Friday, December 12, 2014
5:48 AM
Pesawat Air Asia Terpaksa Patah Balik Pasangan Buat Huru-Hara
Bangkok, 12 Disember - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.
Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.
Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.
Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.
Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.
Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.
Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo.
Related Posts:
Kisah Sebenar Insiden Anak Bermain Bom Mortar Milik Bapanya (Askar) Hingga 4 Nyawa Terkorban [8 Foto] Dalam kejadian lebih kurang jam 5 petang semalam, berlaku satu letupan bom mortar di Taman Ria Mesra 2, Gurun. Letupan berpunca dari seorang tentera… Read More
Senarai Cuti Umum Di Malaysia Tahun 2015Bagi anda yang bakal melansungkan perkahwinan / majlis pertunangan atau merancang untuk pergi bercuti, di sini saya kongsikan Senarai Cuti Umum Di Mal… Read More
Isteri mandul benarkan suami 'nikmati' tubuh adik ipar Sungai Buloh – Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yan… Read More
4 Gambar Fazura di Final MLM2014 Yang MELETOP Wow.. cantiknya penampilan Nur Fazura di Final program Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung malam tadi sehingga memukau ribuan penonton yang had… Read More
Seram!! Fenomena Awan Gergasi Di Selatan Thailand Fenomena awan arcus sangat jarang dilihat. Kewujudannya sememangnya mampu menimbulkan rasa gerun di hati kerana ada di antaranya berbentuk awan gerg… Read More
0 comments:
Post a Comment