Thursday, December 11, 2014
5:36 AM
Pesawat Korean Air Lewat Berlepas Hanya Kerana Menu Kacang
SEOUL: Sikap pentingkan diri anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif Korean Air yang telah memaksa pramugara keluar dari pesawat sebelum beberapa minit pesawat itu berlepas menyebabkan penerbangan tersebut telah tergendala. Ia hanya kerana pramugara itu tersilap menu kacang kepadanya dan ini teah mencetuskan kritikan dari pelbagai pihak di negara tersebut. Kapal tersebut sudah berada diandasan untuk berlepas tetapi terpaksa berpatah balik ke terminal lapangan terbang New York kerana kejadian itu. Perempuan itu juga adalah naib presiden eksekutif syarikat diuruskan keluarga, Cho Yang-ho itu bertindak demikian kerana ketua pramugara gagal mematuhi manual standard menyajikan kacang yang tidak dipesannya dan dibungkus pula dalam plastik bukan mangkuk. Kerana kejadian itu pesawat tersebut telah tiba 11 minit lewat daripada jadual asal, seorang jurucakap Korean Air dalam reaksi awal berkata Hyun-ah telah mengambil pendirian bahawa penyelia kabin itu gagal memastikan keselamatan 250 penumpang. Juruterbang pesawat bagaimanapun turut bersetuju dengan keputusan wanita itu kerana ia melibatkan penerbangan jarak jauh selama 13 jam tetapi Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pula sebaik menerima laporan itu mendakwa, kes tersebut sedang disiasat dengan teliti. “Kami perlu melihat sama ada ia melibatkan apa-apa pelanggaran peraturan keselamatan penerbangan dan jika siasatan mendapati sebarang kesalahan, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap syarikat Korean Air,” kata jurucakap kementerian di Seoul. Pembangkang utama, New Politics Alliance for Democracy juga menggesa siasatan menyeluruh dan mendakwa Hyun-ah sepatutnya ada tanggungjawab menjaga imej syarikat penerbangan itu berbanding membuat kecoh hanya kerana menu kacang.
Related Posts:
Gadis Melayu Bangga Membuat Pengakuan 18sx? Nama saya Azura. Saya seorang gadis berumur 20 tahun. Saya bekerja di sebuah cyber cafe’ di sekitar Ipoh. Saya mempunyai kesukaan yg jarang disukai o… Read More
Vie Santie Cantik Jelita Ke Mahkamah Mohon Cerai Isteri Eizlan Yusuf yang jelita Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-unda… Read More
Amah Filipina Mati Dibaham Singa Peliharaan Majikan Amah Filipina Mati Dibaham Singa Peliharaan Majikan - Polis kini sedang melakukan siasatan terhadap seorang majikan di Kuwait setelah orang gajinya, … Read More
KANTOI ! BIBIK BERI BUDAK 2 TAHUN MAKAN NAJIS NENEK TERKEJUT BIBIK INDONESIA BERI MAKAN NAJIS KEPADA CUCU 2 TAHUN | PETALING JAYA: Bau busuk yang datang dari mulut seorang kanak-kanak berusia dua… Read More
KEJAM !!! Kes Penderaan Haiwan Paling Teruk Pernah Berlaku Di Negara Kita !!! Hampir 100 ekor haiwan berjaya diselamatkan dari sebuah banglo di Subang yang dipercayai menjadi tempat kes penderaan haiwan ‘paling besar dan paling… Read More
0 comments:
Post a Comment