Monday, December 15, 2014
10:52 PM
Pengakuan Isteri Curang, Berzina Dengan Suami Rakan Hingga Hamil
Assalamualaikum. Saya ingin minta pandangan ustaz tentang masalah yang saya hadapi sekarang. Saya telah berzina dengan ramai lelaki termasuk dengan suami kawan saya sendiri sehingga saya mengandung dan telah menggugurkan kandungan itu. Kawan saya telah tahu saya berzina dengan suaminya.
Sekiranya saya ingin bertaubat, adakah saya perlu minta maaf dengan kawan saya itu dan suami saya sendiri? Tolonglah saya selesaikan masalah saya ini.
* Mariati, Pasir Puteh, Kelantan
UKE: Puan Mariati, perbuatan berzina merupakan satu dosa besar di dalam Islam. Saya menasihatkan puan supaya bertaubat dengan taubat nasuha dan tidak boleh menangguh-nangguhkan bertaubat.
Pada pendapat saya, di dalam memohon maaf kepada kawan Mariati adalah memadai bertaubat kepada Allah SWT kerana dibimbangi apabila Mariati memohon maaf secara terus kepada perempuan tersebut boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.
Berbeza jika Mariati berhutang, mengumpat, memfitnah kepada perempuan tersebut maka wajarlah memohon maaf kepadanya kerana melibatkan diri perempuan tersebut. Di dalam kes ini, Mariati terlibat dengan suaminya, maka Mariati dan suaminya yang wajib bertaubat kepada Allah SWT. Memadailah memohon maaf kepada kawan Mariati secara umum apabila bertemu dengannya, lapor Utusan.
Related Posts:
Penyanyi Hafiz Suip, mengesahkan bakal bertunang dengan kekasihnya, Effy, 27 februari ini Penyanyi Hafiz Suip, 25, mengesahkan bahawa dia bakal bertunang dengan kekasihnya, Effy yang berusia awal 20-an, pada 27 Februari depan selepas menja… Read More
Reaksi Siti Nurhaliza berikutan tindakan komposer, Saari Amri yang mengaitkannya dengan keadaan Zamani Reaksi Siti Nurhaliza berikutan tindakan komposer, Saari Amri yang mengaitkannya dengan keadaan Zamani | Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, S… Read More
Wanita Ini Berkahwin Sebanyak 23 Kali Seorang wanita berusia 68 tahun menjadi wanita pertama pecah rekod melakukan paling banyak perkahwinan sepanjang sejarah. Wanita bernam Linda Wolfe … Read More
Jawi Minta Tiga Wanita Bertudung K-Pop Tampil PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop k… Read More
Kisah Sedih Lelaki Buta Berbaju Putih KISAH seorang lelaki tua cacat penglihatan berjubah putih yang sedang makan nasi kosong di Jalan Tunku Abdul Rahman kini menjadi viral di laman sosia… Read More
0 comments:
Post a Comment