untuk Suami Isteri Hidup Bahagia Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Ini beberapa tip… Read More
TIPS CARA ROMANTIK MELAMAR KEKASIH Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramai yang ingin melamar kekasih hati tetapi tidak mempunyai idea untuk melamar mereka dengan cara yang r… Read More
Bangkai Tikus dalam Lauk Singapura: Pihak berkuasa di sini semalam menggantung lesen sebuah restoran makanan Cina, Hot- pot Culture selepas gambar bangkai tikus dalam masakan… Read More
0 comments:
Post a Comment